February 5, 2009

Kopitiam tiada sijil halal?...

Masyarakat Islam yang gemar menjamu selera di kopitiam di seluruh negeri perlu meneliti tahap kesucian makanan atau minuman yang disajikan kerana boleh diragui status halal. Keadaan itu kerana setakat ini tiada satu premis kopitiam yang beroperasi di negeri ini mempunyai sijil pengesahan halal yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Pahang(Jaip). Lebih membimbangkan kebanyakan kopitiam berkenaan diusahakan golongan bukan Islam yang turut terbabit dgn proses penyediaan makanan atau minuman termasuk masakan panas yang dimasak. Timbalan Pengarah Jaip,Mohd Ghazali Abdul Aziz berkata kebanyakan pengguna Islam gemar menjamu selera di kopitiam kerana beranggapan makanan atau minuman yang dihidangkan halal. So sekarang ni pikir2kanlaa dulu sebelum menjamu selera di kopitiam andai kata halal,beress...tp klu x,jangan cari pasal....

2 comments:

KH KOPI said...

tul ke nie..slalu gak lepak kopitiam kat times square..

Ayen Giggs said...

Que - Betul x betul x taulaa Que tp yg pasti dah dua kali kuar metro...