November 30, 2010

Giliran aku...

Arini aku masuk lambat sikit kerja sebab nak kena anto mak mentua pegi klinik (temujanji). Kebetulan kali ni dia kena 2 ari berturut2,arini pegi klinik esok fisioterapi pulak kat hospital. Oleh kerana xnak kluar tiap2 ari so aku pakat ngan isteri aku yang arini aku bawak pastu esok dia pulak yang bawak. Nasib arini ari selasa,orang xdelaa ramai sangat klu nak banding ngan ari senin kan. Dah lepas ambik darah kat makmal,dah lepas cek tekanan darah apa sume tibelaa masa untuk jumpa pembantu perubatan pulak sebab doktor xde. Masuk bilik je dia nengok buku mak mentua aku tu terus dia macam terkejut tapi xdelaa sampai ke tahap beruk terkejutnya tu,hehe... sebab katenya tinggi sangat tekanan darah makcik ni (180/100) silap2 boleh kena strok ni makcik. Xpelaa saya bagi makcik makan ubat ni dulu pastu makcik tunggu kat luar sekejap dlm setengah jam nanti saya panggil semula. Berdebar jugak aku,dalam ati harap2 turunlaa tekanan darah tu bukan apa takut2 x turun dia pun buat surat suruh pegi menginap kat hospital lagi haru aku tambah pulak dengan keadaan dia sekarang ni aku rasa x sanggup nak biar dia tido kat hospital. Dah abih setengah jam menunggu akhirnya mak mentua aku dipanggil semula masuk. Dan bacaan selepas makan ubat tadi (150/80) maka oklaa tu kata pembantu perubatan. Aku pun,huh!!!... Alhamdulillah lega...

November 29, 2010

Jerawat oh jerawat...

2,3 arini x selesa betul aku rasa. Mana xnya biase kan klu kena kat kawasan sekitarnya pun dah x selesa tapi kali ni aku kena betul2 kat pintu gua aku ni haa,huhuhu..... Mana gambo??? Agak2laa wehh!!! Xkan aku nak ambik gambo lubang idung aku pulak,malulaa w/pun idung aku ni mancung. Kihkihkih..... Aku harap sangat2 dia x duduk lama kat situ,bukan apa klu lama kang susah pulak aku nak melombong. Bila dah lama x melombong korang paham2laa kan,hasilnya pasti banyak so rugilaa aku klu x korek,huahuahuahuahua.....

November 28, 2010

Main bowling...

Sambungan dari entri aku sebelum ni yang mana aku kabo ada member2 ajak main bowling. Seperti yang dijanjikan aku sampai kat PremiumLanes lebih kurang pukul 2.15 petang. Ikutkan masa,aku dah kira lambatlaa sebab janji kena ada kat sana pukul 2 petang. Bila aku naik kat atas rupe2nya ada lagi yang x sampainya,biaselaakan macam orang selalu cakap 'janji melayu',hehehe....
So sementara tunggu dieorang sampai aku pun layanlaa dulu anak2 main menda alah ni. Isteri aku ni memula nak main jugak tapi bila sampai kat sana tetiba je berubah pikiran,xnak main pulak katanya malu ngan geng2 aku tu...

X brape lama lepas tu datanglaa dieorang sume dan ini adalah sebahagian dari yang datang tu...

Ni pulak antara beberapa aksi balingan yang sempat aku rakam sebab klu nak rakam sume skali jawabnya aku sendiri yang xleh nak buat balingan nanti...

Tapi aku rasa dalam beberapa aksi kat atas nun,aksi ni paling hebat skali kan.Kihkihkih...... Klu x kata gitu nak guane lagi kan dah yang ni aku sendiri,ihiks.....

Wajah kecewa sebab selama ni menjadi tapi kali ni x brape nak menjadi mungkin disebabkan adanya Ayen Giggs kot,huahuahuahua......

Apa2 pun aku nak ucapkan terima kasih buat 3 insan kesayangan aku ni sebab sudi menemani aku sampai abih......

November 27, 2010

Ni rupenya pasar pagi tu...

Masa aku mula sampai kat pasar pagi tu dalam hati aku,perghhh!!!..boleh tahan jugak besonya. Aku pegi berdua ngan isteri aku je. Budak2 tinggal kat umah sebab klu bawak dieorang mesti selain bajet lari,masa pun mesti lari jugak. Dah dapat parking kiteorang pun masuklaa dalam kawasan pasar pagi tu.....

Ni tempat penyinggahan pertama. Tempat kain tudung sebab memang tujuan asal dia datang sini nak carik tudung ni..

Dah siap carik tudung,pegi pulak carik baju anak2...

Alhamdulillah belek punya belek,kelebek punya kelebek dapatlaa jugak baju untuk anak2... Abih beli baju anak2 ingatkan setellaa rupe2nya pegi carik tudung semula sebab ada satu kaler lagi x jumpa,huhu......

Agakkan aku silap. Tengokkan pada luasnya pasar pagi tu aku ingatkan bermacam2laa barang2 yang dijual kat situ tapi tengok kiri tudung,baju tengok kanan tudung,baju pandang depan,belakang malah sepanjang ceruk tu hanya jual tudung ngan baju je. Dah xde arah nak beli apa aku pun sambarlaa baju t-shirt 2 helai supaya xlaa nampak sia2 sangat datang jauh2........ihiks.

Korang nampak x yang tergantung bulat2 tu. Agak2 korang apa tu ek???... Korang mesti tau kan tapi xpelaa aku nak bgtau jugak. Penyangkut tudunglaa tu. Dalam banyak2 kedai jual tudung ngan baju tadi adalaa sebuah dua yang jual menda alah ni,hehe....

Yang ni pulak saja je bergambo kat situ tapi x beli pun,hehe.... Dah puas meronda,kaki pun dah lenguh2 akhirnya barulaa kiteorang reti nak balik...

Kerja budak nakal...

Kesian betul aku kat member aku sorang ni tapi nak wat goner kan,inilaa sebahagian dari cabaran dan dugaan sebagai seorang guru,nak2 lagi klu jadi guru disiplin. Ada ke patut budak tu buat tanduk gitu,kuang ajor betul budak yang buat tu kan. Cikgu ni bukannya penyokong Manchester United tapi dia penyokong setia Celsi,hahaha.... Apa yang cikgu ni kena x brape teruk lagi aku rasa sebab budak yang buat ni cuma khianat gambo dia je klu nak banding ngan sesetengah cikgu lain sampai kena pancit tayar keta/motorlaa,kena gores/calar ketalaa dan macam2 lagi. Tapi pada aku teruk ke x teruk ke kita sebagai pelajar x boleh buat gini kat cikgu kite sebab apa yang kita belajar nanti xkan diberkati oleh Allah Swt. Ingat tu.....(Amboiii macam ustaz pulak rasanya aku ni,hehe....). Bukan apa aku kata gitu sebab masa zaman aku dulu pun lagi teruk aku ni,tu yang menyesal sekarang.....huhuhu.

Lama dah x main ni......

Petang nanti member2 aku ajak main bowling pulak. Sebenonya ada 2 perkara yang buat aku segan nak pegi main petang ni,sebab 1 geng2 dieorang tu sumenya tiap2 minggu main,aku ni setahun 2,3 kali je mainnya. Yang ke 2nya pulak yang ngajak tu geng2 jabatan ngan geng2 Cc,aku ni kuli bawahan je. Dahlaa kuli bawahan,cabuk pulak tu,huhuhu..... Korang bayangkanlaa punyalaa lama dah aku x main......
Sampaikan beg bowling ni haaa pun dah berabuk dan bersawang,hehehe...... Tapi xpelaa demi untuk tidak menghampekan dieorang yang sudi mengajak aku main,petang ni aku akan pegi main dan aku harap2 permainan aku nanti x teruk sangatlaa.........ihiks.

November 26, 2010

Kena jadik drebar....

Kebiasaannya aku ni memang xleh nak tido awal sebabnya biaselaa lelaki sejati macam aku ni (perasan jap,hehehe....)buat apa lagi klu x nengok bola. Paling awal pun tiap2 malam aku akan tido lebih kurang pukul 1 pagi,tu klu awal dah klu lewat korang paham2 sendirilaa kan pukul brape. Tapi malam ni aku kena tido awal lagi dari kebiasaan waktu awal aku tu sebab esok pepagi isteri tersayang ajak pegi pasar pagi kat pekan bandar diraja sana nun untuk membeli dan membelah apa aku pun xtau. Tugas aku esok selain dari jadik drebar mungkin sebagai pengikut dan pembawa barang2,huhuhu..... Xpelaa isteri tersayang punya pasal,aku rela turutkan tapi bukan sebab aku ni jenis takut bini tau,kuang3x.......ihiks.

Mencari benda tersembunyi...

Cerita ni berlaku pagi semalam sebenonya. Member aku sorang ni datang kerja tumpang keta anak sedara dia. Masa dia sampai kat skolah pagi semalam aku duk tengah bersembang ngan geng2 cikgu sebab masa tu aku sendiri pun baru sampai. Turun je dia dari keta tu terus dia ngadu ada macam bunyi sesuatu kat bahagian depan keta tu. Kiteorang ni pun apa lagi teruslaa tolong sebab nengok pulak anak sedara dia tu pompuan,hahahaha.....

Lepas mintak tuan punya keta bukak bonet depan tu kiteorang pun mulakanlaa operasi mencari bunyi tu datang dari mana tapi ingat yang pakai baju belang tu bukan aku yek. Yang nampak beso dari belakang maupun yang nampak beso dari pandangan sisi tu pun bukan aku,kihkihkih.... Aku xde dalam gambo ni bukan bermaksud aku x tolong yek,akulaa yang mula2 tolong tapi x brape nak berjaya mencapainya so aku jadi tukang ambik gambo ni jelaa....ihiks.

Tulaa dia tuan punya keta ni...

Rupe2nya dia ni yang duk melepak kat bahagian enjin keta tu. Nasib baik x jatuh ke,x terkepit kat tempat panas dalam tu ke klu x selamat jalanlaa jawabnya. Apa2 pun terima kasihlaa cikgu rahmat sebab tolong kluarkan dia ni. Lepas ni klu ada sesape yang menghadapi masalah sebegini rupa bolehlaa mintak tolong ngan abg baju belang ni,hehehe......

November 24, 2010

Bercerai kerana Facebook?...

Bersembang di jaringan laman sosial internet seperti Facebook dan sebagainya memang menyeronokkan. Namun ia juga boleh melekakan sehingga membawa kesan negatif termasuk keruntuhan rumah tangga. W/pun belum ada kajian spesifik yang boleh mengesahkannya tapi jika dilihat secara rambang, jaringan sosial dalam internet seperti Facebook ternyata boleh mendatangkan mudarat kepada keharmonian rumah tangga jika penggunaannya disertai dengan niat yang salah. Menurut Timbalan Pengarah (Dasar) Jakim, Othman Mustafa gambaran terhadap kes ini dapat dilihat daripada jumlah kes perceraian yang meningkat setiap tahun. Punca utamanya ialah berhubung kait dengan 'ketagihan' sama ada suami atau isteri dengan laman sosial ini sehingga gagal menjalankan tanggungjawab masing2. Oleh itu, ingatlaa rakan2ku semua bahawa rumah tangga adalah amanah, jangan runtuhkannya hanya kerana Facebook. Tidak lupa juga ingatan ini aku tujukan buat diri aku sendiri,hehehe....

Ikan Halibut...

Seorang pemancing berusia 70 tahun, Gunther Hansel berjaya memancing ikan halibut seberat 219.59 kilogram di Fjord Barat,Iceland. Hansel yang berasal dari Jerman kemudiannya menjual ikan itu pada harga Rm12,445 apabila kapalnya tiba di pelabuhan. Dia memerlukan bantuan daripada 5 orang untuk mengangkat ikan sepanjang 2.49 meter itu ke atas kapal. Hansel menggunakan joran seberat 30kg semasa memancing ikan itu. Memang beso betul kan ikan itu,gile betul. Agak2 korang penah nengok tak ikan tu sebelum ni. Tak penah?... Aku pun tak penah,huahuahuahua.....

November 23, 2010

X boleh blah betul aku klu gini...

Malam baru2 ni xtau kenapa tetiba je tekak aku ni nak makan roti canai. Maka ajaklaa aku akan isteri tercinta dan jugak anak2 untuk pegi ke kedai depan,makan roti canai. Dipendekkan cerita,abih je makan masa nak bayar kat kaunter tu aku rasa makcik tu tuan punya kedai tulaa kot,bgtau kat aku.... Dik (sambil hulur kertas kosong kecik),boleh x tolong tulis nama adik,no tepon ngan alamat sekali kat kertas ni. Aku yang pelik ni tanyelaa balik dia,nak buat apa ni?...Dia kata saja nak tanya maklum balas dari kastemer. Aku pun ooooo(sambil angguk kepala buat2 paham,hehehe...) terus je tulis apa yang dia nak. Ingatkan aku sorang je rupe2nya,ada lagi. Isteri adik ada no tepon x? Xkanlaa aku nak kata xde kan,penipu sangat bunyinya. Klu ada bolehlaa tuliskan skali yek. Aku pun oleh kerana xnak menghampakan orang tua,tulislaa jugak....huhuhu. Isteri ngan anak2 aku cepat je pegi kat kereta. Rupe2nya....................

Sebelum aku pegi tu dia bagi kat aku kertas ni. Baca kat depan memang bagus dah kan untuk masa depan anak2.....
Pusing dan baca kat belakang pun ok jugak. Tapi.......

Baca lagi sampai kebawahnya,ada bisnes jugak lagi rupe2nya,kuikuikui...... Makcik tu cakap sambil2 "Anak2 score 8A,ibubapa score 8K". Nanti akan ada perjumpaan/miting kat KL,apa2 hal nanti makcik tepon awk yek. Kuang3x....... Aku ni sebenonya x boleh pegi betul dengan menda2 gini. Nak kena pegi mitinglaa,nak kena buat itu dan ini..... Huhuhuhu... Tolonglaa sbb x kena ngan jiwa aku....

November 22, 2010

Rooney kembali...

Pengurus Man U,Alex Ferguson mengesahkan bahawa penyerangnya,Wayne Rooney akan mendapat semula tempatnya dalam kesebelasan utama sejak direhatkan 26 September lalu. Kelmarin ketika man U menewaskan Wigan 2-0,Rooney hanya diturunkan pada babak kedua selama 34 minit tapi persembahannya cukup memberangsangkan dan menurut Ferguson,masa terbaik menurunkan semula Rooney adalah pada saingan Liga Juara Juara menentang Rangers minggu ini...

November 20, 2010

Kursus Peningkatan Profesionalisme Staf Makmal (Biologi)...

Yang ni merupakan kursus dalaman terakhir untuk tahun ni. Waktu yang sama dengan sebelum ni iaitu pukul 11.30 pagi kat lab biologi 3...

Dan seperti biasa jugak sebelum memulakan eksperimen,kenalaa dengar taklimat dulu takut nanti orang suruh buat lain awk pegi buat lain pulak kan. Taklimat kali ni disampaikan oleh pn Che Norsarwani...
Sesi mendengar taklimat...

Eksperimen pertama ialah buat agar2. Agar2???... Yelaa agar2 tapi bukan untuk dimakan,untuk buat eksperimenlaa,hehe.... Gambo2 kat atas tu masing2 tengah cbuk nak buat bekas agar2nya.

Cuba nengok ibu mengandung ni,sampai muncung2 mulut nak buat bekas agar2 tu. Bukan apa untuk pastikan bekas tu kemas dan x bocor,tu sampai muncung2 mulut.....kahkahkah.

Dah siap eksperimen agar2 tadi,kali ni eksperimen nak nengok sel pipi pulak. Untuk eksperimen ni kiteorg dikehendaki skodeng sel2 tu. Tengok pada gaya masing2 tu memang dah pakar dalam bidang skodeng ni,huahuahuahua....
Nape cikgu sengeh semacam je?... Ke cara aku skodeng salah,kuikuikui....

Aikkk... Ni sapa cikgu sapa staf ni,ke x pandai nak skodeng...Hahahaha....Jangan marah haaa.

Yang aku rasa lawaknya ialah bro mike ni sebab cermin mata pakai tapi bila skodeng x guna pulak cermin mata tu.......ihiks.

Ni merupakan eksperimen terakhir kiteorg tapi aku dah lupa apa nama entah eksperimen ni,huhuhu..... Yang pasti ada batang pokok dengan daun2nya skali seperti yang korang nengok kat atas tu.
Setelah selesai semua eksperimen maka seperti biasalaa sebelum balik ke lab masing2 kenalaa bergambo dulu. Cube korang nengok dalam gambo tu,dalam ramai2 pompuan tu hanya aku ngan bro mike je lelakinya tapi yang nyata akulaa lelaki melayu terakhir sebab bro mike tu india,huahuahuahuahua.....

November 19, 2010

Kursus Peningkatan Profesionalisme Staf Makmal (Kimia)...

Kursus dalaman kali kedua tapi yang ni untuk kimia pulak. Klu kursus fizik semalam start pukul 8.30 pagi,kursus kimia ni start lewat ckit dalam pukul 11.30 pagi...

Macam biaselaa sebelum bermulanya satu2 eksperimen kenalaa dengor penerangan dulu tambah pulak eksperimen kimia ni kan. Klu x bagi penerangan dulu kang x pasal2 meletup pulak lab bro mike ni,hehe.... Untuk kimia ni penerangan dan cara2nya dibagitau oleh cikgu Lee Meng See.
Masing2 tengah asyik dan kusyuk mendengar penerangan yang diberikan....

Selepas selesai penerangan maka bermulalah eksperimen dengan masa ni masing2 tengah cbuk mengambil asid...
Ibu mengandung ni kena lakukan dengan penuh hati2,takut terkena kat perut tu kang menangis pulak anak kat dalam tu,kihkihkih.....

Kak ana ni boleh dikatakan pakarlaa sebab dia memang dah lama jaga lab kimia...

Bro Mike... Yang ni lagilaa pakar dengan bahan2 kimia ni sebab dia paling lama dan cukup expert kat lab kimia. Kursus kiteorg ni pun buat kat lab dialaa ni....

Aku ngan bro mike. Masa ni dia tengah ajor aku cara2 nak sebatikan bahan kimia tu maklumlaa aku ni mmg xtau langsung tentang kimia ni sebab dah 5 tahun lebih kat sini aku hanya di lab fizik je...
Walaupun xtau langsung tapi mendapat pujian menggunung masa ni sebab setelah dicampur apa semua,akhirnya aku dapat keputusan paling tepat. Kebetulan je kot,kuikuikui.....

Pergghhhh!!!!!!....Gila kau macam saintis tuuuu......ihiks.

Eeeeee....Mengada betullaa akak aku sorang ni,konon2nya dia dapat keputusan paling tepat. Dia xtau yang aku lagi tepat,huahuahuahua.......