March 15, 2011

Kerna TERPAKSA...

Post ni mungkin merupakan post terakhir aku kat sini sebab aku terpaksa bukak blog baru. Walaupun berat hati dan sedih sangat nak tutup blog ni tapi aku terpaksa disebabkan oleh perkara2 yang tak dapat aku elakkan,huhuhuhuhu......

Pasni kepada member2 yang masih sudi nak ber'member' ngan aku, yang masih sudi nak ber'komen2' ngan aku bolehlaa ke blog baru aku http://akuanakmuda77.blogspot.com

March 14, 2011

Man United lepasi ranjau...

Manchester United menghidupkan impian meraih tiga piala apabila menyingkirkan Arsenal daripada saingan Piala FA. Jaringan Fabio da Silva selepas aksi 28 minit dan minit ke-49 melalui tandukan Wayne Rooney membolehkan United ke perlawanan separuh akhir ke-27 di Stadium Wembley yang dijadualkan pada bulan depan.

Kemenangan itu sangat bermakna kepada pendahulu Liga Perdana bimbingan Alex Ferguson itu sebelum perlawanan kedua pusingan kedua Liga Juara-Juara menentang Olympique Marseille di Old Trafford pada awal pagi rabu ini selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Chelsea dan Liverpool dalam saingan liga.

Manchester United kini berazam untuk meraih tiket ke suku akhir saingan utama kelab Eropah itu selepas seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama tiga minggu lalu sekaligus bagi menghidupkan harapan untuk mengulangi kejayaan memenangi Piala Eropah, Piala FA dan Liga Perdana pada 1999.

March 11, 2011

Ramainya manusia...

Klu ikutkan pasport bibik tamat pada awal bulan april tapi oleh kerana permit dia dah nak abih tempoh so kenalaa buat skali terus. 2 minggu lepas aku pegilaa ke Kedutaan Indonesia kat Kolumpur nun.

Memula tu ingat nak pegi ngan bibik je sebab anak2 nak skolah, mak mentua pulak dah tak sihat sangat2 dah, paham2 jelaa kan klu bawak dia nanti kesian pulak nak kena tunggu lama2.

Pikir punya pikir aku rasa memang aku xleh nak pegi sorang2 sebab selama ni pun walau kemana mesti di temani isteri tersayang. Aku pun bincanglaa ngan isteri sesambil pujuk dia ajak pegi. Sampai gaduh2,huhuhu....

Dah puas gaduh apa sume akhirnya dia setuju nak ikut,hehe... Anak2 pulak terpaksalaa tak pegi skolah ari tu. Kitaorg sampai kat Kedutaan tu lebih kurang pukul 10 pagi. Aku nengok kat luar punyalaa ramai manusia, masuk je dalam Ya Allah... macam ulat dalam nangka, tak sanggup aku nengoknya.

Pendek cerita oleh kerana ramainya manusia ditambah dgn ckit2 masalah lain maka tak sempat siaplaa aritu. Letih menunggu dari pagi sampai petang pastu balik dengan kecewa, celakak betul...

Nak tak nak minggu lepas aku pegi skali lagi tapi kali ni aku pegi berdua ngan bibik je. Klu bawak sume skali kang terpaksalaa lagi anak aku tak pegi skolah so biarlaa aku je yang pegi.

Alhamdulillah kali ni walaupun seperti biasa terpaksa menunggu dari pagi sampai ke hampir2 malam sebab ramainya manusia kat sana tapi lega sumenya selesai dengan jaya,hehe...

March 7, 2011

Mood belum betul2 stabil.....

Macam biasalaa kan asal lama je x kluarkan post baru mesti kata rindulaa apalaa. Sebenarnya tiap2 ari aku datang jenguk blog ni cuma nak kluarkan post baru tu x berapa nak ada mood sebab akhir2 ni banyak sangat masalah yang melanda diri ini.

Tapi aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi memberi aku kekuatan untuk terus mengharungi hidup ni walaupun kekadang tu dugaan yang mendatang cukup2 menguji kesabaran aku.

Aku sangat2 berharap dan berdoa kepada Allah semoga akan terus diberi kekuatan dan kesabaran agar segala apa yang aku harapkan akan menjadi kenyataan suatu ari nanti, Amin.......

February 10, 2011

Tetiba je jadi serak...

Baru2 ni kan aku cerita pasal aku pegi asah suara kat karaoke. Tapi kali ni aku nak cerita pulak pasal suara aku yang tetiba je jadi serak macam penyanyi rock. Masalahnya penyanyi rock pun tak bersuara macam aku,kihkihkih.....

Biasanya orang yang suara jadi serak gini sebab tekak dia sakit kan. Aku ni pulak tekak tak sakit pun tapi tak taulaa kenapa suara jadi serak, pelik jugak aku mikir. Cuma batuk jelaa ckit2, mungkin sebab tulaa kot.

Ada yang kata sebab banyak makan limau raya cina. Makan tu memanglaa ada makan tapi takdelaa banyak sangat cuma dalam 5,6 bijik je. Banyak lagi aku makan masa raya cina tahun lepas tapi tak pulak jadi serak gini.

Korang paham2 jelaa kan klu dah suara jadi serak gini cakap ngan orang pun susah. Ada yang tak bagi aku bercakap sebab tak sedap katanya,huhu....

Balik rumah pulak anak2 pakat duk ngajuk aku cakap. Bila aku cakap je dia ulang balik buat suara serak macam aku,ihiks....

February 3, 2011

Asah suara...


Oleh kerana dah lama tak nyanyi so petang tadi aku pegilaa berkaraoke ngan isteri dan anak2 kat Xanax Kompleks Teruntum untuk melicinkan semula tekak aku ni,hehe...

Tak sangka rasa sedap pulak aku nyanyi tadi. Apa? Masuk bakul angkat sendiri???... Lantak akulaa dah nak tunggu korang puji memang korang takkan puji punya so baik aku puji diri aku sendiri.....kahkahkah.

Yelaa nak kata sedap sangat suara aku ni memanglaa tak tapi klu nak banding ngan katak yang panggil ujan tu sedaplaa suara aku ni lagi. Apa2 pun kiteorg puas hati dapat terpekik terlolong dalam bilik tu......

January 31, 2011

Lama dah tak nengok...

vs
Tak taulaa apa angin aku ari sabtu lepas tetiba je terasa nak pegi nengok bola kat stadium. Bukan tak penah pegi tapi dah lama tak pegi sejak kejatuhan prestasi pasukan pahang terus aku takde mood nak pegi nengok. Klu sebelum ni setiap kali ada game mesti aku ada kat stadium.

Memula tu ingatkan nak pegi nengok sorang2 je sebab bila tepon member2 semuanya ada kerjalaa, taknak pegi sebab takut hujanlaa. Nak ajak isteri aku, dia bukannya minat bola,huhuhu...

Nak jadi cerita sedang elok aku nak sampai kat stadium malam tu tetiba Mr Sazalie (Cc Smk Chini) ada tepon tanya aku kat mana. Aku cakaplaa dah nak sampai stadium, dia kata oklaa sebab dia pulak dah ada kat pintu depan stadium.

So malam tu taklaa aku kesorangan, adalaa jugak member yang meneman aku nengok bola,hehe.... Walaupun hujan takpe, semangat nak nengok punya pasal. Alhamdulillah pahang menang 3-1....... Harap2 pasni menang lagi.

January 28, 2011

Kuat seks...

Lucah je bunyi entri aku kali ni kan. Tajuk tu takde kena mengena dengan aku maupun isteri aku sebenonya yek.

Cerita ni aku baca kat metro arini. Kisahnya bukan kat negara kita ni tapi nun kat Berlin sana. "Bosan kerana sering diminta memuaskan nafsu isteri, seorang lelaki terdesak meminta tolong kepada polis supaya melindunginya daripada wanita terbabit.

Lelaki keturunan Turki tetapi bermastautin di Jerman itu pergi ke sebuah balai polis untuk mengadu masalahnya.

Lelaki terbabit bosan kerana terpaksa tidur di sofa rumah mereka sejak empat tahun lalu bagi menghindari isterinya. Semuanya gara2 si isteri yang selalu menuntut mengadakan hubungan seks.

Kata jurucakap polis, lelaki itu nekad mahu bercerai dan keluar dari rumahnya dengan harapan dapat hidup lebih aman.

Lelaki terbabit meminta polis melindunginya untuk sementara kerana dia perlukan tidur yang cukup,hahahaha..... Kelako betul aku baca ni sebab biasanya orang pompuan yang tak tahan sebab lelaki selalu mintak tapi ni terbalik pulak kisahnya,ihiks....

'Ter'kencing...

Bukan kaki aku ni yek...

Apa yang aku nak cerita ni tak berniat langsung nak memalukan sapa2 ok. Baru kejap tadi bila abih je kelas tu cikgu dia datang kat aku bagitau ada budak pompuan 'ter'kencing dalam makmal.

Tercengang sekejap aku dengar sebab sepanjang aku bertugas kat makmal tak penah berlaku lagi kejadian sebegini rupa. Bila aku pegi nengok budak tu macam malu2 nak menangis. Aku tanyalaa, awak tak terasa ke nak kencing? Dia kata terasa tapi tak taulaa....

Pastu cikgu tu tanya aku, macamana ni abg ayen nak suruh dia mop lantai tu ke abg ayen yang nak tolong mopkan? Aku cakap takpelaa biar abg ayen mopkan. Sian jugak kat dia dengan kain basah gitu nak suruh mop.

Nasib baiklaa budak2 lelaki dah keluar. Dia pulak tak bergerak2 kat tempat dia 'ter'kencing tu pastu berulang kali duk mintak maaf cikgu, saya malu mintak maaf cikgu, saya malu.

Aku pun cakaplaa kat dia sekarang ni malu tak malu awak dah terkencing so yang penting pegi basuh dulu kain apa semua tu pastu aku suruh member dia yang duk asrama pegi ambik kain bagi pinjam dulu.

Jadi tugas aku arini bertambah ckit dari biasa, mop air kencing.....huhuhu. Takpelaa kan nak buat macamana, aku tau budak tu malu yang amat sangat dan mungkin apa yang berlaku kat dia arini akan menjadi kenangan seumur hidup dia.

Nak marah pun tak boleh sebab nama lagi 'ter' maknanya dia tak sengajalaa tu tapi pelik gak aku sebab dia cakap dia terasa nak kencing. Dah tau terasa kenapa tak pegi tandas. Hanya dia saja yang tau kenapa boleh jadi gitu......ihiks.

January 25, 2011

Ikut suka dia je nak masuk...

Gambo hiasan...

Tengahari tadi aku pegilaa ambik anak aku balik dari skolah. Biasanya isteri aku yang ambik tapi tadi perut dia meragam so akulaa yang kena pegi ambik.

Pendek cerita on de way balik tu bila tiba di satu simpang, aku dah nampak dari jauh ada kereta nak keluar. Memula tu oklaa sebab dia keluar dengan sopan je menyusur ikut tepi.

Yang aku geram sangat2 tu, elok je bila aku sampai dekat dia masuk terus pegi ke lorong kanan sekali. Aku masa tu tengah laju kat lorong kanan tu apa lagi brek mengejutlaa. Korang bayangkanlaa jantung aku masa tu jatuh sekejap kat perut, punyalaa berdebarnya.

Yang lagi aku geram tu bila aku potong, dia boleh senyum je. Aku pun cakaplaa 'bodoh' kat dia sebab geram sangat kan. Nak marah lebih2 kang tak boleh jugak sebab isteri aku pun bawak kereta sendiri pegi kerja tapi aku yakin isteri aku tak buat gitu,hehehe......Insyaallah.

Yang pasti bukan pompuan dalam gambo kat atas tu yek sebab pompuan dalam gambo tu aku curi kat google. Klu pompuan tu tadi rasanya tak jadi nak marah aku,hahahaha....

January 23, 2011

Jangan lemah,mesti kena kuat...

Dua ari lepas tetiba je tekak aku ni terasa sakit. Nak telan air liur pun sakit, Aduuuhhhhh!!! Korang yang penah kena mesti paham keadaan aku kan. Oleh kerana dah tak tahan sangat sakit tekak ni aku pegilaa farmasi beli ubat sakit tekak ni....

Rupanya macam gula2 dan rasanya pun sebijik macam gula2 tapi tak bolehlaa nak makan macam gula2 sebab jadual makan dia kena macam makan ubat, 4 jam sekali...

Dah sakit tekak tu biasalaa kan pasti akan bersambung ngan yang lain pulak. Pastu dia datang batuk ckit2. Petang semalam tengah syok aku duk layan Datuk Lee Chong Wei lawan Cheng Long tetiba badan aku jadi seram sejuk(nak demamlaa tu maknanya).

Walaupun badan rasa lemah dan seram sejuk semacam je tapi aku nekad kuatkan diri bangun dan jalan sana jalan sini. Tak naklaa duduk je takut nanti lagi jadi lemah kan.

Pastu aku ajak isteri aku pegi klinik beli ubat sebab aku bimbang bila tiba malam akan bertambah teruk lagi keadaan aku ni.

Seperti biasalaa klinik mana lagi klu bukan klinik yang biasa aku bawak anak2 aku. Klinik Al-Amin dekat ngan masjid negeri. Aku pegi tu pun bukannya jumpa doktor tapi pegi beli ubat je.

Aku beli ubat demam ngan ubat selsema. Tapi yang buat aku lemah ckit adalah bila kat plastik ubat tu ada tulis macam kat plastik ubat selsema aku tu haa. Korang perasan tak tulisan yang tertulis 'mengantuk'...

Sekarang ni pun tak sampai lagi setengah jam aku makan ubat selsema, kepala/mata ni dah rasa 'ting tong' semacam. Oleh kerana malas nak layan rasa mengantuk so aku merepeklaa kat blog ni,hehehe.....

January 21, 2011

Tabiat lama dtg semula...

Lama dah tak jadi gini tapi sekarang dia datang balik. Klu sebelum ni asal kluar je henset baru mesti gelisah selagi tak dapat. Pastu bila dah lama2 tu jadi bosan gak asyik tukar henset je. Last sekali aku tukar setahun dua lepas rasanya, lupa dah aku.

Nilaa henset yang last sekali aku tukar, N5800 dan aku pakai sampai sekarang pastu konon2nya tak nak tukar dah pasni kecuali rosak. Tak tau macamana tetiba je seminggu dua ni keinginan tu macam nak datang semula.

Tapi dalam kepala aku klu aku nak beli baru yang nilaa akan jadi pilihan aku, iPhone. Hajat tu jangan cakaplaa memang beso,hehehe.... Aku tau yang model ni mahal giler tapi biasalaa kan minat, dapat tak dapat belakang kira janji minat tu ada...

Oleh kerana dah tak dapat nak tahan lagi keinginan aku ni semalam aku ajaklaa isteri aku pegi usha2 dulu. Macam biasalaa kan minat yang lain klu dah sampai kedai henset terus jadi rambang mata.

Lain yang minat lain pulak yang aku nengok,kuikuikui.... Antara yang jadi pilihan aku sekarang ni selain iPhone, korang nengok sendirilaa kat bawah ni.............

Blackberry storm ke apa ni, lebih kurang gitulaa....

Nokia N8 ni ok jugak aku nengok,ihiks....

Pastu last sekali aku nengok pulak yang ni, Nokia C7......

Semuanya ok tu korang tau tak. Pada akulaa, pada korang aku tak taulaa ok ke tak. Tapi yelaa kan oleh kerana kelabu mata tambah dengan harga yang boleh tahan, aku pun balik tangan kosong jelaa semalam. Tengoklaa pasni klu ada rezeki aku, dapatlaa kot salah satu yang kat atas nun,huhuhu.....

Lancar dan tak kembang...

Masa aku duk tengah pikir2 sambil termenung2 ayam(ada ke termenung ayam?hehehe....) mcmana nak buat stok lab aku yang tak start lagi ni, lalulaa sorang cina dengan beg besonya depan lab aku.

Dia nengok aku sambil senyum, angkat tangan aku pun balaslaa balik. Tak lama lepas tu dia singgah kat lab aku. Aku nengok kat tangan dia ada pen ngan kertas.

Ingatkan datang nak tanya pasal apa, rupa2nya salesman laa....

Dia cakap pen ni bagus(biasalaa kan ayat salesman) lancar bila menulis dan dakwat tak kembang walaupun kena air. Lepas aku cuba conteng sana dan conteng sini terus aku setuju nak beli sebab memang oklaa pen ni.

Dalam plastik tu ada 2 batang kaler itam, sebatang merah, sebatang biru pastu ada pulak percuma 2 batang ball pen kaler biru dan itam. Harganya Rm 10....

January 20, 2011

Tak makan lagi ni...

Waktu aku menaip ni aku masih lagi tak makan tengahari. Perut, korang jangan cakaplaa pedih dan bermacam2 lagu dah bunyinya.

Beginilaa jadinya bila bertugas di makmal. Makan tengahari kadang2 tu pukul 3 kadang2 pukul 4 kadang2 balik rumah, malam baru makan. Tak macam kerja pejabat, pukul 1-2 memang sah2 dah waktu rehat tapi aku ni tak menentu andai kata kelas ada berturut2 sampai waktu budak balik skolah maka lepas tulaa baru waktu rehat aku.

Aku cakap ni bukan bermaksud aku tak puas hati dengan tugas aku sekarang ni. Sebenonya tugas aku sekarang ni sangat2 memuaskan hati aku cuma sekadar nak bagitau kat korang je. . Tu pun klu korang nak tau, klu tak nak tau lantak koranglaa,hahaha....

Lagilaa slownya...

Macam biasalaa tiap2 rabu malam kamis lepas kiteorg abih main futsal kiteorg pegi minum2 dulu. Selalunya bila kiteorg sampai je terus datang ambik order tapi malam semalam dah duduk hampir 5 minit takde sorang pun datang.

Baru lepas main kan memanglaa masing2 tekak haus dan dahaga. Dah lama sangat nunggu tak datang jugak ambik order, kiteorg pun pakat blah cari kedai lain. Masa kiteorg bangun tu orang2 kat meja lain semuanya pandang je.

Nak niaga buat cara nak niaga, rezeki dah datang tak nak ambik pulak. Padan muka....(bukan aku marah ni,geram je.....hahaha)

Pastu kiteorg pun pegilaa kat kedai depan yang agak2 dlm 50 meter je jaraknya dari kedai tadi. Kedai ni ok ckit sebab kiteorg duduk je terus datang ambik order. Bab ambik order tu memang bagus, cepat....

Tapi yang tak tahannya bab nak nunggu tu pulak bapoklaa lamanya. Yang ambik order tadi tu memang kerjanya betul2 ambik order pastu duduk. Harapkan makcik tulaa yang nak masak, makcik tulaa yang nak buat air, mampusssss......

Last2 dah lambat sangat kiteorg pun tukar mintak air kelapa. Mintak 7 biji air kelapa tu, puas nunggu rupa2nya baru siap potong 2 biji. Parang tumpul katanya,hahaha....

Nak tak nak.........
Salah sorang dari kiteorg pegi tolong potong barulaa cepat ckit dapat. Jadi skrg sudah terbalik, pelanggan tolong potong kelapa pekerja kedai tolong nengok,kahkahkah.....

Ilang nak cepat, makin lambat lagi adalaa. Oleh itu minggu depan kiteorg kena cari kedai lain pulak.........ihiks.

January 19, 2011

Orang Malaysia yg tak tau malu...

Menyedihkan apabila pengguna jalan raya seolah-olah 'berpesta' memungut syiling yang bertaburan di lebuh raya selepas kenderaan yang membawa wang berjumlah Rm70,000 itu terbalik dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, pengguna jalan raya termasuk wanita bagaikan tidak mempedulikan anggota polis dan petugas lebuh raya yang turut berada di lokasi kejadian.

Mereka dilihat memasukkan syiling 50 sen, 20 sen dan 10 sen yang bertaburan di tengah dan tepi lebuh raya itu ke dalam beg serta plastik yang dibawa. Malah, ada antara mereka sanggup bersila di atas rumput dan asyik memungut syiling itu walaupun 'pemilik' duit berkenaan berada di lokasi kejadian.

Sumber berkata, wang berkenaan milik sebuah syarikat pengedaran syiling dari Shah Alam, Selangor untuk dihantar ke beberapa pasar raya di Melaka.

January 18, 2011

Klu tak tau,Syyy!!!!!...

Perkara2 yang buat aku serabut kepala dah mula ada. Tahun baru tak sampai pun lagi sebulan. Walaupun memula tu malas nak layan sangat sebab aku anggap gurauan2 biasa je tapi makin lama nampak gayanya makin jadi macam tak berapa nak betul ceritanya.

Sebelum ni pun memang ginilaa tugasan aku kat makmal tapi mungkin dieorang tak nampak. Tahun ni kan aku berada di makmal baru so aku dah bertekad untuk belajar dengan tugas2 yang tak penah aku buat sebelum ni. Biarlaa orang kata ada perubahan kepada yang lebih baik bila berada di tempat baru, bukannya sama je kat tempat lama gitu kat tempat baru pun gitu jugak kan.

Masalah sekarang ni aku tau cerita ni kluar sebab kebetulan kat makmal baru aku sekarang ni adalaa sorang cikgu pompuan yang baru bertukar ke skolah aku ni, mengajar pulak kat makmal aku. Tu yang jadi cerita tambahan kepada yang bukan2 tu padahal pada aku takde apa pun.

Yang aku tak paham tu macamlaa dieorang ni tak tau tugas aku sebagai staf makmal. Tapi memang dieorang tau tau pun sebenonya,hehehe.... Haaa dah klu tak tau tu, Syyyyy!!!!(Diam) janganlaa duk sibuk buat macam tau.

January 17, 2011

Aku kepelikkan...

Apa yang aku nak cerita ni adalah pasal jiran aku. Anak dia dapatlaa 5A masa upsr baru2 ni. Dah isi borang sana sini termasuklaa borang nak masuk skolah aku ni tup2 dapat skolah lain.

Pendek cerita dah aku nengok dan dengar macam dia tak berapa selesa kat situ so aku offerlaa nak tolong ejas masuk skolah aku ni. Yelaa kan nak kata 100% akan dapat tu taklaa tapi pegawai yang menguruskan kemasukkan pelajar tingkatan 1 tu aku kenal sebab sama tempat kerja ngan aku sebelum ni.

Bila aku tanya mak/ayahnya cakap nak tunggu mrsmlaa, nak tunggu skolah sainslaa. Bukan aku nak takbur tapi pada aku skolah aku ni dah memang antara skolah terbaik di Pahang. Cuba dulu manalaa tau kan klu tak dapat skolah yang awk nak nanti boleh terus skolah kat sini.

Dah 2,3 kali aku tanya jawapan tetap sama, biarlaa dulu. Aku pun malas dahlaa nak cakap apa. Tiap2 tahun kat skolah aku ni mesti ada je pelajar ngan mak/ayahnya sekali yang menangis sebab tak dapat masuk, ni aku nak tolong agar dapat masuk pun taknak. Pelik betullaa....

Apa2 pun aku doakan dia berjaya sebab belajar kat mana2 pun klu kita betul2 fokus pada pelajaran, Insyaallah akan berjaya. Aku jugak berharap semoga dia dapatlaa skolah yang dia nak tu...

Mata akukah yg kelabu???....

Klu sebelum ni aku duk makmal lain tapi hujung tahun lepas aku dah bertukar ke makmal baru pulak. Bila dah masuk makmal baru yang penting nak kena nengok ialah fail stok, adakah sama komplitnya dengan fail stok yang aku buat kat makmal aku dulu.

Check punya check, belek punye belek memang tak sama sebab apa yang aku buat kat fail stok masa kat makmal aku dulu tak dibuat kat fail sekarang ni. Pening aku.......huhu.

Barang2 kat makmal memang sah2laa berbeza tapi yang buat aku lagi pening ialah ejaan kat dalamnya. Tak taulaa kot mata aku kelabu atau aku tersalah baca kan tapi cuba korang tolong nengok betul ke tak betul apa yang aku nengok ni.........

Pada aku mungkin dia tersalah eja tu. Klu dah tersalah tu maknanya tak sengajalaa kan, nak buat mcmana,hehehe......

January 13, 2011

Tak pasal2 aku yang kena cucuk...

Semalam mak mentua aku mintak tolong belikan jarum insulin dia. Macam biasalaa kan semestinya aku yang kena pegi beli dah tu nak harapkan sape lagi....

Dah alang2 pegi tu dia suruh aku tanya terus mesin ngan jarum yang nak ambik darah ni ok ke tak lagi. Bila nurse tu check dia cakap ok lagi mesinnya...

Pastu bila nengok botol ni rupa2nya yang ni dah tamat tempoh. Tak tamat tempoh mcmana cuba korang nengok tarikh kat bawah botol tu, terang2 dah tulis bulan 11/2009 tamat tempohnya...

Aku cakap takpelaa klu gitu beli yang barulaa. Lepas beli yang baru nurse tu cakap pulak nak test sebab nak tau betul2 ok ke tak. Dah gitu yang nak kena jadi bahan testnya akulaa,huhu....

Ikutkan takut memang aku takut bab2 nak cucuk ambik darah ni. Tapi demi nak tutup malu sebab kat situ masa tu ada makwe, relakanlaa jugak walaupun takut.....huahuahua.

Hasilnya menggembirakan aku sebab bacaannya "6.4" (lepas makan masa tu). Nurse tu cakap oklaa tu sebab biasanya klu lepas makan antara 4 - 7.. Alhamdulillah setakat ni aku takde kencing manis lagi dan harap2 takdelaa sampai bila2....... Amin.

Bagi aku pegang dulu...

Masih lagi bercerita pasal budak yang baru masuk sekolah menengah ni. Dah kat sekolah rendah dulu mana ada makmal kan so bila baru pertama kali nak masuk makmal kenalaa aku bagitau dulu peraturan2nya...

Masa dieorang duk beratur tunggu cikgu datang aku bagilaa serba sedikit penerangan(konon2nyalaa,hehehe.....). Yelaa kan lagipun dieorang ni selagi cikgu2 takde memang tidak dibenarkan masuk.

Sesambil menunggu tu aku tanyalaa sesiapa yang ada bawak liquid paper, masing2 geleng kepala. Maknanya takdelaa tu sebab klu ada mesti dieorang angguk kepala,ihiks...

Pastu aku cakap lagi sesiapa yang ada bawak liquid paper tolong bagi kat aku sebab liquid paper tidak dibenarkan dibawak masuk ke dalam makmal. Makmal sekolah lain aku tak taulaa boleh ke tak.

Sekolah aku ni dulu kiteorang dah sepakat dalam mesyuarat tak boleh sebab dulu banyak sangat luahan dan kata2 cinta yang dihasilkan kat atas meja dengan menggunakan liquid paper. Pendek cerita bila dah aku cakap tak boleh bawak masuk terus masing2 bagi kat aku padahal sebelum tu kata takde....

Inilaa hasilnya hinggakan tak cukup tangan aku nak pegang,hahaha.....

January 11, 2011

Baiknya dia...

Tahun ni kan aku kena jaga lab Sains tingkatan 1. Bila budak baru naik ke alam sekolah menengah korang paham2 jelaa kan dia punya hormat kat kita ni,hehe.... Maklumlaa tocang masing2 tak berapa nak nampak lagi.

Lantai lab aku sekarang ni pulak guna marmar so nak jadi ke cerita....

Segala buku yang tak berkenaan dan jugak beg memang tak boleh bawak masuk lab. Wajib kena tinggal kat luar.

Tapi yang menggelikan hati aku ni adalaa sorang budak pompuan tu. Korang nampak tak dalam gambo kat atas, siap tanggal kasut kat luar lagi. Maknanya dia masuk lab dengan hanya berstoking jelaa.

Bila aku tanya kenapa tanggal kat luar, dia senyum pastu terus lari. Malulaa tu agaknya,hahaha...

January 10, 2011

Biar betul aku ni.....

Sejak akhir2 ni memang aku update tiap2 hari aku punya fail meja. Tak naklaa jadi macam sebelum2 ni sampai berbulan-bulan tak update. Bila bos nak nengok barulaa kelam kabut nak siapkan sampai lenguh tangan2 menulis,hehe...

Tapi yelaa kan selagi nama manusia kita ni memang takleh lari dari buat silap. Baru2 ni seperti biasa adalaa sorang member aku tu datang bersembang ngan aku kat lab. Sesambil tu dia beleklaa fail meja aku.

Dalam belek punya belek tu dia terperasan pulak yang aku silap tulis tarikh. Klu cepat sebulan dua ok lagi, ni cepat hampir setahun tuuu..........kihkihkih.

Dah xde badi lagi...

DALGLISH (tengah) muram memerhatikan anak didiknya beraksi menentang Manchester United dalam pusingan ketiga Piala FA   di Old Trafford, malam tadi. United menang 1-0.

Kepulangan semula Kenny Dalglish tidak mampu menyelamatkan Liverpool yang baru memecat pengurus lama Roy Hodgson selepas tersingkir di pusingan ketiga Piala FA kepada Manchester United di Old Trafford malam tadi.

Jaringan penalti seawal minit pertama oleh Ryan Giggs sudah cukup untuk memberikan kemenangan 1-0 dan menamatkan kegembiraan peminat fanatik Liverpool yang sebelum itu berharap bekas pemain dan pengurus itu mampu mengubah nasib buruk kelab Merseyside.

Lebih mengecewakan, kapten Liverpool Steven Gerrard dilayangkan kad merah pada minit ke-31 kerana merempuh Michael Carrick dengan kedua-dua kaki.

Dengan Liverpool hanya empat mata di atas zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris, bintang seperti Fernando Torres bergelut dengan prestasi sendiri dan kini tersingkir daripada Piala FA, Dalglish memberi amaran kedudukan kelab itu tidak akan dapat diperbaiki dalam masa singkat...

January 9, 2011

Terpaksa mengalah...

Perkara yang aku harap jangan berlaku, akhirnya berlaku jugak malam ni. Klu selama ni cerita yang isteri aku suka nengok ngan yang aku nak nengok jarang bersiaran serentak.

Andai bersiaran serentak maka terpaksalaa aku yang kena mengalah tapi bukan bermaksud mengalah tak nengok. Nengok tetap kena nengok.

Contohnya macam malam nilaa, pukul 9 akan berlangsung...


Pastu pukul 9.30 pulak ada perlawanan bola...

Pasukan peberet aku, Manchester United akan menentang musuh paling ketat iaitu Liverpool (Piala FA)... Nak tak nak aku kena cari jugak 'port' malam ni untuk menyaksikannya,huhuhu...

January 6, 2011

Xnak duk asrama...


Klu dapat sekolah jauh dari rumah nak x nak kenalaa duduk kat asrama. Bila sebut je asrama pada aku x semua budak boleh tinggal kat asrama. Usahkan orang lain, aku sendiri pun masa sekolah dulu sempat duduk sebulan lebih je pastu mintak keluar asrama,huhuhu...

Maklumlaa klu kat rumah bebas nak buat apa pun. Nak tengok tv ke nak kluar sana sini ke semua boleh tapi klu duduk asrama mujurlaa nak bebas gitu. Apa yang aku nak cerita ni sebenonya pasal sorang cikgu kat sekolah lama aku dulu, anak pompuan dia dapat masuk sekolah aku ni dan kenalaa duduk asrama sebab rumah jauh.

Sebelum ni dah biasa duduk bawah ketiak mak so bila kena duduk asrama ni maka tiap2 pagi tepon mak ayah nangis nak balik, x nak duduk asrama. Last2 sebab x tahan asyik tepon nangis, mak ayah pun buatlaa surat tukar balik sekolah dekat rumah. Pada aku xpelaa kan janji dia dapat belajar dengan tenang.

Dapat sekolah yang terbaik pun tapi dia x boleh nak tumpu pada pelajaran x guna jugak. Aku harap bila dah dapat balik duduk semula bawah ketiak mak tu dapatlaa dia belajar dengan tenang dan aku doakan semoga dia akan berjaya suatu hari nanti....

January 4, 2011

Alhamdulillah ok...

Baru balik sekolah...

Walaupun ambik cuti 2 ari tapi aku anto anak aku ni ke sekolah sehari je tu pun pagi, balik dia balik sendiri naik van yang disediakan. Kakak pulak isteri aku yang anto. Kakak tu tak kesah sangat dah sebab dia dah masuk tahun 2. Ari kedua ni aku tak anto sebab saja nak nengok dia naik van sendiri pegi dan balik. Alhamdulillah ok xde masalah dan aku harap sangat akan ok sampai bila2.....

Brunt mohon maaf pada Rooney...

Chris Brunt memohon maaf berhubung terjahan keras yang dilakukannya ke atas penyerang Manchester United, Wayne Rooney sehingga menyebabkan pemain itu mengalami kecederaan buku lali. Peranncang West Bromwich Albion itu melakukan tindakan tersebut ketika pertemuan menentang United dalam saingan Liga Perdana Inggeris, sabtu lalu.

Ekoran tindakannya itu, Rooney mungkin terpaksa berehat selama dua minggu. "Memang ia merupakan terjahan yang keras dan sudah pasti saya ingin memohon maaf di atas tindakan tersebut. Ia adalah kesalahan profesional tetapi saya tidak berniat untuk mencederakan sesiapa.

Saya lihat Rooney seperti tidak apa-apa dan saya harap dia tidak menyimpan dendam terhadap saya serta berharap semuanya akan kembali seperti biasa," jelas Brunt.....


January 2, 2011

Harap2 dia ok...

Esok akan bermulalaa sesi persekolahan 2011. Maka dengan itu puteri kedua aku ni jugak akan sekali lagi ke sekolah. Tahun lepas aku dah anto dia pegi tadika kat Masjid Negeri sebab kat situ dekat ckit ngan opis isteri aku. Memula aku ingatkan ok tapi masuk minggu kedua 2 ari berturut2 dia lari ke opis isteri aku masa tengah belajar, katanya xnak sekolah.

Puas dipujuk dan diselidik2 rupanya ada budak lelaki buat dia. Aku rasa bukan buat mcmana mungkin budak tu gurau kasar sangat maklumlaa awk tu kecik daripada orang pulak lagi x biasa gurau kasar2,huhuhu....

Lepas pada tu aku terus x anto sebab klu paksa suruh pegi tapi dia xleh nak bagi tumpuan pada pelajaran x guna jugak. Untuk tahun ni aku anto dia kat sekolah lama kakak dia kat Tadika Little Iman Kids. Setakat ni bila aku cakap kat dia 'esok adik sekolah elok2 dan belajar rajin2 yek', dia kata ok... Aku harap betul2 ok laa.

January 1, 2011

Lama dah rasanya...

Dah beberapa ari aku tak update blog aku ni, rindu pulak rasanya. Biasalaa bila dah nak bukak skolah ni cbuklaa ckit kan, nak kena kemas lab cuci itu dan ini. Nape tak buat masa awal cuti dulu?.. Klu aku buat masa awal2 cuti dulu maknanya kena buat 2 kali kerja sebab bila nak bukak skolah ni berabuk semula so baiklaa aku buat last2 cuti ni.

Arini walaupun cuti aku pegi jugak skolah sebab ada lagi ckit2 yang nak kena setel. Lagipun esok budak2 tingkatan satu dah mula nak mendaftar. Pastu pulak cikgu koperasi skolah nak guna lab aku esok, xtaulaa untuk apa. Aku harap janganlaa kotor semula sebab klu kotor maka sia2laa aku datang cuci ari cuti. Andai kata kotor jugak, aku akan suruh dieorang cuci semulalaa....