December 18, 2009

Man U tekad tekan Chelsea...


SEANDAINYA Alex Ferguson mahu terus menekan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea, mereka harus terus mencatat kemenangan demi kemenangan terutama ketika berdepan jadual ketat sepanjang dua minggu ini. Selepas menundukkan Wolverhampton Wanderers 3-0 Selasa lalu, anak buah Ferguson tidak harus menoleh ke belakang dan perlu memastikan tiga mata lagi apabila berkunjung ke Craven Cottage untuk bertemu Fulham malam esok. Jika diteliti betul2 jadual hujung minggu ini, tidak ada perlawanan yang boleh dikatakan besar namun pertemuan United, kini di tangga kedua liga, tiga mata di belakang Chelsea, dengan Fulham yang menghuni tangga kesembilan, dilihat sebagai yang terbaik."Ferguson mengharapkan bahagian tengahnya terus berfungsi dan pengurus berpengalaman itu memuji pemain tengah dari Brazil, Anderson. Anderson dianggap Ferguson mampu menjadi pemain ternama."Bahagian tengah adalah bahagian paling sukar buat pemain muda kami untuk berkembang kerana kami memiliki beberapa pemain yang cemerlang beroperasi di bahagian itu," kata Ferguson."Namun Anderson sudah membuktikan dia mampu untuk bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama selepas beberapa persembahan menakjubkan sejak akhir-akhir ini. Dia perlu bersabar, dia hanya berusia 21 tahun, ingat tapi dia sudah menyesuaikan diri dan semakin matang."Ferguson menegaskan beliau menghadapi keadaan sukar untuk memilih senarai pemain di bahagian tengah jika semua pemainnya cergas, dan lebih sukar berikutan persembahan dipamerkan Anderson."Saingan merebut tempat tidak menjejaskan kepercayaan terhadap diri sendiri, yang mana amat penting. Dia mempunyai sikap dan keyakinan seorang pemain Brazil terhadap keupayaan diri sendiri dan dia akan menjadi pemain ternama satu hari nanti."Dia cemerlang ketika ini dan dia pastinya mahu bermain."

No comments: