March 15, 2011

Kerna TERPAKSA...

Post ni mungkin merupakan post terakhir aku kat sini sebab aku terpaksa bukak blog baru. Walaupun berat hati dan sedih sangat nak tutup blog ni tapi aku terpaksa disebabkan oleh perkara2 yang tak dapat aku elakkan,huhuhuhuhu......

Pasni kepada member2 yang masih sudi nak ber'member' ngan aku, yang masih sudi nak ber'komen2' ngan aku bolehlaa ke blog baru aku http://akuanakmuda77.blogspot.com

March 14, 2011

Man United lepasi ranjau...

Manchester United menghidupkan impian meraih tiga piala apabila menyingkirkan Arsenal daripada saingan Piala FA. Jaringan Fabio da Silva selepas aksi 28 minit dan minit ke-49 melalui tandukan Wayne Rooney membolehkan United ke perlawanan separuh akhir ke-27 di Stadium Wembley yang dijadualkan pada bulan depan.

Kemenangan itu sangat bermakna kepada pendahulu Liga Perdana bimbingan Alex Ferguson itu sebelum perlawanan kedua pusingan kedua Liga Juara-Juara menentang Olympique Marseille di Old Trafford pada awal pagi rabu ini selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Chelsea dan Liverpool dalam saingan liga.

Manchester United kini berazam untuk meraih tiket ke suku akhir saingan utama kelab Eropah itu selepas seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama tiga minggu lalu sekaligus bagi menghidupkan harapan untuk mengulangi kejayaan memenangi Piala Eropah, Piala FA dan Liga Perdana pada 1999.

March 11, 2011

Ramainya manusia...

Klu ikutkan pasport bibik tamat pada awal bulan april tapi oleh kerana permit dia dah nak abih tempoh so kenalaa buat skali terus. 2 minggu lepas aku pegilaa ke Kedutaan Indonesia kat Kolumpur nun.

Memula tu ingat nak pegi ngan bibik je sebab anak2 nak skolah, mak mentua pulak dah tak sihat sangat2 dah, paham2 jelaa kan klu bawak dia nanti kesian pulak nak kena tunggu lama2.

Pikir punya pikir aku rasa memang aku xleh nak pegi sorang2 sebab selama ni pun walau kemana mesti di temani isteri tersayang. Aku pun bincanglaa ngan isteri sesambil pujuk dia ajak pegi. Sampai gaduh2,huhuhu....

Dah puas gaduh apa sume akhirnya dia setuju nak ikut,hehe... Anak2 pulak terpaksalaa tak pegi skolah ari tu. Kitaorg sampai kat Kedutaan tu lebih kurang pukul 10 pagi. Aku nengok kat luar punyalaa ramai manusia, masuk je dalam Ya Allah... macam ulat dalam nangka, tak sanggup aku nengoknya.

Pendek cerita oleh kerana ramainya manusia ditambah dgn ckit2 masalah lain maka tak sempat siaplaa aritu. Letih menunggu dari pagi sampai petang pastu balik dengan kecewa, celakak betul...

Nak tak nak minggu lepas aku pegi skali lagi tapi kali ni aku pegi berdua ngan bibik je. Klu bawak sume skali kang terpaksalaa lagi anak aku tak pegi skolah so biarlaa aku je yang pegi.

Alhamdulillah kali ni walaupun seperti biasa terpaksa menunggu dari pagi sampai ke hampir2 malam sebab ramainya manusia kat sana tapi lega sumenya selesai dengan jaya,hehe...

March 7, 2011

Mood belum betul2 stabil.....

Macam biasalaa kan asal lama je x kluarkan post baru mesti kata rindulaa apalaa. Sebenarnya tiap2 ari aku datang jenguk blog ni cuma nak kluarkan post baru tu x berapa nak ada mood sebab akhir2 ni banyak sangat masalah yang melanda diri ini.

Tapi aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi memberi aku kekuatan untuk terus mengharungi hidup ni walaupun kekadang tu dugaan yang mendatang cukup2 menguji kesabaran aku.

Aku sangat2 berharap dan berdoa kepada Allah semoga akan terus diberi kekuatan dan kesabaran agar segala apa yang aku harapkan akan menjadi kenyataan suatu ari nanti, Amin.......

February 10, 2011

Tetiba je jadi serak...

Baru2 ni kan aku cerita pasal aku pegi asah suara kat karaoke. Tapi kali ni aku nak cerita pulak pasal suara aku yang tetiba je jadi serak macam penyanyi rock. Masalahnya penyanyi rock pun tak bersuara macam aku,kihkihkih.....

Biasanya orang yang suara jadi serak gini sebab tekak dia sakit kan. Aku ni pulak tekak tak sakit pun tapi tak taulaa kenapa suara jadi serak, pelik jugak aku mikir. Cuma batuk jelaa ckit2, mungkin sebab tulaa kot.

Ada yang kata sebab banyak makan limau raya cina. Makan tu memanglaa ada makan tapi takdelaa banyak sangat cuma dalam 5,6 bijik je. Banyak lagi aku makan masa raya cina tahun lepas tapi tak pulak jadi serak gini.

Korang paham2 jelaa kan klu dah suara jadi serak gini cakap ngan orang pun susah. Ada yang tak bagi aku bercakap sebab tak sedap katanya,huhu....

Balik rumah pulak anak2 pakat duk ngajuk aku cakap. Bila aku cakap je dia ulang balik buat suara serak macam aku,ihiks....

February 3, 2011

Asah suara...


Oleh kerana dah lama tak nyanyi so petang tadi aku pegilaa berkaraoke ngan isteri dan anak2 kat Xanax Kompleks Teruntum untuk melicinkan semula tekak aku ni,hehe...

Tak sangka rasa sedap pulak aku nyanyi tadi. Apa? Masuk bakul angkat sendiri???... Lantak akulaa dah nak tunggu korang puji memang korang takkan puji punya so baik aku puji diri aku sendiri.....kahkahkah.

Yelaa nak kata sedap sangat suara aku ni memanglaa tak tapi klu nak banding ngan katak yang panggil ujan tu sedaplaa suara aku ni lagi. Apa2 pun kiteorg puas hati dapat terpekik terlolong dalam bilik tu......

January 31, 2011

Lama dah tak nengok...

vs
Tak taulaa apa angin aku ari sabtu lepas tetiba je terasa nak pegi nengok bola kat stadium. Bukan tak penah pegi tapi dah lama tak pegi sejak kejatuhan prestasi pasukan pahang terus aku takde mood nak pegi nengok. Klu sebelum ni setiap kali ada game mesti aku ada kat stadium.

Memula tu ingatkan nak pegi nengok sorang2 je sebab bila tepon member2 semuanya ada kerjalaa, taknak pegi sebab takut hujanlaa. Nak ajak isteri aku, dia bukannya minat bola,huhuhu...

Nak jadi cerita sedang elok aku nak sampai kat stadium malam tu tetiba Mr Sazalie (Cc Smk Chini) ada tepon tanya aku kat mana. Aku cakaplaa dah nak sampai stadium, dia kata oklaa sebab dia pulak dah ada kat pintu depan stadium.

So malam tu taklaa aku kesorangan, adalaa jugak member yang meneman aku nengok bola,hehe.... Walaupun hujan takpe, semangat nak nengok punya pasal. Alhamdulillah pahang menang 3-1....... Harap2 pasni menang lagi.

January 28, 2011

Kuat seks...

Lucah je bunyi entri aku kali ni kan. Tajuk tu takde kena mengena dengan aku maupun isteri aku sebenonya yek.

Cerita ni aku baca kat metro arini. Kisahnya bukan kat negara kita ni tapi nun kat Berlin sana. "Bosan kerana sering diminta memuaskan nafsu isteri, seorang lelaki terdesak meminta tolong kepada polis supaya melindunginya daripada wanita terbabit.

Lelaki keturunan Turki tetapi bermastautin di Jerman itu pergi ke sebuah balai polis untuk mengadu masalahnya.

Lelaki terbabit bosan kerana terpaksa tidur di sofa rumah mereka sejak empat tahun lalu bagi menghindari isterinya. Semuanya gara2 si isteri yang selalu menuntut mengadakan hubungan seks.

Kata jurucakap polis, lelaki itu nekad mahu bercerai dan keluar dari rumahnya dengan harapan dapat hidup lebih aman.

Lelaki terbabit meminta polis melindunginya untuk sementara kerana dia perlukan tidur yang cukup,hahahaha..... Kelako betul aku baca ni sebab biasanya orang pompuan yang tak tahan sebab lelaki selalu mintak tapi ni terbalik pulak kisahnya,ihiks....

'Ter'kencing...

Bukan kaki aku ni yek...

Apa yang aku nak cerita ni tak berniat langsung nak memalukan sapa2 ok. Baru kejap tadi bila abih je kelas tu cikgu dia datang kat aku bagitau ada budak pompuan 'ter'kencing dalam makmal.

Tercengang sekejap aku dengar sebab sepanjang aku bertugas kat makmal tak penah berlaku lagi kejadian sebegini rupa. Bila aku pegi nengok budak tu macam malu2 nak menangis. Aku tanyalaa, awak tak terasa ke nak kencing? Dia kata terasa tapi tak taulaa....

Pastu cikgu tu tanya aku, macamana ni abg ayen nak suruh dia mop lantai tu ke abg ayen yang nak tolong mopkan? Aku cakap takpelaa biar abg ayen mopkan. Sian jugak kat dia dengan kain basah gitu nak suruh mop.

Nasib baiklaa budak2 lelaki dah keluar. Dia pulak tak bergerak2 kat tempat dia 'ter'kencing tu pastu berulang kali duk mintak maaf cikgu, saya malu mintak maaf cikgu, saya malu.

Aku pun cakaplaa kat dia sekarang ni malu tak malu awak dah terkencing so yang penting pegi basuh dulu kain apa semua tu pastu aku suruh member dia yang duk asrama pegi ambik kain bagi pinjam dulu.

Jadi tugas aku arini bertambah ckit dari biasa, mop air kencing.....huhuhu. Takpelaa kan nak buat macamana, aku tau budak tu malu yang amat sangat dan mungkin apa yang berlaku kat dia arini akan menjadi kenangan seumur hidup dia.

Nak marah pun tak boleh sebab nama lagi 'ter' maknanya dia tak sengajalaa tu tapi pelik gak aku sebab dia cakap dia terasa nak kencing. Dah tau terasa kenapa tak pegi tandas. Hanya dia saja yang tau kenapa boleh jadi gitu......ihiks.

January 25, 2011

Ikut suka dia je nak masuk...

Gambo hiasan...

Tengahari tadi aku pegilaa ambik anak aku balik dari skolah. Biasanya isteri aku yang ambik tapi tadi perut dia meragam so akulaa yang kena pegi ambik.

Pendek cerita on de way balik tu bila tiba di satu simpang, aku dah nampak dari jauh ada kereta nak keluar. Memula tu oklaa sebab dia keluar dengan sopan je menyusur ikut tepi.

Yang aku geram sangat2 tu, elok je bila aku sampai dekat dia masuk terus pegi ke lorong kanan sekali. Aku masa tu tengah laju kat lorong kanan tu apa lagi brek mengejutlaa. Korang bayangkanlaa jantung aku masa tu jatuh sekejap kat perut, punyalaa berdebarnya.

Yang lagi aku geram tu bila aku potong, dia boleh senyum je. Aku pun cakaplaa 'bodoh' kat dia sebab geram sangat kan. Nak marah lebih2 kang tak boleh jugak sebab isteri aku pun bawak kereta sendiri pegi kerja tapi aku yakin isteri aku tak buat gitu,hehehe......Insyaallah.

Yang pasti bukan pompuan dalam gambo kat atas tu yek sebab pompuan dalam gambo tu aku curi kat google. Klu pompuan tu tadi rasanya tak jadi nak marah aku,hahahaha....