February 10, 2011

Tetiba je jadi serak...

Baru2 ni kan aku cerita pasal aku pegi asah suara kat karaoke. Tapi kali ni aku nak cerita pulak pasal suara aku yang tetiba je jadi serak macam penyanyi rock. Masalahnya penyanyi rock pun tak bersuara macam aku,kihkihkih.....

Biasanya orang yang suara jadi serak gini sebab tekak dia sakit kan. Aku ni pulak tekak tak sakit pun tapi tak taulaa kenapa suara jadi serak, pelik jugak aku mikir. Cuma batuk jelaa ckit2, mungkin sebab tulaa kot.

Ada yang kata sebab banyak makan limau raya cina. Makan tu memanglaa ada makan tapi takdelaa banyak sangat cuma dalam 5,6 bijik je. Banyak lagi aku makan masa raya cina tahun lepas tapi tak pulak jadi serak gini.

Korang paham2 jelaa kan klu dah suara jadi serak gini cakap ngan orang pun susah. Ada yang tak bagi aku bercakap sebab tak sedap katanya,huhu....

Balik rumah pulak anak2 pakat duk ngajuk aku cakap. Bila aku cakap je dia ulang balik buat suara serak macam aku,ihiks....

February 3, 2011

Asah suara...


Oleh kerana dah lama tak nyanyi so petang tadi aku pegilaa berkaraoke ngan isteri dan anak2 kat Xanax Kompleks Teruntum untuk melicinkan semula tekak aku ni,hehe...

Tak sangka rasa sedap pulak aku nyanyi tadi. Apa? Masuk bakul angkat sendiri???... Lantak akulaa dah nak tunggu korang puji memang korang takkan puji punya so baik aku puji diri aku sendiri.....kahkahkah.

Yelaa nak kata sedap sangat suara aku ni memanglaa tak tapi klu nak banding ngan katak yang panggil ujan tu sedaplaa suara aku ni lagi. Apa2 pun kiteorg puas hati dapat terpekik terlolong dalam bilik tu......