March 15, 2011

Kerna TERPAKSA...

Post ni mungkin merupakan post terakhir aku kat sini sebab aku terpaksa bukak blog baru. Walaupun berat hati dan sedih sangat nak tutup blog ni tapi aku terpaksa disebabkan oleh perkara2 yang tak dapat aku elakkan,huhuhuhuhu......

Pasni kepada member2 yang masih sudi nak ber'member' ngan aku, yang masih sudi nak ber'komen2' ngan aku bolehlaa ke blog baru aku http://akuanakmuda77.blogspot.com

March 14, 2011

Man United lepasi ranjau...

Manchester United menghidupkan impian meraih tiga piala apabila menyingkirkan Arsenal daripada saingan Piala FA. Jaringan Fabio da Silva selepas aksi 28 minit dan minit ke-49 melalui tandukan Wayne Rooney membolehkan United ke perlawanan separuh akhir ke-27 di Stadium Wembley yang dijadualkan pada bulan depan.

Kemenangan itu sangat bermakna kepada pendahulu Liga Perdana bimbingan Alex Ferguson itu sebelum perlawanan kedua pusingan kedua Liga Juara-Juara menentang Olympique Marseille di Old Trafford pada awal pagi rabu ini selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Chelsea dan Liverpool dalam saingan liga.

Manchester United kini berazam untuk meraih tiket ke suku akhir saingan utama kelab Eropah itu selepas seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama tiga minggu lalu sekaligus bagi menghidupkan harapan untuk mengulangi kejayaan memenangi Piala Eropah, Piala FA dan Liga Perdana pada 1999.

March 11, 2011

Ramainya manusia...

Klu ikutkan pasport bibik tamat pada awal bulan april tapi oleh kerana permit dia dah nak abih tempoh so kenalaa buat skali terus. 2 minggu lepas aku pegilaa ke Kedutaan Indonesia kat Kolumpur nun.

Memula tu ingat nak pegi ngan bibik je sebab anak2 nak skolah, mak mentua pulak dah tak sihat sangat2 dah, paham2 jelaa kan klu bawak dia nanti kesian pulak nak kena tunggu lama2.

Pikir punya pikir aku rasa memang aku xleh nak pegi sorang2 sebab selama ni pun walau kemana mesti di temani isteri tersayang. Aku pun bincanglaa ngan isteri sesambil pujuk dia ajak pegi. Sampai gaduh2,huhuhu....

Dah puas gaduh apa sume akhirnya dia setuju nak ikut,hehe... Anak2 pulak terpaksalaa tak pegi skolah ari tu. Kitaorg sampai kat Kedutaan tu lebih kurang pukul 10 pagi. Aku nengok kat luar punyalaa ramai manusia, masuk je dalam Ya Allah... macam ulat dalam nangka, tak sanggup aku nengoknya.

Pendek cerita oleh kerana ramainya manusia ditambah dgn ckit2 masalah lain maka tak sempat siaplaa aritu. Letih menunggu dari pagi sampai petang pastu balik dengan kecewa, celakak betul...

Nak tak nak minggu lepas aku pegi skali lagi tapi kali ni aku pegi berdua ngan bibik je. Klu bawak sume skali kang terpaksalaa lagi anak aku tak pegi skolah so biarlaa aku je yang pegi.

Alhamdulillah kali ni walaupun seperti biasa terpaksa menunggu dari pagi sampai ke hampir2 malam sebab ramainya manusia kat sana tapi lega sumenya selesai dengan jaya,hehe...

March 7, 2011

Mood belum betul2 stabil.....

Macam biasalaa kan asal lama je x kluarkan post baru mesti kata rindulaa apalaa. Sebenarnya tiap2 ari aku datang jenguk blog ni cuma nak kluarkan post baru tu x berapa nak ada mood sebab akhir2 ni banyak sangat masalah yang melanda diri ini.

Tapi aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi memberi aku kekuatan untuk terus mengharungi hidup ni walaupun kekadang tu dugaan yang mendatang cukup2 menguji kesabaran aku.

Aku sangat2 berharap dan berdoa kepada Allah semoga akan terus diberi kekuatan dan kesabaran agar segala apa yang aku harapkan akan menjadi kenyataan suatu ari nanti, Amin.......