October 30, 2010

Tiba di jeti Tasik Kenyir...

Kiteorg bertolak dari Smart dalam pukul 2.30 pagi sabtu. Singgah solat subuh kat masjid area Ajil lebih kurang pukul 6 pagi pastu sarapan pagi kat kuala berang. Kiteorg sampai kat jeti Pengkalan Gawi lebih kurang pukul 8.15 pagi.

Ni salah sorang pilot kiteorg...



Bila sampai je biaselaa kan,kenelaa kluarkan barang2 dulu...


Yang cbuk kluarkan barang2 ada,yang cbuk nak bergambo pun ada...


Termasuklaa aku,kihkihkih.....

Tapi gambo ni korang jangan nengok lama2 sangat nanti sakit mata,hahaha....

Amboiii tukang jaga barang tu haa,tengok pada semak check list x mudahlaa tapi tertinggal jugak telur 2 sarang kat dalam bas,hahaha....

Dan inilaa houseboat yang kiteorg naik,beso jugak. Ada 6 bilik tido siap ngan katil dabel deker,ruang nonton tv(siap ngan astro),dapur,bilik air + tandas. Memang puas hatilaa...

October 29, 2010

Sebelum ke Tasik Kenyir...

Minggu lepas aku ngan geng2 cikgu lelaki ada buat pogrem Kembara Kenyir Smart ke Tasik Kenyir. Kiteorg pegi selama 3 hari 2 malam iaitu dari 23-25/10... Pagi sebelum bertolak tu kiteorg masukkan dulu barang2 yang nak dbawak tu dalam bas.

Nilaa sebahagian dari barang2 keperluan yang dbawak...

Selain dari barang2 keperluan kiteorg,kelapa sawit ni pun kena bawak jugak sebab nak bagi ikan kat Tasik Kenyir nun merasa buah sawit Kuantan......ihiks.


Ini pulak pekerja2 yang aku mintak tolong masukkan barang2 tu dalam bas,kihkihkih..... Aku xdelaa dalam gambo ni sebab aku yang jadi kameraman ni,hehe....

October 28, 2010

Saya yg menurut perintah...

Baru2 ni aku ada terima sepucuk surat. Bila aku buka je rupe2nya surat tuko. Surat tuko???.... Ye surat tuko tapi bukan tuko skolahlaa,tuko lab je.....ihiks. Sebab???... Xyahlaa aku bgtau sebabnya kat sini,kang korang cakap pulak,alaa macamlaa dia tu bagus sangat kan tapi yang pasti apa yang aku dengor dari sumber2 yang boleh dpercayai,masalah/punca berlakunya pertukaran ni bukannya datang dari aku,tu je... Sepatutnya akulaa yang bengang kat dieorg kan sebab kerana masalah yang dieorg timbulkan,aku pulak jadi mangsa tapi terbalik pulak sebab nampak gaya mcm dieorg yang seakan bengang kat aku sampaikan nak tutup salah diri,siap canangkan kat semua orang yang lab aku tu berhabuklaa,kotorlaa... GILA punya orang. Macamlaa lab awk(yg aku duk skrg ni) x berhabuk masa aku mula2 masuk dulu. Aku nak jawab kang orang tua,pompuan pulak tu lagipun pada aku ni selagi x mencuit diri aku kira masuk telinga kanan kluar telinga kiri jelaa...

Ni bilik lama aku kat lab dulu. Bila dapat je surat tuko tu terus aku kemas barang2 aku punya...

Lepas aku cabut segala apa yang aku punya ginilaa jadinya soft board ni...

Sekarang,inilaa pulak tempat baru aku. Segala apa yang melekat kat tempat lama kini melekat pulak kat tempat baru aku ni,hehe...

Chicharito penyelamat...

Javier Hernandez meledakkan gol kemenangan pada minit terakhir untuk membantu juara bertahan,Manchester United menempah slot ke suku akhir Piala Liga. Pada perlawanan di Old Trafford itu,MU menang tipis 3-2 ke atas Wolverhampton Wanderers pada aksi pusingan keempat. Hernandez yang lebih dikenali sebagai Chicharito menjaringkan kedua2 gol ketika MU mencatat kemenangan dramatik ke atas Stoke City pada sabtu lalu sekali lagi menjadi penyelamat. Meskipun masuk sebagai pemain gantian ketika perlawanan berbaki sembilan minit,penyerang berusia 22 tahun kelahiran Mexico itu berjaya mengucar-kacirkan benteng pertahanan lawan sebelum menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 90. Sebelum itu MU memperolehi dua gol menerusi Bebe dan Park Ji-Sung...

October 27, 2010

Hari Anugerah Cemerlang MGPS 2010...

Kelmarin anak aku ada bawak balik dan tunjuk kat aku surat ni. Selepas dbaca2,maknenya esok pagi aku kena ke skolah dia untuk majlis hari anugerah cemerlang 2010. Syukur Alhamdulillah anak aku terpilih sebagai salah sorang penerima hadiah. Aku harap semoga dia akan kekal dengan rekod cemerlang bukan setakat di skolah rendah tapi sehingga peringkat tertinggi serta menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat,Amin....

October 19, 2010

Pakcik oh pakcik...

Semalam lepas balik kerja aku singgah jap kat sebuah bank ni. Waktu tu dah dekat2 pukul 5,kompomlaa bank dah tutup kan tapi aku nak guna mesin dia je. Biasenya kat mesin2 tu xde jaga tapi xtau kenapa tetiba ada jaga pulak semalam. Tengah aku duk beratur tu tetiba ada sorang brader masuk dan tanya pakcik jaga tu,mcmana ni duit yang saya kluarkan melalui mesin td koyak(sambil tunjukkan duit tu kat pakcik jaga). Pastu pakcik jaga yang tengah sedap duduk bersandar kat kerusi sambil mengelamun nengok awek2/amoi2 yang lalu lalang dengan selamba je jawab,bawak pegi minum kopi jelaa,huahuahua.... Brader tu macam x puas hati dengan jawpan pakcik jaga tu tanya skali lagi tapi dengan makin selambanya pakcik jaga tu bagi jawapan yang sama jugak,bawak pegi minum kopi jelaa. Last2 brader tu pun cakap,xpelaa terima kasihlaa dan terus blah,huhuhu... Dalam hati aku pun berkata,apelaa pakcik ni xkan cakap gitu kot sepatutnya jawablaa,awk datang esok jelaa sbb sekarang ni bank dah tutup so pakcik pun xtau nak cakap mcmane kan. Ni ada ke patut cakap gitu,nasib baik brader tu ok klu kena ngan orang yang jenis panas baran,x ke kena campak kluar pakcik tu.......kihkihkih.

October 18, 2010

Akhirnya aku puas ati...

Setelah hampir 2 minggu aku berpeluh mengemas,mencuci,mengeluarkan ape2 yang x sepatutnya ada kat dalam lab aku ni dan menyusun atur smula smpaikan ari sabtu dan ahad pun aku datang ke skolah buat kerja ni,akhirnya Syukur Alhamdulillah beresss.... So beginilaa keadaan stor dan jugak lab aku sekarang ni...

Dalam Lab...

Korang x silau ke nengok meja2 yang baru lepas aku cuci tu,hehehe....



Label2 kat lokel ni pulak sume skali aku dah tampal yang baru. Sebelum ni pun mmg dah ada cuma x komplitlaa,ada yang tercabut pastu yang ada tu pulak dah pudar kaler dia....

Dalam stor pulak...


Rak ni klu ikutkan dulu dari atas smpailaa ke bawah penuh dgn barang2 yang aku xtau dari zaman bila. Oleh kerana terlebih rajin,aku pun keluarkan sumenye dan letak kat dalam stor atas. Sekarang tinggal yang nak guna untuk eksperimen je,barulaa sedap ckit mate memandangnya kan. Member2 yang datang nengok sume puji,hehehe...

Label kat almari ni pun aku buat baru,siap dengan barang2 kat dalamnya pun aku simpan yang mana nak guna je. Yang agak2 x guna boleh blaa....ihiks.

Bilik persediaan...

Kat bilik aku ni pun aku humban sume yang aku rasa x guna so tinggal yang ni jelaa. Jangan hirau kain2 kat tepi sinki tu sbb kain2 tu aku baru basuh sbb buat lap meja,letak kat situ untuk keringkan aje tu...

Klu x...X panggil pulak pompuan kan.

Sebelum aku memulekan apa yang membuatkan aku panas ati beberape ari lepas,aku nak mintak maap dulu sebab mgkin tajuk aku tu pun dah buat korang sume(org pompuanlaa) bengang kat aku ni w/pun aku tau bukan sume pompuan gitu kan,huhuhu... Dpendekkan cite sebenonya aku ngan geng2 cikgu lelaki akan adekan satu pogrem Kembara Kenyir pada 23 - 25/10 ni. Masa mesyuarat baru2 ni aku telah dlantik sebagai setiausaha dan kenelaa buat minit mesyuarat kan,itupun bukannya yang rasmi sgt hanya untuk kiteorg yg pegi je. Yang jadi masalah skrg ni ialah salah sorang peserta yg pegi nanti tu adelaa suami kepada salah sorang cikgu ni so nak memudahkan urusan pemberian minit mesyuarat tu sebab dia x dpt datang masa miting,aku pun mintaklaa tolong sorang sahabat ni bagi minit mesyuarat kat cikgu pompuan tu supaya dpassing kat suami dia. Tup tup masa sarapan kat kantin pagi tu jugak aku dengor cite cikgu2 pompuan dah kecoh kat bilik guru sana nun pasal 'jawatan' yang dalam minit mesyuarat tu.

Ikutkan memang minit mesyuarat tu aku yang buat tapi 'jawatan' yang menjadi kecoh oleh cikgu2 pompuan tu bukan aku yang taip,biaselaa kan klu dah duk ramai2 dengan masing2 kepala x betul adelaa yang buat tambahannya sebelum dfotostat mende tu. Lagipun pada kiteorg sume mende tu hanya gurauan semata2 sebab surat tu hanya untuk kiteorg yang pegi je,bukannya nak bagi kat pengetua/pengarah pun. Tapi aku rasa yang kecohkan mende tu bukan yang menerima surat tu,mgkin adelaa jenis spesis yang suka kecohkan hal remeh temeh. Kiteorg yang tengah duk makan tu pun berkata; nilaa orang pompuan,mende yang remeh temeh tu pun cbuk nak dperbesar2kan. Yelaa klu x,x panggil pulak pompuan kan w/pun skali lagi aku nak cakap yang x sume pompuan jenis gitu. Ape2 pun aku akan jadikan ini sebagai iktibar agar xkan berlaku lagi mende2 gini selepas ni,huhuhu....

October 12, 2010

Xde ape2 pun,saje je...

Ape masalah aku ngan budak 2 orang tu?... Dah tajuk post aku ni pun xde ape2 kan so xde ape2laa,hehe.... Sebenonya gambo ni selalu sangat ada kat dalam metro dan apa yang buat aku suka kat gambo ni ialah cuba korang nengok tulisan2 tu bila budak 2 orang tu pegang dan tarik masa nak panjat ambik biskut kat atas nun,menarik kan... Pada akulaa klu pada korang x menarik tu korang punya pasallaa,huahuahuahua......

October 11, 2010

Buat kelako pulak pagi2 ari...

Pagi tadi seperti biasa bila smpai kat tempat kerja aku akan pastikan suis lampu,kipas dan radio di onkan dulu. Pastu barulaa bukak tingkap apa sume. Yang aku duk gelak sorang2 pagi tadi ialah bila aku on je sume suis tu yang oknye lampu ngan radio je.

Pelik jugak aku nape x terasa pun angin ni (dalam ati aku,ke xde letrik) tapi lampu ngan radio ok pulak. X pandang pun lagi kat kipas tu cuma pandang kat suis ni je,hehehe.... Dah puas duk pelik sorang2 diri barulaa aku pandang kat kipas,rupe2nyeee........


Huahuahuahuahuahuahua..... Togel. X ingat yang semalam aku sempat cabut dan cuci je,kononnya datang kerja arinilaa baru nak pasang semula,ihiks...

Pandir betul padahal masa memula masuk lab tu aku dah nengok yang segala mende ni kat tepi sinki tu,huhuhu.....

October 10, 2010

Ari kerja g skolah,ari cuti pun g skolah...

Arini hari ahad. Selalunya ujung2 minggu gini orang duk melepak kat umah main ngan anak2 ke x pun bawak anak2 g jalan2 ke kan tapi aku hari ni w/pun ada jugak pogremnya,terpaksa ke petang ckit sebab sebelah paginya aku kena pegi skolah untuk setelkan apa yang x brapa nak setel lagi,huhuhu.....

Ikutkan banyak lagi yang x brapa nak setelnya tapi untuk hari ni aku cuma buat kerja yang aku rasa susah nak buat masa hari skolah sebab berserabut ngan budak2. Sampai je kat skolah aku terus cabut label2 yang untuk dganti dgn yang baru...


Nilaa rupenya lokel2 dalam lab aku yang dtampal dengan label2 baru. Dah setel cabut dan tampal label aku cuci pulak kipas......


Sebelum cuci ginilaa rupenya bilah kipas ni. Nak kata teruk sangat pun x jugak tapi adelaa ckit itam2nya tu,hehe....


Ni pulak lepas dcuci. Bukan satu ni je tau,ada 6 bijik kipas ni dalam lab aku x termasuk satu dalam bilik persediaan. Agak2 silau x mata korang nengok kipas yang aku dah cuci ni,kihkihkih.... Oleh kerana aku ada pogrem lain so untuk arini kira oklaa kan setakat ni je daripada klu aku x datang langsung lagilaa teruknya aku nak kena setel masa hari kerja...

Jamuan raye...

Baru2 ni aku djemput ke bilik guru sebab dieorg buat jamuan raya. Apa lagi bak kata pepatah rezeki jangan dtolak,musuh jangan dcari.......ihiks.

Banyak betul makanan yang dsediakan. Mee kari ada,lontong ada,nasi impit ada,macam2 lagilaa...

Dadih,kuih raya dan buah2an pun ada...



Antara tetamu yang hadir...

Eehhh!!!!... Geng2 lab aku yang cun lagi ayu ni pun ada jugak,hehe....

Yang baju biru ni memang kena ada. Mana2 majlis makan pun mesti kene jemput dia barulaa makanan x membazir. Ni klu dia baca mau marah dia kat aku ni,kihkihkih....

Aik!!!... Ada jugak rupenya mamat ensem yang berbaju biru tu,ingatkan xde.........kuikuikui.

October 9, 2010

Makan malam sempena enibeseri ke8...

Ikutkan aku nak bawak isteri aku makan malam kat tempat yang spesel ckitkan sempena enibeseri perkahwinan kiteorg yang ke 8 tahun ni. Yelaa contohnya kat hotel ke kan tapi dah dapat isteri yang jenis lowprofile(konon2nyelaa,kihkihkih...) nak wat mcmana so dia ajak aku makan kat Restoren Timur je sbb katenya nak cuba makanan kat situ. Aku pun apa lagi dah kita nak belanja kat tempat mahal tapi dia nak makan kat tempat murah,terus jelaa aku pegi ke Restoren Timur tu,hehehe... Sementara tunggu makanan dan minuman smpai mcm biasalaa klu dah nama blogger tu mestilaa bergambo dulu.....ihiks.



Dua orang ni je yang ikutnya,sorang lagi tinggal kat umah. Bukan apa,yang kat umah tu kecik lagi tambah pulak malam kan....



Dah puas bergambo akhirnya makanan dan minuman yang dpesan pun smpai,apa lagi perut masing2 lapor so melantaklaa kiteorg sume.........hehe.


Ni yang aku ngan isteri punya...

Yang ni pulak untuk puteri2 aku...