July 31, 2010

Pot Luck...

Semalam cikgu2 skolah aku ada buat pot luck kat bilik guru so aku ni walaupun bukan cikgu tapi dkira sebahgian dari dieoranglaa djemput jugak untuk menghabiskan segala rezeki yang ada,hehe....


Nasi Arab ada,nasi biasa ada...


Laksa ada,roti jala ada dan bermacam2 jenis kuih muihlaa laginya... Yang baju coklat tu bukan aku yek,tu cikgu Rahmat namanya.

Buah buahan pun ada sebagai pencuci mulut... Yang baju biru belakang tu pun bukan aku,tu member aku abg min. Dah mananya aku???...Aku xde dalam gambo ni,malu..huhuhu.. Apa2 pun time kasih banyak2 buat cikgu2 sume. Nanti klu buat lagi jangan lupa jemput Ayen Giggs,huahuahua....

July 30, 2010

10 tahun salah arah kiblat...

Selepas 10 tahun bersolat di masjid yang dbina hasil wang derma,jemaah di kampung Hada' Al Shamaliya baru2 ini menyedari bahawa mereka menghadap arah yang salah. "Selama 10 tahun kami bersembahyang mengikut arah mihrab di masjid ini yang menghala ke timur laut sedangkan kiblat sebenar ialah ke tenggara",kata penduduk tempatan,Abdul Rahman Faraj. Baru2 ini kami menyedari kesilapan itu dan mengubah kedudukan permaidani. Kampung berkenaan terletak hanya 20 kilometer ke barat Makkah.

* W/pun dah 10 tahun tapi Allah masih nak bagi petunjuk. Dbuatnya sampai ke sudah xtau yang kiblat tu salah mcmana agak2nya.

Barisan muda MU berpesta gol...

Javier Hernandez menjaringkan gol pada penampilan pertamanya bersama Manchester United ketika barisan muda Red Devils mempamerkan prestasi hebat menewaskan Major League Soccer All-Stars 5-2 dalam perlawanan persahabatan, kelmarin. Federico Macheda menjaringkan dua gol awal sementara Darron Gibson dan Tom Cleverley juga menemui gawang untuk barisan Liga Perdana itu.
Jumlah kehadiran penonton diumumkan seramai 70,728, jumlah tertinggi yang hadir menyaksikan perlawanan MLS All-Star sejak pertama kali pada 1996.

Kami benar-benar gembira,” kata Pengurus United Sir Alex Ferguson. “Apabila anda berada dan beraksi dalam stadium, dengan kehadiran ramai penonton dan suasana hebat, sudah tentu anda mendapat motivasi daripadanya.

“Ia adalah petanda baik buat pemain. Apabila anda keluar, melihat stadium, padang yang baik, penonton yang ramai, ia adalah sempurna buat mereka.”

Ketam masak berlada...

Xtaulaa apa angin aku tetiba lepas balik keje tu rasa nak makan ketam masak berlada. Pas siap mandi apa sume terus ajak isteri dan anak2 aku kluar.

Tempat yang pertama dtuju biasalaa 'Ana ikan bakar petai'. Seperti biasalaa jugak klu aku nak ketam je mesti abih atau xde. Aku rasa dah 2,3 kali kena gini.

Memang rezeki pak mail jugaklaa. Tiap kali bila aku pegi kat ana ikan bakar xde mesti aku akan pegi kat sini pulak,'Mail ikan bakar'. Kat sini mesti ada punya. Kiteorang bukan nak makan kat situ tapi bungkus balik makan kat umah.

Sementara tunggu ketam siap,kenalaa order minum dulu klu x keringlaa tekak beb...W/pun hanya nampak mata je kakak x kisah janji masuk jugak dlm gambo,hehe....

Adik macam biasalaa,minum ckit je tapi main je lebihnya...

Dah anak2 bergambo,ibu ngan abah pun naklaa jugak.kihkihkih...

Nilaa ketam yang dbungkus tu. Sampai umah je terus x pandang kiri kanan,sehingga menjilat jarilaa orang kata.hehehe...

July 29, 2010

Kesian kakak...

Sian betul aku kat anak sulung aku ni. Citenya gini,selama ni tugas ambik dan anto kakak ke skolah dbuat oleh isteri aku tapi oleh kerana dia kena pegi kursus 3 ari kat putrajaya so akulaa yg kena ambik alih pulak tugasnya. Semalam aku reminder kat tepon aku masa untuk ambik kakak tapi arini jadual budak2 masuk lab aku agak padat ckit so x ingatlaa nak reminder. Anak aku ni balik skolah pukul 1.30 ptg tapi pukul 2.30 ptg baru aku teringat,apa lagi kelam kabut aku berkejar ke skolah dia. Sampai je kat skolah aku nengok dia tunggu kat kantin sebab pintu yang slalu dia kluar dah tutup sebab dah terlebih masa. Dia kata lepas kawan2 lain dah balik,tinggal dia sorang je kat situ dia pun pegilaa duduk kat kantin. Masa aku smpai kat dia tu terus aku mintak maaf sebab aku rasa bersalah sangat2. Yang buat aku lagi rasa bersalah bila dia tanya kenapa lambat?..Aku cakaplaa arini abah cbuk ckitlaa kakak tu yang abah lupa. Dia pun cakap smula kat aku,mcmana abah ni anak sendiri pun boleh lupa nak ambik. X terkata aku dbuatnya,huhuhuhuhu.......

Ingat Ayen Giggs takut ke???...

Kisahnya bermula dsini. Adalaa sorang bapa dan sorang mak pelajar datang nak ambik anak dia,kebetulan pulak kat pejabat masa tu tinggal aku je staf lelaki. Biaselaa skolah beso xkan nak pegi panggil kat kelas masing2,lambatlaa jawabnya so kenalaa buat pengumuman guna pembeso suara. Bab2 guna pembeso suara nilaa yang jadi masalah pada aku,huhuhu..... Bukan takut cuma xnaklaa bagi suara 'emas' aku ni ddengari oleh orang lain,huahuahua.... Masa tu nak xnak pun sebab dah xde orang lain,terpaksalaa aku kena buat tapi nak djadikan cite masa aku nak buat tetiba je muncul member aku yang biasa buat pengumuman,apa lagi terus aku pas kat dia suruh buat. Fuuhhh!!!...Lega aku,kihkihkih... Start pada tulaa dieorang x puas hati ngan aku,cakap aku penakutlaa apalaa. Aku pun cakap balik kat dieorang klu pasni ada lagi nak buat pengumuman tolong panggil aku yek (berlagok je bunyinya,hahaha...). Akhirnya tengah aku duk syok skodeng blog2 korang tetiba aku terima panggilan tepon dari pejabat skolah mintak aku datang ke pejabat sebab GPK Koko nak jumpa. Rupa2nya dieorg pakat ngan GPK Koko nak kenakan aku. GPK Koko mintak tolong buat buat pengumuman panggil 2 orang pelajar sebab dia nak jumpa. Dalam hati berdebor jugak tapi mulut cakap ok x jadi masalah,apalaa sangat ingat Ayen Giggs ni takut ke,huhuhu... Masing2 siap pasang telinga nak dengar suara 'emas' aku,hehe... Demi menyahut cabaran akhirnya aku dengan jayanya buat pengumuman tu. Pastu bila dah skali buat terus lepas pada tu kena buat lagi,kuang3x...

Aku suka statement ni...

ARENA sukan tanah air yang semakin hilang sinarnya tidak boleh dipandang remeh ketika dunia dan negara serantau mengorak langkah dengan mencatatkan sejarah mereka tersendiri. Justeru, pihak yang diberikan tanggungjawab seperti badan sukan dan kementerian perlu lebih serius dan komited dalam menggilap permata baru dunia sukan negara untuk masa depan. Tokoh akademik Tan Sri Profesor Emeritus Dr Khoo Kay Kim, berkata mereka yang diberikan mandat untuk memartabatkan sukan negara perlu membuang sikap ‘bodoh sombong’, sebaliknya membuka minda bagi menerima nasihat di kalangan mereka yang lebih berpengalaman. Beliau berkata, masalah itu sudah lama dibangkitkan, namun tidak ada sebarang perubahan apabila kementerian masih degil untuk mendengar tunjuk ajar golongan yang lebih mengetahui sejarah serta selok-belok dunia sukan Malaysia. Katanya, sukan negara mula menyerlahkan kemunduran apabila golongan yang tidak mempunyai pengetahuan meluas dalam bidang itu diberikan tanggungjawab memikulnya. “Kita pernah digelar jaguh dunia, Malaysia gah dengan sukannya satu ketika dulu. Malah, Korea Selatan pernah menerima bimbingan kita dalam taktik bola sepak. Kini, mereka pula yang sudah mara ke Piala Dunia di mana kita sebagai ‘tok guru’ kepada mereka masih gagal menjejakkan kaki ke temasya peringkat dunia itu. “Jangankan bola sepak, kita yang pernah merangkul gelaran Piala Thomas dulu kini kecundang di tangan Jepun. Bagaimana, kita yang pernah berada di tahap tertinggi boleh jatuh mendadak? Justeru, saya meminta pihak bertanggungjawab segera ambil tindakan,” katanya. Dr Khoo berkata, Malaysia memiliki kelebihan menerusi pengalaman yang cukup untuk memajukan sukan tanah air. Sebaliknya, beliau berkata, amalan mencuba kaedah baru dan tidak teruji kejayaannya diguna pakai, hingga akhirnya ia memakan diri. “Manfaatkan pengalaman sedia ada dan yang lebih penting, adalah sila dengar nasihat orang lama,” katanya. Menurutnya lagi, masyarakat hari ini masih gemarkan sukan tetapi tidak suka pada kumpulan yang kalah; mengakibatkan mereka cenderung beralih ke arena sukan negara luar. “Ia terbukti pada Piala Dunia baru-baru ini. Begitu ramai lelaki, wanita dan kanak-kanak membanjiri kedai kopi menyaksikan perlawanan itu. Malah, jika disebut Rafael Nadal, Serena Williams atau Lionel Messi, mereka pasti tahu tapi jika ditanya jaguh tempatan, pasti terdiam,” katanya.

* Aku setuju sangat2..

Pantang nengok mende ni...


Aku ngan isteri bila kluar jalan2 kat mall ataupun mana2laa klu boleh akan cuba elak jumpa mende alah ni tapi xdok arohlaa baru2 ni masa kiteorang pegi kat satu mall ni,memang x boleh nak elak sebab je kat pintu terus nampak,huhuhu... Bukan malas nak melayan ke apa tapi masalahnya klu dah main payah nak ajak balik.


Bila dah main klu x bergambo memang x sahlaa,hehe...

Tiket nak main tu cume rm2 je seorg. Nampak x pada resit tu,'untuk 30 minit sahaja' tp aku tengok masing2 berejam2 main. Nama lagi budak2 kan. Kat dalam tu ada tiga tempat yang dieorang boleh main,maknanya betul2 puas hatilaa masing2. Tu pun puas nak ajak balik.

July 28, 2010

Asalnya lain jadinya lain...

Tujuan asal kluar sebenonya nak pegi beli tiket kapal terbang bibik tapi oleh kerana tempat yang dtuju tutup so terpaksalaa melencong cari destinasi lain. Isteri aku cakap jom pegi 'Bata' nak cari kasut anak2laa. Aku pun x cakap banyak terus ke tempat yang dia nak pegi....

Isteriku yang sebok memilih...

Aku nengok jelaa,huahuahua..... Dah puas milih,itu xnak ini xnak,akhirnya.....

Adik pilih yang ni....

Kakak pulak nak yang ni... Ingatkan anak2 je rupa2nya ibu ngan abah pun nak jugak,hahaha....

Ibu beli kasut sukan...

Abah pulak tetiba je teringat yang kasut keje dah bocor so sambarlaa kasut keje ni. Lepas penat milih kasut,anak2 pulak cakap lapolaa dahagalaa. Pandang je kat atas.....

Nampaklaa kafe ni....

Sesi mengoder...

Adik pun dah terikut2 macam ibunya,asal bergambo je isyarat 'peace' mesti x tinggal...


Ni jelaa yang kiteorang order. Dua orang tu dengar pada cakap lapo ngan dahaga usah kiralaa tapi masing2 aiskrim tu pun x abih makan. Setel makan sume kiteorang terus balik.


Sampai umah,acara tetap dan menjadi kewajipan iaitu bergambo ngan kasut masing2. Anak2 je,abah ngan ibu xlaa,kihkihkih....

Rajinnya dia....

Dah jadi kebiasaan dia bila lalu kat lab aku mesti singgah baca paper. Satu pagi tu xtaulaa dia mimpi apa,dia cakap meja aku kotor. Sambil cakap tu dia ambik kain dan sabun pastu dia lapnya meja aku. Padahal bukannya kotor sangat pun,hehe.... Aku pulak bukannya malas sangat nak buat sume tu cuma kurang rajin ckit je,huahuahua....

Baju biru tulaa 'dia' ataupun aku panggil Kak Su. Kebetulan masa tu watie(tudung putih) pun ada sama tapi dia tukang tengok jelaa,hahaha...

Dan nilaa hasilnya,bersih dan berkilat. Time kasih Kak Su sebab tolong lap dan watie sebab tolong tengok,kihkihkih.... Jasamu akan kukenang.

Kuang asam betullaa...

Remote astro umah aku rosak baru2 ni. Angkara siapa???...

Siapa lagi klu bukan budak 'domok' sorang ni,huhuhu.... Pantang apa2 pun klu dapat kat dia mesti hancur....


Antara bahgian yang rosak,bahgian lain x perlu tunjuklaa.Hehehe.... Puas aku tekan nak tuko channel lain,x boleh. Tuko bateri apa sume pun x boleh jugak.

Sementara nak beli baru tu,tekan jelaa kat dekoder dia ni bila nak tuko channel. Memang susahlaa ckit kan.

Kebetulan satu petang tu aku ngan isteri pegi ke pekan sehari pastu nampak ada orang jual remote ni,apa lagi teruslaa beli. Yang aku bengang tu bila sampai umah je,guna yang baru ni kompomlaa elok tapi bila guna yang rosak tadi pun tetiba je elok jugak. Tuko channel ke,kuat n slow dia punya volume pun ok. Celakak sungguh,memang kuang asam betul.hehehe....

Kena tinggal lagi...

Akhir2 ni kena tinggal ngan isteri aje aku ni. Dalam bulan ni saje dah 3 kali kena tinggal. Awal bulan baru2 ni dia kena pegi kursus kat PD pastu pegi ke Rompin,arini Putrajaya pulak.Huhuhu.... Masalah bila kena tinggal pada aku bukannya sebab anak. Anak insyaallah aku boleh urus tapi masalah 'rindu' yang jadi masalah pokoknya,kuang3x... Tapi nak wat camne kan dah tugas so nak xnak aku kena terimalaa.

Muka orang yang kena tinggal,huhuhu....

Meraikan yang nak pegi...

Kisah ni dah berlalu berminggu2 lepas tapi dsebabkan duk cbuk ngadap Fb so banyaklaa cite2 untuk blog yang tertinggal,huhuhu... Baru2 ni GPK Koko dan Kaunseler skolah aku kene tuko (bukan sebab masalah disiplin,hehe...) tp sebab naik pangkat. Cikgu Chan jadi Pengetua dan Cikgu Asri pulak jadi kaunseler kat PPD Kuantan. Oleh itu kiteorang geng2 staf dan cikgu lelaki buatlaa majlis untuk dua orang ni.

Ni Cikgu Chan Kok Wai...

Yang ni pulak Cikgu Asri...

Kat sinilaa kiteorang buat majlis tu,'East Coast Buffet Steamboat'... Memang puas hatilaa makan kat sini,best....




Antara rakan2 cikgu dan staf yang hadir. Tahniahlaa buat Cikgu Chan dan Cikgu Asri,moge kalian lebih berjaya dan gembira dtempat baru....

July 27, 2010

Lame dah x mandi...

Sekarang ni selagi x hujan selagi tulaa aku pegi keje ngan motor je. Isteri aku pegi ngan keta sebab dia nak kena anto kakak g skolah so tinggallaa yang sebuah ni kat umah. Ingatkan duk umah je xlaa kotor,rupa2nya kotor jugak sebab kena habuk2 yang berterbangan. Satu pagi dhujung minggu tu xtau nape tetiba je datang angin rajin aku nak mandikan dia,hehe....



Bangun pagi terus mandikan dia ni sebab klu lambat kang,matahari kluar panas pulak. Lepas siap,aduuhhh sedap je mata memandang maklumlaa dah bersih kan. Pastu bawak pulak ke kedai depan tukar dia punya minyak itam tapi biasalaa klu dah smpai kat klinik,macam2laa itu dah x ok kena tuko ini x ok kena tuko. Celakak sungguh,huhuhu...

Elok2 sepatutnya abih dalam puluh2 je sebab itu dan ini td jadilaa beratus2 tapi nak wat goner kan dah mende memang kena tuko....

Harga lepas terbakar...

Aku nampak iklan ni masa tengah nunggu isteri aku pegi kedai yang berhadapan dengan kedai ni. Sesambil nunggu dalam keta,bile aku pandang je kanan terus nampak iklan ni. Saje je aku ambik gambo ni sebab aku suka ayat dia tu 'penghabisan stok selepas pembakaran',... Xtaulaa isteri aku perasan ke x tapi memang aku sengaja x bgtau kat dia,kang x pasal2 ajak pulak aku g situ,huahuahua....

July 26, 2010

Bibik + Merpati terbang tinggi...

Bibik cakap nak mintak izin balik berpuasa dan beraya kat kampung dia tahun ni. Nak xnak aku terpaksalaa bagi lagipun dia dah lama x balik. Aku pun pegilaa belikan tiket,memula tu ingatkan nak beli sehala je sebab maklumlaa kan dekat2 nak raya ni mane ada promosi dah so mestilaa harga akan naik tapi bila pikir2 balik klu aku beli sehala je pastu bila tiba tarikh nak balik sini dbuatnya dia kata tiket habislaa,apalaa x ke haru aku. Pakat2 ngan isteri,aku pun belilaa untuk pegi dan balik terus.....


Mana lagi,kat tempat yang biasa aku beli nilaa,area jalan bukit sekilau....

Siap pesan lagi tu klu nak beli nanti mintak tolong carikan 'Merpati Airlines' sebab hanya kapal terbang ni yang turun dekat ngan kampung dia,AirAsia kena turun kat surabaya/bali lagipun banyak sangat perompak katanya lebih2 lagi klu dieorang tau baru balik dari Malaysia. Kesian kat dia aku pun ikut jelaa,huhuhu....

Salam takziah...

Pada tanggal 9/7/2010 yang lepas rakan sekerja aku,Kak Su telah kehilangan insan yang paling dsayangi iaitu anakandanya yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Aku betul2 terkejut masa anggerik rimba tepon aku dan bagitau pasal tu. Last aku nengok arwah seminggu sebelum tu masa aku lalu depan opis dia. Lepas dapat tau berita sedih tu aku terus tepon abg mie dan abg min,ajak dieorang pegi hospital. Kiteorang smpai lepas maghrib kat umah mayat,suasana masa tu betul2 sedih dan pilu. Ramai jugak staf2 dan cikgu2 smart yang datang. Aku paham perasaan kak su dan abg rashid masa tu. Aku sendiri pun menangis jugak sebenonya tapi dalam hatilaa,kat luar tahan setahan2nya xnak bg nangis.Huhuhu..... Buat kak su,salam takziah dari Ayen Giggs sekuarge dan dharap kak su sekuarge redha dengan dugaan ini.


Buat arwah,semoge rohnya dtempatkan bersama orang2 yang beriman,Amin......