Tahniah dan syabas AG ucapkan buat Pasukan Malaysia sebab jadi JUARA Piala AFF Suzuki 2010 selepas menewaskan pasukan Indonesia dalam perlawanan akhir dengan agregat 4-2....
December 29, 2010
December 26, 2010
Wayang free...
Mengendap, mengintai atau skodeng adalah perlakuan yang sama walaupun ejaannya lain. Setakat ni aku x penah buat lagi kerja2 gini tapi aku dapat rasakan yang kerja ni memang best kan,hehehe.....
Aku buat entri ni sebab semalam aku ada baca satu berita kat metro yang mana sorang pompuan tu kena skodeng masa dia tengah asyik mandi. Waktu tu dia ngan keluarga dia pegi bercuti kat sebuah resort di melaka.
Bila cerita bab2 kena skodeng ni memang aku bimbang sangat2. Lebih2 lagi isteri aku pulak selalu sangat pegi kursus sana sini. Selalu jugaklaa aku pesan kat dia supaya hati2 bila masuk tandas. Kita x mintak perkara ni berlaku kan tapi manalaa tau sebab sekarang ni alat2 canggih macam kamera, cctv apa semua dah ada jual kat mana2.
Pada aku selain rumah sendiri klu pegi x kiralaa hotel ke mana2laa bila masuk bilik air walaupun aku ni lelaki sejati, perasaan bimbang tetap ada. Manalaa tau kan ada jugak orang pompuan nak skodeng aku ni, x rela i tau.....kihkihkih.
December 24, 2010
Sekadar ramalan....
Klu masa Piala Dunia baru2 ni kite tengok semua tekaan sotong yang bernama 'Paul' betul. Tapi sayang umur dia x panjang klu x boleh kita tanya pulak untuk perlawanan akhir Piala Suzuki antara Malaysia dengan Indonesia ujung minggu ni kan.
Yang mati memang dah mati, sekarang kita tengok pulak burung nuri bernama 'Meena Kutti' kepunyaan penilik nasib (M C Mohan) ni. Klu ikutkan gambar tu dia pilih Malaysia sebagai Juara.Apa2 pun tu semua tekaan oleh binatang, pada aku xyahlaa nak percaya sangat. Menang x menang bergantung pada 11 pemain Malaysia kat atas padang malam tu nanti. Main bagus Insyaallah laa tapi klu main macam t*** paham2 jelaa kan namun aku sebagai rakyat Malaysia semestinya mengharapkan kemenangan berpihak kepada pasukan kita...
December 22, 2010
Daftar anak...
Bukan daftar untuk masuk pertandingan menyanyi atau berlakon yek tapi daftar masuk skolah tadika. Oleh kerana isteri tercinta x balik lagi dari terengganu so terpaksalaa aku pegi ngan anak2 je. Aku daftar ni untuk anak aku yang no 2 dan daftar pun kat skolah lama kakak dia.Selain x berapa nak jauh dari rumah, selain disediakan van untuk pegi dan balik walaupun bukannya free, sebab utamanya ialah aku puas hati dengan cara cikgu kat situ mengajar. Cikgu2 kat situ comel2 pulak tu,huahuahua.... Gurau jelaa, korang ni aku gurau ckit pun nak ambik serius terus. Sebenonya selain sebab2 kat atas tu sebab lainnya ialah bos tadika tu adalah anak kepada jiran kat rumah aku ni. Maka klu gitu senanglaa ckit untuk aku buat rujukan sekiranya ada apa2 masalah kat skolah kan.
Apa yang penting sekarang ni aku berharap sangat2 semoga anak aku ni nak dan dapat belajar dengan baik, Amin.......
December 21, 2010
Otai United...
December 20, 2010
Tahniah buat sahabatKu...
Walaupun dah 2,3 ari berlalu tapi aku rasa masih belum terlambat untuk aku mengucapkan tahniah buat rakan sekerja aku 'anggerikrimba78' dan suami tercinta yang juga rakan baik aku sebab baru je menerima kedatangan orang baru. Pagi jumaat baru2 ni rakan sekerja aku ni selamat melahirkan baby lelaki, Syukur Alhamdulillah kedua2nya sihat walafiat. AG sekeluarga tumpang gembira....December 18, 2010
Nak pegi bersukan ke nak jalan2...
Pagi semalam (17/12/10) isteri aku bertolak ke Terengganu untuk kejohanan sukan mahkamah syariah sampai isnin (20/12/10). Isteri aku main untuk sukan netball atau bahasa yang lebih mudah orang paham ialah bola jaring. Walaupun aku sentiasa mendoakan kejayaan buat dia tapi hakikatnya susah dan payah sebenonya aku rasa sebab 2,3 ari nak pegi baru cbuk turun berlatih. Macam tu ke nak menang?.. Xtaulaa aku nak cakap apa, dieorang tu nak pegi bersukan ke nak pegi jalan2,huhuhu.....
Klu mengikut jadual yang dibagitau kat aku team dia akan menentang team negeri penang pagi ni dan baru tadi aku terima panggilan dari dia yang memberikan keputusan selepas perlawanan iaitu team pahang (3) vs team penang (7). Tahniah jugak dari aku walaupun kalah. Aku cakap kat isteri aku, pasni lawan team perak mainlaa elok2 semoga berjaya. Memang tulaa yang aku kena cakap kan sebagai semangat dan doa. Aku harap dia dan team dia akan berjaya.....
December 17, 2010
Awal ckit arini...
Kebiasaannya klu cuti skolah gini memang aku sengaja melengah ckit masuk kerja sebab klu datang awal pun bukannya ada budak nak masuk lab. Selalunya sampai tempat kerja dalam 2,3 minit lagi nak pukul 8, kekadang 2,3, minit lepas pukul 8... Arini aku sampai awal ckit yakni sebelum pukul 7.45 (awal tuuu...kihkihkih).
Mungkin ada lagi orang yang datang awal dari aku tapi pada aku kira awallaa tu dari biasa. Arini isteri tercinta nak kena pegi Terengganu sebab opis dia ada buat kejohanan sukan antara mahkamah kat sana so dia nak kena ada kat opis pagi ni dalam pukul 7.30, tu yang aku boleh sampai awal klu x dekat pukul 8 jugaklaa jawabnya,ihiks....
December 16, 2010
Cuti skolah = BERSUNAT...
Bersunat ke berkhatan? Ikut koranglaa nak sebut yang mana satu sebab dua2 tu sama je. Bila cakap pasal sunat ni macam biasalaa setiap kali cuti skolah hujung tahun maka ramailaa yang ambik kesempatan untuk menyunatkan anak masing2.Petang semalam aku pegi ke sebuah klinik tu sebab nak beli ubat untuk anak aku yang kecik skali. Sementara aku nunggu nak dapat ubat tu tetiba keluar sorang budak lelaki dari dalam bilik dengan senyuman yang x berapa nak manis maklumlaa baru lepas sunat,hehe... X beso mana pun budak tu, aku ingat dalam darjah 4 or 5 kot.
Pastu tibalaa giliran yang sorang lagi nak sunat jugak tapi yang ni badan agak gempal ckit. Masa nak masuk bilik tu, panggil skali dua dia buat xtau je tapi bila dah berkali2 kena panggil barulaa dengan muka selamba dia berjalan masuk bilik. Yang aku kelako tu masa nak masuk bilik dia nengoklaa budak yang dah keluar tadi sambil senyum konon2nya dia x takutlaa. X sampai 5 minit kat dalam bilik tu terus aku dengar 'waaaa....waaa...' menangis,kahkahkah.....
Tapi yelaa kan korang orang pompuan xtau, aku sendiri pun bila teringat balik kenangan dulu2 ngilu gila aku rasa. Dalam hati aku terus berkata, klu orang suruh aku sunat skali lagi mati hidup semula pun aku xnak dah,huahuahuahua.....
December 15, 2010
Dalam siasatan...

Selipar kuning aku tu korang abaikanlaa yek sebab apa yang aku nak cerita dan tengah siasat sekarang ni ialah menatang apalaa yang duk makan keychain aku yang kaler ijau tu. Yang buat aku betul2 dalam kepelikkan dan kebengongan sekarang ni bukan sekali.
Sebelum ni masa aku datang kerja keychain ijau tu dah duk kat situ pastu aku sapu buang ke longkang luar. Selang beberapa ari lepas tu kedudukannya sama jugak macam sebelum ni (dlm gambo atas). Aku pun malaslaa nak pikir yang bukan2, sapulaa sekali lagi ke longkang kat luar sebab dalam kepala aku ni rasanya angkara tikus. Apa, x jelas???... Ok xpe nanti aku zooommm ckit kasi jelas.......
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Haaaa..... amacam x jelas lagi. Keychain buah petola tapi tikus makan ke buah petola?.. Hanya dia dan keluarga dia je yang tau,huhuhu......
Subscribe to:
Posts (Atom)
