August 3, 2010

Nasib baik x rentung...

Pemain Manchester United dari Brazil, Anderson Luis de Abreu Oliveira, terpaksa diheret keluar dari kereta mewah dinaikinya selepas kenderaan itu terbakar akibat kemalangan awal pagi kelmarin.
PANJANG UMUR...Anderson bersama kereta sport miliknya yang terbabas dan terbakar berhampiran kawasan lapang di Braga, Portugal.
Walaupun kemalangan itu agak serius, pemain bahagian tengah berusia 22 tahun itu hanya cedera ringan. Saksi berkata, Anderson gagal mengawal keretanya ketika melalui jalan berhampiran Braga di utara Portugal. Katanya, kereta mewah itu kemudian merempuh tembok berhampiran sebuah padang dan terbakar. Walaupun kereta sport itu mempunyai hanya dua tempat duduk, tetapi ketika kejadian ada seorang wanita Brazil dan seorang lelaki lain bersama Anderson. Mereka bertiga diberi rawatan sebelum dibenarkan pulang kerana mengalami cedera ringan. Sumber daripada ejen Anderson berkata, pemain itu akan kembali ke Manchester bagi proses pemulihan kecederaan lutut yang dialaminya Februari lalu.

No comments: