August 18, 2010

Ferguson tabik Scholes,Giggs pamer aksi bagai orang muda...

Ryan Giggs...
SCHOLES diasak bekas rakan sepasukan, Alan Smith ketika aksi menentang Newcastle United di Old Trafford, kelmarin.
Paul Scholes
Alex Ferguson menghambur kata-kata pujian ke atas dua pemain ‘angkatan tua’ – Paul Scholes dan Ryan Giggs yang menjadi penyumbang besar kemenangan Manchester United ketika mengatasi Newcastle 3-0, kelmarin.
“Kedua-dua pemain ini dianugerahkan sesuatu yang istimewa,” kata pengurus pasukan berbangsa Scotland itu selepas saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford. “Saya berharap akan muncul pemain lain seperti mereka di masa hadapan. Mereka ini boleh meningkatkan tahap permainan pasukan. Scholes membuktikan sekali lagi betapa dia hebat mendukung fungsinya selaku pemain veteran yang sentiasa mantap.” Scholes, 35, memperagakan aksi hebat untuk digelar pemain terbaik perlawanan dengan merencanakan dua gol United, termasuk satu untuk jaringan Giggs pada lewat babak permainan. Dua lagi gol adalah sumbangan Dimitar Berbatov (minit ke-33) dan Darren Fletcher (m-42) untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu, Chelsea – lawan yang mereka tewaskan 3-1 dalam saingan Perisai Komuniti pada 8 Ogos lalu.

Aku jadi surirumah....

Arini merupekan ari ke 3 aku jadi surirumah. Kene jage anak2 yang masih kecik,kene jage/nengok2kan mak mentue yang dah x brape sihat. Esok giliran isteri aku pulak cuti.

Kiteorang ni terpakse bergilir cuti sebab baru2 ni bibik mintak balik kampung die sebab nak pose n beraye kat sane katenye. Nak xnak demi sifat perikemanusiaan (konon2nye.....ihiks) aku bagilaa die balik lagipun mmg dah lame die x balik. Susah jugak rupe2nye jadi surirumah ni yek,baru 3 ari pun aku dah rase macam nak demam,huhuhu....

August 10, 2010

Permulaan yang baik...

FERGUSON ceria ketika menjulang Perisai Komuniti selepas anak didiknya membenam Chelsea dalam saingan pembuka tirai EPL musim 2010-2011 di Stadium Wembley, kelmarin.
FERGUSON ceria ketika menjulang Perisai Komuniti selepas anak didiknya membenam Chelsea dalam saingan pembuka tirai EPL musim 2010-2011 di Stadium Wembley, kelmarin.

Ferguson gembira dengan persembahan United di Wembley kelmarin, terutama tiga gol jaringan Antonio Valencia, Javier Hernandez dan Dimitar Berbatov, dan percaya ia membuktikan pasukannya bakal menjadi pencabar serius bagi kejuaraan seandainya dapat mengelak kecederaan. “Kami menuju musim ini tanpa sebarang kecederaan besar dan sekiranya kami dapat mengekalkan skuad yang sedia ada ini maka ia akan meletakkan kami dalam kedudukan selesa.”

August 8, 2010

Saingan bermule...


Chelsea Community Shield Man United

Malam ni akan bermulelaa kembali peperangan antare aku ngan member2 pasal bola. Klu musim lepas teruk jugaklaa aku kene kutuk walaupun pasukan kegemaran aku,Man United tewas tipis kepade Chelsea dengan hanye beza satu mate,huhuhu... Aku harap tahun ni pasukan kegemaran aku akan kembali merampas Piala Liga Perdane Inggeris dari Chelsea. Ujian pertame akan bermule malam ni dengan perlawanan merebut Perisai Komuniti antare Chelsea vs Man United di Stadium Wembley ataupun klu kat Malaysia ni kite panggil Piala Sumbangsihlaa...

August 5, 2010

Persiap diri rebut Rahmat Ramadan...

Puasa bukan bulan berpesta makanan tapi masa terbaik bermuhasabah, tingkat amalan...

RAMADAN sentiasa dinanti seluruh umat Islam kerana inilah saat apabila siang harinya mereka yang berpuasa menahan diri daripada makan serta minum sementara malam harinya diisi dengan aktiviti meningkatkan ibadat yang boleh dilaksanakan pada Ramadan saja.
Bercerita mengenai Ramadan, ada yang rindukan waktu bersahur, ada menantikan kegembiraan berbuka puasa yang turut menjanjikan pahala jika sikapnya ialah bersederhana dan ada teringatkan keistimewaan hanya ada pada malamnya.
Tarawih dan solat malam sudah tentu diisi semaksimum mungkin dan diselangi tadarus al-Quran. Ramai yang mengambil peluang mengerjakan umrah dan bersedekah kerana ingin merebut ganjaran kebaikan berlipat ganda.
Permulaannya rahmat, pertengahan pengampunan dan penghujungnya terlepas daripada neraka jahanam. Inilah yang mahu dikejar sesiapa saja inginkan penghabisan usia yang baik. Mereka yang bersalah memohon maaf, si sombong menghulur senyum dan jahat mula bertaubat. Begitu juga yang selama ini takbur tidak putus bersujud memohon keampunan, memohon pelepasan daripada dosa yang terhimpun sekian lama. Indahnya Ramadan, paginya hening untuk yang insaf, siangnya pendek untuk yang sabar dan malamnya panjang untuk yang bertaubat. Selain menahan diri daripada lapar dan dahaga, berpuasa juga menahan diri melakukan perbuatan maksiat. Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183) Orang berpuasa ialah orang yang bertakwa, menjaga hati daripada sangsi terhadap kekuasaan Allah dan kebaikan saudara seagama. Mereka menjaga mata daripada memandang sesuatu tidak selayaknya dan menjaga hidung menghidu sesuatu mengurangkan pahala. Mereka menjaga telinga dan suara membawa berita bohong, menjaga lidah daripada membicarakan hal tidak berfaedah, mengumpat, mencaci, menipu dan memfitnah serta menjaga tubuh badan lain yang melekakan daripada mengingati Yang Maha Berkuasa. Sesiapa meninggalkan ibadat puasa tanpa izin syarie tidak akan dapat menggantikan hari itu pada mana-mana hari, meskipun ia berpuasa seumur hidupnya. Rasulullah SAW menegaskan dalam hadis diriwayatkan Imam at-Tarmizi yang mafhumnya: “Daripada Abi Hurairah, bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa berbuka satu hari pada Ramadan tanpa ada rukhsah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkan itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” Pada Ramadan inilah ibu wajar meluangkan masa berganda bersama anak untuk mendidik mereka mematuhi hukum agama. Selain puasa, rukun Islam lainnya wajar diterapkan supaya hati mereka dekat dengan Yang Maha Pencipta. Anak bukan saja perlu difahamkan dengan apa yang terakam dalam kitab suci, juga amalan ditunjukkan oleh ibu bapa sebagai pendakwah paling hampir dengan mereka. Tunjuk ajar yang betul pada peringkat awal usia anak menghadapi Ramadan menjadi batu asas yang kuat untuk mereka beristiqamah dengan fahaman puasa sebenarnya iaitu bukan hanya berlapar dan dahaga, juga tidak membazir ketika berbuka. Sudah tentu setiap isteri menantikan tunjuk ajar suami dalam meningkatkan ibadat kepada Allah SWT. Walaupun menyediakan juadah bersahur dan berbuka besar pahalanya, ia tidak cukup puas jika tidak berjemaah sewaktu qiamullail, terutama apabila tiba lailatul qadar yang datang hanya sekali. Justeru, setiap suami harus mengambil kesempatan dari saat ini untuk menyiapkan diri membimbing anak dan isteri menghadapi Ramadan supaya lebih baik daripada yang sebelumnya.

August 4, 2010

TM dapat hak siaran MUTV...

KERJASAMA...Zamzamzairani (dua dari kanan) dan Pengarah Hubungan MU,Nick Humphreys (kiri) menunjukkan jersi bernombor 10 sebagai simbolik kerjasama mereka.

PEMINAT setie Manchester United (MU) berpeluang menyaksikan pasukan bola sepak kesayangan mereke itu setiap hari selepas Telekom Malaysia (TM) menerusi pogrem kerjasame lime tahun memperoleh hak penyiaran stesen televisyen Manchester United (MUTV) di Malaysia. Menerusi kerjasame itu,TM yang dlantik rakan rasmi MU turut memperoleh hak mengeluar dan mengedar cenderahati terpilih membawe lambang serte imej MU. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM,Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa berkate, MU mempunyai ramai peminat di Malaysia dan TM memberi peluang menyaksikan secare dekat menerusi MUTV dan MUTV Online. MUTV boleh dtonton menerusi khidmat IPTV-HyppTV manekale MUTV Online menerusi perkhidmatan jalur lebar portal TV, Hypp.TV (http://www.hypp.tv/manutd). Kerjasame ini bakal membawe aksi MU secare terus kepade 4.2 juta peminat di Malaysia dan satu langkah berkongsi keghairahan Liga Perdane Inggeris...

Bunuh 4 juta nyamuk sebulan...

Seorang wanita Taiwan mencatat rekod dunia selepas membunuh sekurang-kurangnya empat juta ekor nyamuk dalam tempoh sebulan. Huang Yuyen dari wilayah Yunlin mengatasi 72 pesaingnya untuk meraih hadiah utama £1,900 (RM9,580) dalam pertandingan dianjurkan syarikat memerangkap serangga, Imbictus International.
Hasil ‘tangkapan’ beliau dilaporkan lebih 1.5 kg iaitu dua kali ganda lebih daripada yang diperoleh pesaing terdekat wanita itu, lapor Daily Telegraph. – Agensi

Terima kasihlaa yek...

Rezeki aku murah lagi arini. Mane xnye pagi2 tadi mase pegi makan kat kantin seperti biaselaa aku akan bayar terus harge makanan/minuman sebab lepas makan tu boleh aku blah terus. Tengah2 aku duk asyik menikmati sarapan tetibe tokey kantin tu datang kat aku pastu bagi duit rm4... Aku yang kepelikkan (konon2nyelaa,hehe....) tanye smule die,ni duit ape?...Die cakap ambik smulelaa duit td,ade orang tolong bayarkan. Syukur Alhamdulillah,terima kasihlaa yek kepade yang tolong bayarkan makan minum aku tadi,semoge Allah balas jase baik U tu,ihiks...

August 3, 2010

Nasib baik x rentung...

Pemain Manchester United dari Brazil, Anderson Luis de Abreu Oliveira, terpaksa diheret keluar dari kereta mewah dinaikinya selepas kenderaan itu terbakar akibat kemalangan awal pagi kelmarin.
PANJANG UMUR...Anderson bersama kereta sport miliknya yang terbabas dan terbakar berhampiran kawasan lapang di Braga, Portugal.
Walaupun kemalangan itu agak serius, pemain bahagian tengah berusia 22 tahun itu hanya cedera ringan. Saksi berkata, Anderson gagal mengawal keretanya ketika melalui jalan berhampiran Braga di utara Portugal. Katanya, kereta mewah itu kemudian merempuh tembok berhampiran sebuah padang dan terbakar. Walaupun kereta sport itu mempunyai hanya dua tempat duduk, tetapi ketika kejadian ada seorang wanita Brazil dan seorang lelaki lain bersama Anderson. Mereka bertiga diberi rawatan sebelum dibenarkan pulang kerana mengalami cedera ringan. Sumber daripada ejen Anderson berkata, pemain itu akan kembali ke Manchester bagi proses pemulihan kecederaan lutut yang dialaminya Februari lalu.

Patutlaa macam lampu disko...

Beberapa ari lepas lampu kat umah aku kekadang tu jadi macam lampu kat disko pulak. Memula tu aku ingatkan masalah kat pencawang TNB ke apa so buat xtaua jelaa. Tetiba kelmarin dalam lebih kurang pukul 4 pagi,aku terjaga dari tidur sebab rasa panas semacam. Elok jaga tu rupa2nya kipas x berpusing. Bangun jenguk kat tingkap,umah jiran2 lain sumenya lampu menyala,lampu jalan pun elok je menyalanya. Xleh jadi ni,aku pun turun bawah nak nengok kat men suis takut2 'tendang' tapi x pun. Nasib baiklaa x brapa lama pastu tetiba kipas berpusing semula. Pendek cite bila aku bangun pagi tu masa aku nak bukak pintu umah,aku dengar bunyi macam 'spark' kat meter elektrik kat luar umah aku.

Rupa2nya masalah berpunca dari sini,apa lagi terus aku tepon TNB. X sampai setengah jam terus muncul depan umah,bagus jugak servis TNB ni yek,hehehe.... Meter ni dah lama sangat dah sebenarnya so aku ingatkan dia nak tukarlaa yang baru tapi hampeehhh.... Dia cakap kabel longgar je,tu yang jadi 'spark' pastu lampu jadi macam kat disko.

Dia pun potong yang ni pastu sambung semula. Alhamdulillah sampai sekarang ok dan aku harap2 sampai bila2 pun akan ok......ihiks.

August 2, 2010

Solat dan Kesihatan...

Solat adalah ibadat yang dilakukan kerana Allah. Namun sekiranya solat dilakukan secara betul dengan penuh khusyuk ia mendatangkan kebaikan di pelbagai sudut termasuk dari sudut kesihatan. Menurut kajian,kedudukan ketika sujud sekiranya dilakukan dari masa ke semasa ia baik bagi kecergasan otak. Otak manusia menggunakan 30% daripada oksigen yang terdapat dalam badan walaupun beratnya hanya 3% daripada keseluruhan berat badan. Dalam keadaan biasa sebahgian sel2 otak tidak mendapat keperluan oksigen yang diperlukan kerana jantung terpaksa mengepam darah ke atas sekaligus melawan tekanan graviti. Semasa sujud,jantung berada di kedudukan lebih tinggi daripada kepala sekaligus memudahkan darah turun ke otak dibantu oleh tekanan graviti. Dalam keadaan ini otak manusia menjadi semakin cergas dan fokusnya semakin mantap. Solat juga membantu mengelok dan memantapkan sendi terutama bagi mereka yang mengidap penyakit radang sendi.

August 1, 2010

Rezeki jangan dtolak...

Dah lama sebenonya aku nak ajak isteri aku pegi melantak mende ni tapi slalu x berkesempatan. Tetiba je waktu makan tghari minggu lepas adalaa member aku sorang tu ajak pegi makan kat McD,dia nak belanja. Apa lagi dah alang2 orang nak belanja kan,terus aku order GCB ni,hehe... Daging dia lembut sangat. Memang sedap,best,marvelesss.... Nanti aku akan ajak isteri aku pulak pegi melantak skali lagi,ihiks....