March 14, 2011

Man United lepasi ranjau...

Manchester United menghidupkan impian meraih tiga piala apabila menyingkirkan Arsenal daripada saingan Piala FA. Jaringan Fabio da Silva selepas aksi 28 minit dan minit ke-49 melalui tandukan Wayne Rooney membolehkan United ke perlawanan separuh akhir ke-27 di Stadium Wembley yang dijadualkan pada bulan depan.

Kemenangan itu sangat bermakna kepada pendahulu Liga Perdana bimbingan Alex Ferguson itu sebelum perlawanan kedua pusingan kedua Liga Juara-Juara menentang Olympique Marseille di Old Trafford pada awal pagi rabu ini selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Chelsea dan Liverpool dalam saingan liga.

Manchester United kini berazam untuk meraih tiket ke suku akhir saingan utama kelab Eropah itu selepas seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama tiga minggu lalu sekaligus bagi menghidupkan harapan untuk mengulangi kejayaan memenangi Piala Eropah, Piala FA dan Liga Perdana pada 1999.

1 comment:

Eiza GreenAppleKu said...

Follower no. 96, tq sebab drop komen kat blog wa..keep in touch bro..