Ferguson tabik Scholes,Giggs pamer aksi bagai orang muda...
Ryan Giggs...
Alex Ferguson menghambur kata-kata pujian ke atas dua pemain ‘angkatan tua’ – Paul Scholes dan Ryan Giggs yang menjadi penyumbang besar kemenangan Manchester United ketika mengatasi Newcastle 3-0, kelmarin. “Kedua-dua pemain ini dianugerahkan sesuatu yang istimewa,” kata pengurus pasukan berbangsa Scotland itu selepas saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford. “Saya berharap akan muncul pemain lain seperti mereka di masa hadapan. Mereka ini boleh meningkatkan tahap permainan pasukan. Scholes membuktikan sekali lagi betapa dia hebat mendukung fungsinya selaku pemain veteran yang sentiasa mantap.” Scholes, 35, memperagakan aksi hebat untuk digelar pemain terbaik perlawanan dengan merencanakan dua gol United, termasuk satu untuk jaringan Giggs pada lewat babak permainan. Dua lagi gol adalah sumbangan Dimitar Berbatov (minit ke-33) dan Darren Fletcher (m-42) untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu, Chelsea – lawan yang mereka tewaskan 3-1 dalam saingan Perisai Komuniti pada 8 Ogos lalu.
No comments:
Post a Comment