October 28, 2010

Chicharito penyelamat...

Javier Hernandez meledakkan gol kemenangan pada minit terakhir untuk membantu juara bertahan,Manchester United menempah slot ke suku akhir Piala Liga. Pada perlawanan di Old Trafford itu,MU menang tipis 3-2 ke atas Wolverhampton Wanderers pada aksi pusingan keempat. Hernandez yang lebih dikenali sebagai Chicharito menjaringkan kedua2 gol ketika MU mencatat kemenangan dramatik ke atas Stoke City pada sabtu lalu sekali lagi menjadi penyelamat. Meskipun masuk sebagai pemain gantian ketika perlawanan berbaki sembilan minit,penyerang berusia 22 tahun kelahiran Mexico itu berjaya mengucar-kacirkan benteng pertahanan lawan sebelum menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 90. Sebelum itu MU memperolehi dua gol menerusi Bebe dan Park Ji-Sung...

No comments: