July 28, 2010

Kena tinggal lagi...

Akhir2 ni kena tinggal ngan isteri aje aku ni. Dalam bulan ni saje dah 3 kali kena tinggal. Awal bulan baru2 ni dia kena pegi kursus kat PD pastu pegi ke Rompin,arini Putrajaya pulak.Huhuhu.... Masalah bila kena tinggal pada aku bukannya sebab anak. Anak insyaallah aku boleh urus tapi masalah 'rindu' yang jadi masalah pokoknya,kuang3x... Tapi nak wat camne kan dah tugas so nak xnak aku kena terimalaa.

Muka orang yang kena tinggal,huhuhu....

Meraikan yang nak pegi...

Kisah ni dah berlalu berminggu2 lepas tapi dsebabkan duk cbuk ngadap Fb so banyaklaa cite2 untuk blog yang tertinggal,huhuhu... Baru2 ni GPK Koko dan Kaunseler skolah aku kene tuko (bukan sebab masalah disiplin,hehe...) tp sebab naik pangkat. Cikgu Chan jadi Pengetua dan Cikgu Asri pulak jadi kaunseler kat PPD Kuantan. Oleh itu kiteorang geng2 staf dan cikgu lelaki buatlaa majlis untuk dua orang ni.

Ni Cikgu Chan Kok Wai...

Yang ni pulak Cikgu Asri...

Kat sinilaa kiteorang buat majlis tu,'East Coast Buffet Steamboat'... Memang puas hatilaa makan kat sini,best....




Antara rakan2 cikgu dan staf yang hadir. Tahniahlaa buat Cikgu Chan dan Cikgu Asri,moge kalian lebih berjaya dan gembira dtempat baru....

July 27, 2010

Lame dah x mandi...

Sekarang ni selagi x hujan selagi tulaa aku pegi keje ngan motor je. Isteri aku pegi ngan keta sebab dia nak kena anto kakak g skolah so tinggallaa yang sebuah ni kat umah. Ingatkan duk umah je xlaa kotor,rupa2nya kotor jugak sebab kena habuk2 yang berterbangan. Satu pagi dhujung minggu tu xtau nape tetiba je datang angin rajin aku nak mandikan dia,hehe....



Bangun pagi terus mandikan dia ni sebab klu lambat kang,matahari kluar panas pulak. Lepas siap,aduuhhh sedap je mata memandang maklumlaa dah bersih kan. Pastu bawak pulak ke kedai depan tukar dia punya minyak itam tapi biasalaa klu dah smpai kat klinik,macam2laa itu dah x ok kena tuko ini x ok kena tuko. Celakak sungguh,huhuhu...

Elok2 sepatutnya abih dalam puluh2 je sebab itu dan ini td jadilaa beratus2 tapi nak wat goner kan dah mende memang kena tuko....

Harga lepas terbakar...

Aku nampak iklan ni masa tengah nunggu isteri aku pegi kedai yang berhadapan dengan kedai ni. Sesambil nunggu dalam keta,bile aku pandang je kanan terus nampak iklan ni. Saje je aku ambik gambo ni sebab aku suka ayat dia tu 'penghabisan stok selepas pembakaran',... Xtaulaa isteri aku perasan ke x tapi memang aku sengaja x bgtau kat dia,kang x pasal2 ajak pulak aku g situ,huahuahua....

July 26, 2010

Bibik + Merpati terbang tinggi...

Bibik cakap nak mintak izin balik berpuasa dan beraya kat kampung dia tahun ni. Nak xnak aku terpaksalaa bagi lagipun dia dah lama x balik. Aku pun pegilaa belikan tiket,memula tu ingatkan nak beli sehala je sebab maklumlaa kan dekat2 nak raya ni mane ada promosi dah so mestilaa harga akan naik tapi bila pikir2 balik klu aku beli sehala je pastu bila tiba tarikh nak balik sini dbuatnya dia kata tiket habislaa,apalaa x ke haru aku. Pakat2 ngan isteri,aku pun belilaa untuk pegi dan balik terus.....


Mana lagi,kat tempat yang biasa aku beli nilaa,area jalan bukit sekilau....

Siap pesan lagi tu klu nak beli nanti mintak tolong carikan 'Merpati Airlines' sebab hanya kapal terbang ni yang turun dekat ngan kampung dia,AirAsia kena turun kat surabaya/bali lagipun banyak sangat perompak katanya lebih2 lagi klu dieorang tau baru balik dari Malaysia. Kesian kat dia aku pun ikut jelaa,huhuhu....

Salam takziah...

Pada tanggal 9/7/2010 yang lepas rakan sekerja aku,Kak Su telah kehilangan insan yang paling dsayangi iaitu anakandanya yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Aku betul2 terkejut masa anggerik rimba tepon aku dan bagitau pasal tu. Last aku nengok arwah seminggu sebelum tu masa aku lalu depan opis dia. Lepas dapat tau berita sedih tu aku terus tepon abg mie dan abg min,ajak dieorang pegi hospital. Kiteorang smpai lepas maghrib kat umah mayat,suasana masa tu betul2 sedih dan pilu. Ramai jugak staf2 dan cikgu2 smart yang datang. Aku paham perasaan kak su dan abg rashid masa tu. Aku sendiri pun menangis jugak sebenonya tapi dalam hatilaa,kat luar tahan setahan2nya xnak bg nangis.Huhuhu..... Buat kak su,salam takziah dari Ayen Giggs sekuarge dan dharap kak su sekuarge redha dengan dugaan ini.


Buat arwah,semoge rohnya dtempatkan bersama orang2 yang beriman,Amin......

July 25, 2010

Sebenier buat aku...

Wlaupun dah berbulan berlalu tapi aku tetap nak bgtau jugak,hehe..... 11 mei lalu merupakan ari ulangtahun kelahiran aku yg ke33 tahun (muda lagi beb,kihkihkih...). Pagi2 lagi masa aku nak bukak laptop kat tempat keje tiba2 aku nampak sampul surat kat dlm laptop tu.


Nilaa dia isi dalam sampul surat tu. 'I Love U 2 Sayang',hehehe....

Sebelah malamnya kiteorang kluar makan. Balik je dari makan malam tu isteri aku bagi pulak kotak ni...

Bukak je kotak tu,senyum lebar aku bila nengok isi dalamnya,hehe.... Ada tali pinggang,dompet dan jugak pen. Mana x senyum lebarnya,kebetulan tali pinggang dan dompet aku yang sebelum ni dah memang uzur sangat dah so bila dapat ni jimatlaa aku xyah beli,huahuahua..... Ape2 pun terima kasih banyak2 SAYANG..."I LOVE U FOREVER"...

July 24, 2010

Tercekik nyamuk...

Seorang pembaca berita televisyen di Taiwan dimasukkan ke hospital selepas seekor nyamuk terbang memasuki mulutnya menyebabkan dia tercekik ketika membaca berita dalam siaran langsung di televisyen. China Times melaporkan,seekor nyamuk yang terbang ke dalam mulut Huang Ching terperangkap di salur pernafasan menyebabkan dia di serang asma. Syarikat televisyen China terpaksa menyiarkan siaran iklan selama empat minit bagi memanggil pembaca berita lain menggantikan Huang.Kihkihkih..... macam2 betullaa kan.

Jersi baru...

Jersi baru Manchester United untuk musim 2010 - 2011 dan bukan lagi 'AIG' sebagai penaja tapi 'AON'. Dharap dengan penaja baru serta jersi baru ni akan membuatkan pasukan kali ni lebih bersemangat untuk merampas kembali Piala Liga dari pasukan Chelsea...

July 23, 2010

Man United team paling berharga...

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United dianggap pasukan paling berharga dalam dunia sukan, menurut kajian dijalankan majalah Forbes. Forbes mengedarkan senarai pasukan yang paling berharga semalam dengan Manchester menduduki tangga teratas dengan jumlah aset keseluruhan bernilai AS$1.84 bilion (RM5.9b). Menduduki tangga kedua pula ialah pasukan dari Liga Bola Sepak Nasional (NFL), Dallas Cowboys dengan aset AS$1.65 bilion (RM5.29b) Pasukan New York Yankees, Washington Redskins, New England Patriots, Real Madrid, New York Giants, Arsenal, New York Jets dan Houston Texans turut menduduki 10 tempat teratas.