January 13, 2009

Israel makin menggile...

Jumlah rakyat Palestin yang terkorban dalam perang dilancar Israel ke atas Gaza sejak 17 hari lalu melepasi angka 900 semalam, ketika negara Yahudi itu mengerah askar simpanannya untuk dihantar ke wilayah Palestin berkenaan. Setakat semalam, 905 rakyat Palestin terkorban dan 3,950 cedera. Sekurang-kurangnya 277 kanak-kanak adalah antara yang terkorban. Sementara itu, tentera Israel yang terus membedil Gaza dari udara dan darat semalam, mengerah askar simpanan ke wilayah Palestin itu, satu petanda yang menunjukkan rejim Zionis berhasrat memperhebatkan serangan dalam Operasi Cast yang dilancar 27 Disember lalu untuk memusnahkan keupayaan Hamas melancar roket. Tentera Israel masih berkubu di pinggir bandar utama di Gaza, berbalas tembak dari jarak jauh dengan pejuang Palestin. Oleh itu kite sebagai umat islam dptlaa sama2 kite membantu setakat yang kite mampu dgn memBOIKOT barangan AMERIKA/ISRAEL selain mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat palestin serta semoga Allah menghancurkan musuh2 Islam.

3 comments:

KH KOPI said...

kesian dah sadis sgt tgk penderitaan umat ISLAM di sana..kalau berlaku kat kita, x tau la mampu x tanggung macam diaorg alami..

KH KOPI said...

harap mereka selamat dan hidup aman..terlalu besar dugaan yg di alami..kita doa je yuk

Ayen Giggs said...

Que - betul ape yg Que ckpkan tu,arap2 mintak jauhlaa jgn berlaku kat tempat kite kan....