July 29, 2010

Pantang nengok mende ni...


Aku ngan isteri bila kluar jalan2 kat mall ataupun mana2laa klu boleh akan cuba elak jumpa mende alah ni tapi xdok arohlaa baru2 ni masa kiteorang pegi kat satu mall ni,memang x boleh nak elak sebab je kat pintu terus nampak,huhuhu... Bukan malas nak melayan ke apa tapi masalahnya klu dah main payah nak ajak balik.


Bila dah main klu x bergambo memang x sahlaa,hehe...

Tiket nak main tu cume rm2 je seorg. Nampak x pada resit tu,'untuk 30 minit sahaja' tp aku tengok masing2 berejam2 main. Nama lagi budak2 kan. Kat dalam tu ada tiga tempat yang dieorang boleh main,maknanya betul2 puas hatilaa masing2. Tu pun puas nak ajak balik.

July 28, 2010

Asalnya lain jadinya lain...

Tujuan asal kluar sebenonya nak pegi beli tiket kapal terbang bibik tapi oleh kerana tempat yang dtuju tutup so terpaksalaa melencong cari destinasi lain. Isteri aku cakap jom pegi 'Bata' nak cari kasut anak2laa. Aku pun x cakap banyak terus ke tempat yang dia nak pegi....

Isteriku yang sebok memilih...

Aku nengok jelaa,huahuahua..... Dah puas milih,itu xnak ini xnak,akhirnya.....

Adik pilih yang ni....

Kakak pulak nak yang ni... Ingatkan anak2 je rupa2nya ibu ngan abah pun nak jugak,hahaha....

Ibu beli kasut sukan...

Abah pulak tetiba je teringat yang kasut keje dah bocor so sambarlaa kasut keje ni. Lepas penat milih kasut,anak2 pulak cakap lapolaa dahagalaa. Pandang je kat atas.....

Nampaklaa kafe ni....

Sesi mengoder...

Adik pun dah terikut2 macam ibunya,asal bergambo je isyarat 'peace' mesti x tinggal...


Ni jelaa yang kiteorang order. Dua orang tu dengar pada cakap lapo ngan dahaga usah kiralaa tapi masing2 aiskrim tu pun x abih makan. Setel makan sume kiteorang terus balik.


Sampai umah,acara tetap dan menjadi kewajipan iaitu bergambo ngan kasut masing2. Anak2 je,abah ngan ibu xlaa,kihkihkih....

Rajinnya dia....

Dah jadi kebiasaan dia bila lalu kat lab aku mesti singgah baca paper. Satu pagi tu xtaulaa dia mimpi apa,dia cakap meja aku kotor. Sambil cakap tu dia ambik kain dan sabun pastu dia lapnya meja aku. Padahal bukannya kotor sangat pun,hehe.... Aku pulak bukannya malas sangat nak buat sume tu cuma kurang rajin ckit je,huahuahua....

Baju biru tulaa 'dia' ataupun aku panggil Kak Su. Kebetulan masa tu watie(tudung putih) pun ada sama tapi dia tukang tengok jelaa,hahaha...

Dan nilaa hasilnya,bersih dan berkilat. Time kasih Kak Su sebab tolong lap dan watie sebab tolong tengok,kihkihkih.... Jasamu akan kukenang.

Kuang asam betullaa...

Remote astro umah aku rosak baru2 ni. Angkara siapa???...

Siapa lagi klu bukan budak 'domok' sorang ni,huhuhu.... Pantang apa2 pun klu dapat kat dia mesti hancur....


Antara bahgian yang rosak,bahgian lain x perlu tunjuklaa.Hehehe.... Puas aku tekan nak tuko channel lain,x boleh. Tuko bateri apa sume pun x boleh jugak.

Sementara nak beli baru tu,tekan jelaa kat dekoder dia ni bila nak tuko channel. Memang susahlaa ckit kan.

Kebetulan satu petang tu aku ngan isteri pegi ke pekan sehari pastu nampak ada orang jual remote ni,apa lagi teruslaa beli. Yang aku bengang tu bila sampai umah je,guna yang baru ni kompomlaa elok tapi bila guna yang rosak tadi pun tetiba je elok jugak. Tuko channel ke,kuat n slow dia punya volume pun ok. Celakak sungguh,memang kuang asam betul.hehehe....

Kena tinggal lagi...

Akhir2 ni kena tinggal ngan isteri aje aku ni. Dalam bulan ni saje dah 3 kali kena tinggal. Awal bulan baru2 ni dia kena pegi kursus kat PD pastu pegi ke Rompin,arini Putrajaya pulak.Huhuhu.... Masalah bila kena tinggal pada aku bukannya sebab anak. Anak insyaallah aku boleh urus tapi masalah 'rindu' yang jadi masalah pokoknya,kuang3x... Tapi nak wat camne kan dah tugas so nak xnak aku kena terimalaa.

Muka orang yang kena tinggal,huhuhu....

Meraikan yang nak pegi...

Kisah ni dah berlalu berminggu2 lepas tapi dsebabkan duk cbuk ngadap Fb so banyaklaa cite2 untuk blog yang tertinggal,huhuhu... Baru2 ni GPK Koko dan Kaunseler skolah aku kene tuko (bukan sebab masalah disiplin,hehe...) tp sebab naik pangkat. Cikgu Chan jadi Pengetua dan Cikgu Asri pulak jadi kaunseler kat PPD Kuantan. Oleh itu kiteorang geng2 staf dan cikgu lelaki buatlaa majlis untuk dua orang ni.

Ni Cikgu Chan Kok Wai...

Yang ni pulak Cikgu Asri...

Kat sinilaa kiteorang buat majlis tu,'East Coast Buffet Steamboat'... Memang puas hatilaa makan kat sini,best....




Antara rakan2 cikgu dan staf yang hadir. Tahniahlaa buat Cikgu Chan dan Cikgu Asri,moge kalian lebih berjaya dan gembira dtempat baru....

July 27, 2010

Lame dah x mandi...

Sekarang ni selagi x hujan selagi tulaa aku pegi keje ngan motor je. Isteri aku pegi ngan keta sebab dia nak kena anto kakak g skolah so tinggallaa yang sebuah ni kat umah. Ingatkan duk umah je xlaa kotor,rupa2nya kotor jugak sebab kena habuk2 yang berterbangan. Satu pagi dhujung minggu tu xtau nape tetiba je datang angin rajin aku nak mandikan dia,hehe....



Bangun pagi terus mandikan dia ni sebab klu lambat kang,matahari kluar panas pulak. Lepas siap,aduuhhh sedap je mata memandang maklumlaa dah bersih kan. Pastu bawak pulak ke kedai depan tukar dia punya minyak itam tapi biasalaa klu dah smpai kat klinik,macam2laa itu dah x ok kena tuko ini x ok kena tuko. Celakak sungguh,huhuhu...

Elok2 sepatutnya abih dalam puluh2 je sebab itu dan ini td jadilaa beratus2 tapi nak wat goner kan dah mende memang kena tuko....

Harga lepas terbakar...

Aku nampak iklan ni masa tengah nunggu isteri aku pegi kedai yang berhadapan dengan kedai ni. Sesambil nunggu dalam keta,bile aku pandang je kanan terus nampak iklan ni. Saje je aku ambik gambo ni sebab aku suka ayat dia tu 'penghabisan stok selepas pembakaran',... Xtaulaa isteri aku perasan ke x tapi memang aku sengaja x bgtau kat dia,kang x pasal2 ajak pulak aku g situ,huahuahua....

July 26, 2010

Bibik + Merpati terbang tinggi...

Bibik cakap nak mintak izin balik berpuasa dan beraya kat kampung dia tahun ni. Nak xnak aku terpaksalaa bagi lagipun dia dah lama x balik. Aku pun pegilaa belikan tiket,memula tu ingatkan nak beli sehala je sebab maklumlaa kan dekat2 nak raya ni mane ada promosi dah so mestilaa harga akan naik tapi bila pikir2 balik klu aku beli sehala je pastu bila tiba tarikh nak balik sini dbuatnya dia kata tiket habislaa,apalaa x ke haru aku. Pakat2 ngan isteri,aku pun belilaa untuk pegi dan balik terus.....


Mana lagi,kat tempat yang biasa aku beli nilaa,area jalan bukit sekilau....

Siap pesan lagi tu klu nak beli nanti mintak tolong carikan 'Merpati Airlines' sebab hanya kapal terbang ni yang turun dekat ngan kampung dia,AirAsia kena turun kat surabaya/bali lagipun banyak sangat perompak katanya lebih2 lagi klu dieorang tau baru balik dari Malaysia. Kesian kat dia aku pun ikut jelaa,huhuhu....

Salam takziah...

Pada tanggal 9/7/2010 yang lepas rakan sekerja aku,Kak Su telah kehilangan insan yang paling dsayangi iaitu anakandanya yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Aku betul2 terkejut masa anggerik rimba tepon aku dan bagitau pasal tu. Last aku nengok arwah seminggu sebelum tu masa aku lalu depan opis dia. Lepas dapat tau berita sedih tu aku terus tepon abg mie dan abg min,ajak dieorang pegi hospital. Kiteorang smpai lepas maghrib kat umah mayat,suasana masa tu betul2 sedih dan pilu. Ramai jugak staf2 dan cikgu2 smart yang datang. Aku paham perasaan kak su dan abg rashid masa tu. Aku sendiri pun menangis jugak sebenonya tapi dalam hatilaa,kat luar tahan setahan2nya xnak bg nangis.Huhuhu..... Buat kak su,salam takziah dari Ayen Giggs sekuarge dan dharap kak su sekuarge redha dengan dugaan ini.


Buat arwah,semoge rohnya dtempatkan bersama orang2 yang beriman,Amin......