KAMPUNG anak kembar. Inilah gelaran paling layak bagi sebuah perkampungan di India yang memiliki lebih 220 pasangan kembar pelbagai peringkat umur. Fenomena pelik tetapi satu realiti itu berlaku di perkampungan Kodinhi, di pedalaman Kerala, yang bukan saja mencipta kejutan tersendiri, tetapi turut membingungkan kalangan pegawai perubatan. Angka 220 pasangan kembar bagi sebuah perkampungan yang dihuni kira-kira 2,000 keluarga sememangnya menakjubkan kerana nisbahnya yang enam kali lebih tinggi berbanding purata kelahiran kembar pada peringkat global. Jika dilihat secara keseluruhannya di India, kelahiran kembar bagi setiap 1,000 penduduk di negara itu adalah pada kadar 45 bayi bagi setiap 1,000 kelahiran. Oleh itu, apa yang berlaku di Kondinhi disifatkan sebagai amat menghairankan.
Di perkampungan ini, seramai 15 pasangan kembar dilahirkan daripada kira-kira 300 kelahiran pada tahun lalu. Malah, keajaiban itu tidak terhenti setakat itu apabila lebih ramai lagi pasangan kembar dijangka dilahirkan tahun ini. Oleh itu, jika berkesempatan mengunjungi Kondinhi, jangan terkejut jika anda melihat ramai berwajah seiras yang usianya dalam lingkungan sebulan hingga 65 tahun. Malah, pasangan kembar bermain atau berjalan sekitar perkampungan Kodinhi di daerah Maluparam, selatan India itu sudah menjadi satu pemandangan biasa di sini. Buat masa ini, bukan saja orang biasa seperti kita sukar mentafsirkan kejadian pelik ini, tetapi pakar perubatan seperti Dr Krishnan Sribiju yang sudah terbabit dalam penyelidikan kelahiran kembar, termasuk di Kodinhi juga kehairanan. Satu lagi fakta perubatan menyatakan, kebanyakan ibu yang melahirkan anak kembar mempunyai ketinggian lebih 5 kaki 3 inci tetapi di Kondinhi, ibu pasangan kembar itu kira-kira 5 kaki. Kesemua fakta ini membuktikan apa yang berlaku di Kondinhi sememangnya satu fenomena pelik, bukan saja dari sudut sains dan perubatan tetapi juga sosial. Apa yang menarik, siapa pun tidak menduga, kampung yang serba serbi mundur dan miskin dengan kedudukannya yang jauh di pedalaman, sebaliknya mewah dengan barisan pasangan kembar yang sekali gus mempopularkan Kondinhi di kalangan masyarakat asing...

No comments:
Post a Comment