August 2, 2010

Solat dan Kesihatan...

Solat adalah ibadat yang dilakukan kerana Allah. Namun sekiranya solat dilakukan secara betul dengan penuh khusyuk ia mendatangkan kebaikan di pelbagai sudut termasuk dari sudut kesihatan. Menurut kajian,kedudukan ketika sujud sekiranya dilakukan dari masa ke semasa ia baik bagi kecergasan otak. Otak manusia menggunakan 30% daripada oksigen yang terdapat dalam badan walaupun beratnya hanya 3% daripada keseluruhan berat badan. Dalam keadaan biasa sebahgian sel2 otak tidak mendapat keperluan oksigen yang diperlukan kerana jantung terpaksa mengepam darah ke atas sekaligus melawan tekanan graviti. Semasa sujud,jantung berada di kedudukan lebih tinggi daripada kepala sekaligus memudahkan darah turun ke otak dibantu oleh tekanan graviti. Dalam keadaan ini otak manusia menjadi semakin cergas dan fokusnya semakin mantap. Solat juga membantu mengelok dan memantapkan sendi terutama bagi mereka yang mengidap penyakit radang sendi.

4 comments:

shuk said...

good info..thx

Ayen Giggs said...

shuk - Welkam bro....

fuzriown said...

sembahyang untuk Allah adalah yang terbaik...

Ayen Giggs said...

fuzriown - Ayen Giggs setuju 100%...