Sir Alex Ferguson mendakwa pertembungan Manchester United - Liverpool terus menjadi perlawanan yang dinanti-nanti oleh semua, sekalipun kelab Anfield itu dilanda kemerosotan prestasi. Menjelang pertemuan dengan anak buah Roy Hodgson di Old Trafford malam ini dengan masing-masing terikat dengan 18 kejuaraan, pengurus berbangsa Scotland itu membuka cerita bahawa matlamat utamanya ketika tiba di Old Trafford pada 1986, adalah menyanggah Liverpool ‘daripada singgahsana utama.’ " Saya berulang kali berkata, setiap kali jadual perlawanan dikeluarkan, ia akan menjadi jadual yang penting, tidak syak lagi. Malah berdasarkan sejarah, pertemuan dengan Liverpool sentiasa sengit tetapi saya tidak perlu merenung sejarah setiap masa.”
No comments:
Post a Comment