January 13, 2011

Bagi aku pegang dulu...

Masih lagi bercerita pasal budak yang baru masuk sekolah menengah ni. Dah kat sekolah rendah dulu mana ada makmal kan so bila baru pertama kali nak masuk makmal kenalaa aku bagitau dulu peraturan2nya...

Masa dieorang duk beratur tunggu cikgu datang aku bagilaa serba sedikit penerangan(konon2nyalaa,hehehe.....). Yelaa kan lagipun dieorang ni selagi cikgu2 takde memang tidak dibenarkan masuk.

Sesambil menunggu tu aku tanyalaa sesiapa yang ada bawak liquid paper, masing2 geleng kepala. Maknanya takdelaa tu sebab klu ada mesti dieorang angguk kepala,ihiks...

Pastu aku cakap lagi sesiapa yang ada bawak liquid paper tolong bagi kat aku sebab liquid paper tidak dibenarkan dibawak masuk ke dalam makmal. Makmal sekolah lain aku tak taulaa boleh ke tak.

Sekolah aku ni dulu kiteorang dah sepakat dalam mesyuarat tak boleh sebab dulu banyak sangat luahan dan kata2 cinta yang dihasilkan kat atas meja dengan menggunakan liquid paper. Pendek cerita bila dah aku cakap tak boleh bawak masuk terus masing2 bagi kat aku padahal sebelum tu kata takde....

Inilaa hasilnya hinggakan tak cukup tangan aku nak pegang,hahaha.....

January 11, 2011

Baiknya dia...

Tahun ni kan aku kena jaga lab Sains tingkatan 1. Bila budak baru naik ke alam sekolah menengah korang paham2 jelaa kan dia punya hormat kat kita ni,hehe.... Maklumlaa tocang masing2 tak berapa nak nampak lagi.

Lantai lab aku sekarang ni pulak guna marmar so nak jadi ke cerita....

Segala buku yang tak berkenaan dan jugak beg memang tak boleh bawak masuk lab. Wajib kena tinggal kat luar.

Tapi yang menggelikan hati aku ni adalaa sorang budak pompuan tu. Korang nampak tak dalam gambo kat atas, siap tanggal kasut kat luar lagi. Maknanya dia masuk lab dengan hanya berstoking jelaa.

Bila aku tanya kenapa tanggal kat luar, dia senyum pastu terus lari. Malulaa tu agaknya,hahaha...

January 10, 2011

Biar betul aku ni.....

Sejak akhir2 ni memang aku update tiap2 hari aku punya fail meja. Tak naklaa jadi macam sebelum2 ni sampai berbulan-bulan tak update. Bila bos nak nengok barulaa kelam kabut nak siapkan sampai lenguh tangan2 menulis,hehe...

Tapi yelaa kan selagi nama manusia kita ni memang takleh lari dari buat silap. Baru2 ni seperti biasa adalaa sorang member aku tu datang bersembang ngan aku kat lab. Sesambil tu dia beleklaa fail meja aku.

Dalam belek punya belek tu dia terperasan pulak yang aku silap tulis tarikh. Klu cepat sebulan dua ok lagi, ni cepat hampir setahun tuuu..........kihkihkih.

Dah xde badi lagi...

DALGLISH (tengah) muram memerhatikan anak didiknya beraksi menentang Manchester United dalam pusingan ketiga Piala FA   di Old Trafford, malam tadi. United menang 1-0.

Kepulangan semula Kenny Dalglish tidak mampu menyelamatkan Liverpool yang baru memecat pengurus lama Roy Hodgson selepas tersingkir di pusingan ketiga Piala FA kepada Manchester United di Old Trafford malam tadi.

Jaringan penalti seawal minit pertama oleh Ryan Giggs sudah cukup untuk memberikan kemenangan 1-0 dan menamatkan kegembiraan peminat fanatik Liverpool yang sebelum itu berharap bekas pemain dan pengurus itu mampu mengubah nasib buruk kelab Merseyside.

Lebih mengecewakan, kapten Liverpool Steven Gerrard dilayangkan kad merah pada minit ke-31 kerana merempuh Michael Carrick dengan kedua-dua kaki.

Dengan Liverpool hanya empat mata di atas zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris, bintang seperti Fernando Torres bergelut dengan prestasi sendiri dan kini tersingkir daripada Piala FA, Dalglish memberi amaran kedudukan kelab itu tidak akan dapat diperbaiki dalam masa singkat...

January 9, 2011

Terpaksa mengalah...

Perkara yang aku harap jangan berlaku, akhirnya berlaku jugak malam ni. Klu selama ni cerita yang isteri aku suka nengok ngan yang aku nak nengok jarang bersiaran serentak.

Andai bersiaran serentak maka terpaksalaa aku yang kena mengalah tapi bukan bermaksud mengalah tak nengok. Nengok tetap kena nengok.

Contohnya macam malam nilaa, pukul 9 akan berlangsung...


Pastu pukul 9.30 pulak ada perlawanan bola...

Pasukan peberet aku, Manchester United akan menentang musuh paling ketat iaitu Liverpool (Piala FA)... Nak tak nak aku kena cari jugak 'port' malam ni untuk menyaksikannya,huhuhu...

January 6, 2011

Xnak duk asrama...


Klu dapat sekolah jauh dari rumah nak x nak kenalaa duduk kat asrama. Bila sebut je asrama pada aku x semua budak boleh tinggal kat asrama. Usahkan orang lain, aku sendiri pun masa sekolah dulu sempat duduk sebulan lebih je pastu mintak keluar asrama,huhuhu...

Maklumlaa klu kat rumah bebas nak buat apa pun. Nak tengok tv ke nak kluar sana sini ke semua boleh tapi klu duduk asrama mujurlaa nak bebas gitu. Apa yang aku nak cerita ni sebenonya pasal sorang cikgu kat sekolah lama aku dulu, anak pompuan dia dapat masuk sekolah aku ni dan kenalaa duduk asrama sebab rumah jauh.

Sebelum ni dah biasa duduk bawah ketiak mak so bila kena duduk asrama ni maka tiap2 pagi tepon mak ayah nangis nak balik, x nak duduk asrama. Last2 sebab x tahan asyik tepon nangis, mak ayah pun buatlaa surat tukar balik sekolah dekat rumah. Pada aku xpelaa kan janji dia dapat belajar dengan tenang.

Dapat sekolah yang terbaik pun tapi dia x boleh nak tumpu pada pelajaran x guna jugak. Aku harap bila dah dapat balik duduk semula bawah ketiak mak tu dapatlaa dia belajar dengan tenang dan aku doakan semoga dia akan berjaya suatu hari nanti....

January 4, 2011

Alhamdulillah ok...

Baru balik sekolah...

Walaupun ambik cuti 2 ari tapi aku anto anak aku ni ke sekolah sehari je tu pun pagi, balik dia balik sendiri naik van yang disediakan. Kakak pulak isteri aku yang anto. Kakak tu tak kesah sangat dah sebab dia dah masuk tahun 2. Ari kedua ni aku tak anto sebab saja nak nengok dia naik van sendiri pegi dan balik. Alhamdulillah ok xde masalah dan aku harap sangat akan ok sampai bila2.....

Brunt mohon maaf pada Rooney...

Chris Brunt memohon maaf berhubung terjahan keras yang dilakukannya ke atas penyerang Manchester United, Wayne Rooney sehingga menyebabkan pemain itu mengalami kecederaan buku lali. Peranncang West Bromwich Albion itu melakukan tindakan tersebut ketika pertemuan menentang United dalam saingan Liga Perdana Inggeris, sabtu lalu.

Ekoran tindakannya itu, Rooney mungkin terpaksa berehat selama dua minggu. "Memang ia merupakan terjahan yang keras dan sudah pasti saya ingin memohon maaf di atas tindakan tersebut. Ia adalah kesalahan profesional tetapi saya tidak berniat untuk mencederakan sesiapa.

Saya lihat Rooney seperti tidak apa-apa dan saya harap dia tidak menyimpan dendam terhadap saya serta berharap semuanya akan kembali seperti biasa," jelas Brunt.....


January 2, 2011

Harap2 dia ok...

Esok akan bermulalaa sesi persekolahan 2011. Maka dengan itu puteri kedua aku ni jugak akan sekali lagi ke sekolah. Tahun lepas aku dah anto dia pegi tadika kat Masjid Negeri sebab kat situ dekat ckit ngan opis isteri aku. Memula aku ingatkan ok tapi masuk minggu kedua 2 ari berturut2 dia lari ke opis isteri aku masa tengah belajar, katanya xnak sekolah.

Puas dipujuk dan diselidik2 rupanya ada budak lelaki buat dia. Aku rasa bukan buat mcmana mungkin budak tu gurau kasar sangat maklumlaa awk tu kecik daripada orang pulak lagi x biasa gurau kasar2,huhuhu....

Lepas pada tu aku terus x anto sebab klu paksa suruh pegi tapi dia xleh nak bagi tumpuan pada pelajaran x guna jugak. Untuk tahun ni aku anto dia kat sekolah lama kakak dia kat Tadika Little Iman Kids. Setakat ni bila aku cakap kat dia 'esok adik sekolah elok2 dan belajar rajin2 yek', dia kata ok... Aku harap betul2 ok laa.

January 1, 2011

Lama dah rasanya...

Dah beberapa ari aku tak update blog aku ni, rindu pulak rasanya. Biasalaa bila dah nak bukak skolah ni cbuklaa ckit kan, nak kena kemas lab cuci itu dan ini. Nape tak buat masa awal cuti dulu?.. Klu aku buat masa awal2 cuti dulu maknanya kena buat 2 kali kerja sebab bila nak bukak skolah ni berabuk semula so baiklaa aku buat last2 cuti ni.

Arini walaupun cuti aku pegi jugak skolah sebab ada lagi ckit2 yang nak kena setel. Lagipun esok budak2 tingkatan satu dah mula nak mendaftar. Pastu pulak cikgu koperasi skolah nak guna lab aku esok, xtaulaa untuk apa. Aku harap janganlaa kotor semula sebab klu kotor maka sia2laa aku datang cuci ari cuti. Andai kata kotor jugak, aku akan suruh dieorang cuci semulalaa....