January 13, 2011

Bagi aku pegang dulu...

Masih lagi bercerita pasal budak yang baru masuk sekolah menengah ni. Dah kat sekolah rendah dulu mana ada makmal kan so bila baru pertama kali nak masuk makmal kenalaa aku bagitau dulu peraturan2nya...

Masa dieorang duk beratur tunggu cikgu datang aku bagilaa serba sedikit penerangan(konon2nyalaa,hehehe.....). Yelaa kan lagipun dieorang ni selagi cikgu2 takde memang tidak dibenarkan masuk.

Sesambil menunggu tu aku tanyalaa sesiapa yang ada bawak liquid paper, masing2 geleng kepala. Maknanya takdelaa tu sebab klu ada mesti dieorang angguk kepala,ihiks...

Pastu aku cakap lagi sesiapa yang ada bawak liquid paper tolong bagi kat aku sebab liquid paper tidak dibenarkan dibawak masuk ke dalam makmal. Makmal sekolah lain aku tak taulaa boleh ke tak.

Sekolah aku ni dulu kiteorang dah sepakat dalam mesyuarat tak boleh sebab dulu banyak sangat luahan dan kata2 cinta yang dihasilkan kat atas meja dengan menggunakan liquid paper. Pendek cerita bila dah aku cakap tak boleh bawak masuk terus masing2 bagi kat aku padahal sebelum tu kata takde....

Inilaa hasilnya hinggakan tak cukup tangan aku nak pegang,hahaha.....

2 comments:

anieMD said...

haa..memula diorg ingat kamu nak pinjam..tu yg sume x ngaku kot..

Ayen Giggs said...

anieMD - Hehehehe.....yelaa tu agaknye.