January 10, 2011

Dah xde badi lagi...

DALGLISH (tengah) muram memerhatikan anak didiknya beraksi menentang Manchester United dalam pusingan ketiga Piala FA   di Old Trafford, malam tadi. United menang 1-0.

Kepulangan semula Kenny Dalglish tidak mampu menyelamatkan Liverpool yang baru memecat pengurus lama Roy Hodgson selepas tersingkir di pusingan ketiga Piala FA kepada Manchester United di Old Trafford malam tadi.

Jaringan penalti seawal minit pertama oleh Ryan Giggs sudah cukup untuk memberikan kemenangan 1-0 dan menamatkan kegembiraan peminat fanatik Liverpool yang sebelum itu berharap bekas pemain dan pengurus itu mampu mengubah nasib buruk kelab Merseyside.

Lebih mengecewakan, kapten Liverpool Steven Gerrard dilayangkan kad merah pada minit ke-31 kerana merempuh Michael Carrick dengan kedua-dua kaki.

Dengan Liverpool hanya empat mata di atas zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris, bintang seperti Fernando Torres bergelut dengan prestasi sendiri dan kini tersingkir daripada Piala FA, Dalglish memberi amaran kedudukan kelab itu tidak akan dapat diperbaiki dalam masa singkat...

No comments: