May 20, 2009

Polis Gerak Khas 'Mencuri'...

SEHARI sebelum meraikan sambutan ulang tahun ke-10 drama bersiri Gerak Khas yang diadakan di Padang Semarak, Angkasapuri malam Jumaat lalu, penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam menerima satu berita yang amat tidak disangka-sangka. Bayangkan, kegembiraan kerana berjaya mencatat sejarah tersendiri dalam industri hiburan tiba-tiba terusik dengan panggilan telefon yang menyampaikan khabar bahawa salah seorang pelakon drama berkenaan didakwa terbabit dalam jenayah mencuri.
Pelakon yang dimaksudkan adalah Farid Amirul Hisham Wu Abdullah yang memegang watak sebagai Detektif Lim. Farid didakwa mencuri sebuah buku bertajuk The Sistine Secrets berharga RM89.90 dan Decoding The Heavens berharga RM105 di Kedai Buku MPH Bookstore, Mid Valley, kira-kira jam 7.15 malam, 27 Mac lalu. Pastinya, berita yang tersiar itu bertentangan dengan objektif drama terbabit yang menentang jenayah. Dan apabila ini berlaku sudah tentu ia mencalarkan imej polis di mata masyarakat. Apakah Farid bakal menerima hukuman akibat perbuatan salah lakunya itu? Pun begitu, sewaktu diminta mengulas reaksinya terhadap dakwaan itu, Yusof berkata dia perlu berlaku adil kepada pelakon terbabit dan enggan membuat sebarang keputusan memandangkan perkara itu masih di dalam peringkat perbicaraan.
Nota kaki; Polis betul ke polis lakonan ke selagi name manusie biase,same je...

1 comment:

Ena said...

eh! ni blog PAPER ape ni? PAPER AYENMUDA ek hehehehe