September 2, 2009

Bau ketiak lelaki menjadi penawar tension?...

Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid. Sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja ” diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau lawan sejenisnya. Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood,wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang,hahaha…So kengkawan kalau tengah stress tu …..bolehlah cium ketiak suami atau boyfriend. Bagi kaum adam pulak, simpan bau ketiak tu untuk orang tersayang.

*Nota kaki;... Kepada para isteri jangan dok tension sangat…nanti kena cium bau ketiak suami,hahaha...

No comments: