October 20, 2009

Pagi2 dah kene tipu...

Datang keje pagi tadi aku terus sediekan barang2 untuk eksperimen arini.


Barang2 lain sume aku dah letakkan kat dalam lab tapi mende alah ni aku letaklaa kat atas meja dalam bilik aku dulu sebab die nak kene timbang mengikut berat. Aku saje je letak dalam plastik gitu untuk bezekan mengikut beratnye.


Tetibe kebetulan mamat ni lalu kat lab aku terus singgah. Nampak mende tu ade atas meje,die cakap bwk kuih ke?..Aku : Hmmm...nak,ambiklaa kite kawan2 ni apelaa nak berkire sangat. Tanpe membuang mase terus die buke plastik tu....

Sekali tengok........'PLASTESIN' daaaa,wakakakakakaka....Terus die menyumpah kat aku,'gampang' betul aku ingatkan kuih tadi. X pasal2 pagi2 ari dah kene tipu,hehe...

October 15, 2009

Rahsia memotong kuku...

RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA : Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;>>


* Hari Sabtu...
Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit...

* Hari Ahad...
Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan...

* Hari Isnin...
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat...

* Hari Selasa...
Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit...

* Hari Rabu...
Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan...

* Hari Khamis...
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit...

* Hari Jumaat...
Nescaya keluar dosa2nya seperti pada hari dlahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada AllahTaala...

October 6, 2009

Datang nak keje ke nak tido ni...

Xtaulaa aku ape nak jadi ngan member aku sorang ni. Datang nak keje ke nak tido ni?..Bukan aku xnak bagi nasihat tapi aku ni kan mude lagi tambahan pulak badan aku kecik dari die pulak tu,kang x pasal2 masuk spital aku,hahaha... Bayangkanlaa dari uniform kaler kuning ni haa...

Sampailaa uniform bertuko kaler biru ni pulak...


Tidooooo jelaa kejenye...Jadi aku nak mintak tolonglaa kat geng2 jahat retro ataupun sape2laa yang terbace blog aku ni klu boleh bagilaa ckit nasihat/ayat2 yang boleh ilangkan mengantuk kat mamat sorang ni,hehe...

October 5, 2009

Genap sudah 7 tahun...

Atas Pelamin...


Majlis Akad Nikah------>
Semalam 04/10/09 genaplaa usie perkahwinan aku ngan isteri tercinte yang ke 7 tahun.
Alhamdulillah setakat ni sumenye berjalan lancar tanpe sebarang masalah yang beso2. Masalah kecik2 tu biaselaa kan sape yang dah berumahtangge pasti akan menghadapinye. Sebenarnye aku ingat nak kuar makan malam semalam tapi dsebabkan adik tido awal coz siang die x tido so tangguhlaa dulu ke malam ni kot,InsyaAllah. Harapan aku semoge dengan bertambahnye usie perkahwinan aku ni dan juge dengan bertambahnye ahli baru dalam kuarge aku tempoh ari akan mematangkan serte membahagiekan lagi kiteorg sekuarge dalam melayari kehidupan sebagai suami isteri hingge akhir hayat kami,Amin....

October 2, 2009

Giggs inspirasi kejayaan...

Ryan Giggs menjaringkan gol ke-150 bersama Manchester United dan membantu Michael Carrick meledak gol kemenangan ketika juara Inggeris itu menewaskan Wolfsburg, 2-1, awal pagi semalam untuk menghuni takhta Kumpulan B Liga Juara-Juara Eropah.“Perkara hebat mengenai Ryan ialah aksinya menakjubkan umpama pemain muda. Keupayaannya seperti dia baru memulakan karier bola sepak.
“Dia terus beraksi seperti pemain muda dan ia suasana hebat untuk disaksikan,” kata pengurus United, Alex Ferguson.
Sekalipun muncul pemain bola sepak Inggeris paling banyak mencatat kejayaan, Giggs tidak menghiraukan setiap pencapaian diraihnya...

October 1, 2009

Kaedah berdoa secare spiritual dan fizikal...

Doa merupakan senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.
Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah. Berikut dikongsikan beberapa panduan tatacara berdoa...
1. Angkat tangan paras dada...
2. Rapatkan kedua-dua belah tangan...
Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. "Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur 'ba' . Titik 'ba' letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya. Maka malaikat yang menjaga hufur 'ba' bernama 'Har Hayaail'. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan" .

3. Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar..

September 30, 2009

Kakak cabut gigi...

Seminggu yang lepas kakak ade ngadu kat aku yang due batang gigi bawah die dah goyang. Bile aku tengok rupe2nye ade gigi baru yang nak tumbuh. Punyelaa die takut nak pegi cabut kat klinik,die main2 ngan lidah gigi die pastu pade satu pagi tu die datang kat aku bgtau yang gigi die dah tercabut sebatang. Aku tnye mcmane blh tercabut? Katenye die tarik,hehe...Nak x nak petang semalam aku ngan isteri aku pujuk jugak die pegi klinik untuk cabut yang sebatang lagi. Xtau mcmane pujuk punye pujuk akhirnye die nak pegi cabut kat klinik. Alhamdulillah...Kiteorg pun pegilaa ke Klinik Pergigian Dr Nazri kat depan umah kiteorg.




Wajah2 kakak sebelum cabut gigi...


Ni pulak wajah lepas cabut gigi,bile aku tnye sakit ke x,die cakap x sakit tapi yang pasti terkejut ke ape ke aku xtaulaa,blur semcm je.hahaha...

Dr Nazri ni sebenarnye Dr gigi Angkatan Tentera,mungkin dah pencen kot tu yang die bukak klinik ni. Gambo kat atas antare pingat2 yang die terime semase dalam perkhidmatan...

Yang aku suke tengok klinik die ni ialah kaler kat dalam klinik ni baik kaunter,kusi dan macam2 lagi sumenye kaler merah,putih. Memang cantek dan menarik...

September 20, 2009

Salam Aidilfitri...

Sempene ari yang mulie ini Ayenmuda sekuarge ingin mengucapkan Selamat Ari Raye maaf zahir dan batin kepade sume kengkawan andai ade salah silap,terkasar kate dan bahase semase komen mengomen yang secare sedar ataupun x sedar. Kepade yang akan pulang ke kampung halaman tu,aku harap korang sume......................

v

v

v

v

v

v
v
Aku doakan semoge perjalanan korang sume lancar tanpe sebarang masalah dan ingatlaa orang yang tersayang...

September 17, 2009

Beskal baru...

Dalam n3 aku baru2 ni kan aku ade cakap nak beli beskal. Haa tengok,aku dah dapat ape yang aku nak,hehe...Cantek x?..X cantek,jeleslaa tu.hahaha...

September 11, 2009

Jom main teka2...

Nilaa die geng2 retro aku kat fb. Ikutkan ade lagi tapi masing2 malu nak meretrokan diri,yelaa takut nampak x ensem padahal memang dah x ensem,hahaha... So daripade korang xde nak buat ape2 tu kan jom kite main teke2 tapi xde adiahlaa,suke2 je.ihiks... Agak2 korang dalam ramai2 ni mane satu diri aku?...No 1,2,3,4,5 atau no 6... Tapi klu yang dah kenal aku tu x acilaa teke sebab aku buat ni untuk yang x kenal aku lagi,hehe...

(1)
(2)

(3)
(4)
(5)
(6)