Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, pengguna jalan raya termasuk wanita bagaikan tidak mempedulikan anggota polis dan petugas lebuh raya yang turut berada di lokasi kejadian.
Mereka dilihat memasukkan syiling 50 sen, 20 sen dan 10 sen yang bertaburan di tengah dan tepi lebuh raya itu ke dalam beg serta plastik yang dibawa. Malah, ada antara mereka sanggup bersila di atas rumput dan asyik memungut syiling itu walaupun 'pemilik' duit berkenaan berada di lokasi kejadian.
Sumber berkata, wang berkenaan milik sebuah syarikat pengedaran syiling dari Shah Alam, Selangor untuk dihantar ke beberapa pasar raya di Melaka.
4 comments:
tak sayang nyawa ke depa ni????
hadap sangat kat duit yg tak berapa ringgit jahhh...!
dah tu... yg bukan hak sendiri pulak tu!
adehhhhhhh~ memalukan!!!
bukan tak tau malu tak tau dosa pahala .....
miloais - Tulaa pasal,klu kwn ni usahkan nak g kutip gitu bace kat paper pun kwn malu nengok dieorg ni sume.
* Bukan setakat memalukan tp amat memalukan....
ilahjy - Klu dah nengok duit,dose pahale belakang kire kak dieorg ni....
Post a Comment