March 22, 2010

Man United 2 Liverpool 1...

Tandukan cantik Park Ji-sung membantu Manchester United merampas kembali kedudukan pendahulu Liga Perdana selepas menundukkan musuh tradisi, Liverpool 2-1 di Old Trafford semalam. Ketika jurulatih, Sir Alex Ferguson sedang berkira-kira untuk mengeluarkan Ji-sung, pemain sayap Korea Selatan itu meledak gol kemenangan tuan rumah, dengan menanduk hantaran cantik Darren Fletcher pada minit ke-60. Bagi Liverpool, kekalahan terbaru ini menyukarkan peluang mereka untuk merebut kedudukan empat teratas, yang memberikan tiket automatik ke Liga Juara-Juara Eropah, musim depan. Penyerang Sepanyol, Fernando Torres meneruskan rekod cemerlangnya ke atas United, apabila melakukan tandukan cantik hasil hantaran silang Dirk Kuyt untuk meletakkan Liverpool 1-0 di depan. Selepas itu, United menyamakan kedudukan menerusi penalti yang disempurnakan Wayne Rooney pada minit ke-12, selepas Valencia dijatuhkan oleh Javier Mascherano. Bagaimanapun, pada minit ke-59, dengan hantaran cantik Fletcher buat Park Ji- sung, yang tidak dikawal pertahanan lawan merebahkan badan untuk menanduk bola tanpa mampu diselamatkan Reina...


No comments: