November 23, 2010

X boleh blah betul aku klu gini...

Malam baru2 ni xtau kenapa tetiba je tekak aku ni nak makan roti canai. Maka ajaklaa aku akan isteri tercinta dan jugak anak2 untuk pegi ke kedai depan,makan roti canai. Dipendekkan cerita,abih je makan masa nak bayar kat kaunter tu aku rasa makcik tu tuan punya kedai tulaa kot,bgtau kat aku.... Dik (sambil hulur kertas kosong kecik),boleh x tolong tulis nama adik,no tepon ngan alamat sekali kat kertas ni. Aku yang pelik ni tanyelaa balik dia,nak buat apa ni?...Dia kata saja nak tanya maklum balas dari kastemer. Aku pun ooooo(sambil angguk kepala buat2 paham,hehehe...) terus je tulis apa yang dia nak. Ingatkan aku sorang je rupe2nya,ada lagi. Isteri adik ada no tepon x? Xkanlaa aku nak kata xde kan,penipu sangat bunyinya. Klu ada bolehlaa tuliskan skali yek. Aku pun oleh kerana xnak menghampakan orang tua,tulislaa jugak....huhuhu. Isteri ngan anak2 aku cepat je pegi kat kereta. Rupe2nya....................

Sebelum aku pegi tu dia bagi kat aku kertas ni. Baca kat depan memang bagus dah kan untuk masa depan anak2.....
Pusing dan baca kat belakang pun ok jugak. Tapi.......

Baca lagi sampai kebawahnya,ada bisnes jugak lagi rupe2nya,kuikuikui...... Makcik tu cakap sambil2 "Anak2 score 8A,ibubapa score 8K". Nanti akan ada perjumpaan/miting kat KL,apa2 hal nanti makcik tepon awk yek. Kuang3x....... Aku ni sebenonya x boleh pegi betul dengan menda2 gini. Nak kena pegi mitinglaa,nak kena buat itu dan ini..... Huhuhuhu... Tolonglaa sbb x kena ngan jiwa aku....

6 comments:

Lina said...

hai zaman skrg ni pantang ada peluang...ada jer org amik kesempatan...zaman duitlar katakan

MUNSYI ragbar said...

klu mcm tu...kena pencen awal la aku...
Semua boleh belajar secara maya... i/bapa jadi kayo...

Ayen Giggs said...

Lina - Itulaa pasal.Elok2 selalu g makan situ dah jadi segan pulak sbb takut kene offer lagi,kuikuikui....

Ayen Giggs said...

Munsyi - Awk xyahlaa pencen lagi bang,meraselaa dulu jadi GPK tu puas2,hehehe.....

anieMD said...

betul!!..mmg x kena ngan jiwa..
pandai makcik tu wat taktik..x jejak dh la kedai tu nampakY..heee..

Ayen Giggs said...

AnieMD - Hehehe....seganlaa pasni nak g kedai tu,takut kene ceramah pulak kang,ihiks....