April 7, 2009

Kite tgk siape yg kene...

Pertembungan Liverpool-Chelsea pada Liga Juara-juara Eropah memasuki lembaran baru, esok (awal pagi Khamis waktu Malaysia), dengan kedua-dua pasukan bersiap untuk suku akhir pertama yang dijangka amat sengit seperti semua pertemuan tahunan di Eropah sejak 2005. Daripada lapan aksi ketika tempoh itu, kedua-dua pasukan sudah empat kali seri dan masing-masing menang dua. Sebelum Chelsea menang separuh akhir musim lalu, enam pertemuan Liverpool-Chelsea di pentas Eropah hanya menghasilkan tiga gol. Kedua-dua pasukan amat saling mengenali hinggakan Rafael Benitez, pakar aturan taktikal di Eropah, berdepan kesukaran buat menjelmakan elemen kejutan di Anfield. Manakala United pula ceria dengan kepulangan Wayne Rooney, Nemanja Vidic dan Paul Scholes dalam skuad selepas mereka digantung harus memberi tonik baru. Ape2 pun samada liverpool/chelsea,jumpe MU dfinal nanti,hahaha....

No comments: