December 9, 2010

Hakim Syariah pun tak tahan...

Seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di kuarters kerajaan di Georgetown.

Hakim berusia 40-an itu ditangkap ketika bersama pasangannya kira2 jam 2 pagi. Sewaktu kejadian, isteri dan anaknya tiada di rumah kerana dikatakan ke ibu kota. Hakim terbabit dikatakan berkhidmat di Mahkamah Tinggi Syariah di sebuah negeri di utara Semenanjung sejak lebih setahun lalu.

Sebelum ini beliau bertugas di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Putrajaya. Kes berkenaan bagaimanapun masih diperingkat siasatan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan hakim terbabit belum didakwa sebaliknya dia dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam selama seminggu.

Sumber berkata, kes berkenaan agak sulit kerana mempunyai unsur ugutan daripada tertuduh terhadap pegawai penyiasat. Hakim terbabit mengugut dengan mengancam untuk mengambil tindakan jika meneruskan kes berkenaan kerana beliau mempunyai hubungan rapat dengan pihak atasan. Namun, pihak penyiasat sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

* Nota kaki :- Dia ingat dia ada pangkat dan kedudukan dia boleh buat apa yang dia suka,huhuhu...

6 comments:

Anonymous said...

cisssss..harapkan pagar..pagar takleh harap..dah membusukkan nama hakim plak tuh!

Eiza GreenAppleKu said...

Ahaks..hakim baru ni.

Ayen Giggs said...

makdara - Pagar ni memang xleh pakai,huhuhu....

Ayen Giggs said...

GreenAppleKu - Mane tau baru....tp baru ke lame ke yg pasti name baik hakim syariah lain pun turut terjejas.

anieMD said...

cemana leh jadi hakim..SYARIAH plak tu..
sungguh membahayakan kesihatan..

Ayen Giggs said...

anieMD - Masalahnye lepas jd hakim baru die buat perangai kot.....ihiks.