December 6, 2010

Shopping keperluan skolah kakak...

Malam baru2 ni isteri aku ajak kluar pegi shopping untuk keperluan skolah anak2. Orang lelaki ngan orang pompuan punya pemikiran memang berbeza kan. Lelaki lain aku xtaulaa tapi aku cakap ni pasal aku.

Ikutkan aku biar dulu sebab nanti last minit mesti ada lagi offernya tapi isteri aku cakap baik pegi sekarang nanti last minit orang ramai susah, sesak dan serabut. Dalam hati aku, betul jugak sebab sekarang ni pun dah sesak. Walaupun kita ni bos kekadang kenalaa jugak dengar cakap assistan kita kan,hehe....

Maka, lepas maghrib tu kluarlaa kiteorang 4 beranak. Yang kecik skali tinggal ngan bibik kat umah sebab klu bawak nanti lagi susah mana nak pilih barang, mana nak layan dia....

@The Store, Ktn Parade...

Memula sampai terus ke tempat kasut sebab tulaa tujuan asalnya kluar. Dah siap pilih siap cuba dan berkenan, beress.

Adik pulak macam biaselaa dah nengok kakak beli kasut dia pun nak jugak tapi memandangkan yang dia nak xde kat situ terpakselaa cari lain kali pulak. Nasib baik dia setuju sebab jarang sangat dia nak setuju tangguh2 ni klu yang dia nak,hehe.....

Kasut dah dapat pilih baju skolah pulak. Kat sini sekejap je... Abih je kat sini masa untuk makan pulak, korang ingat x lapor ke pilih baju ngan kasut skolah anak2 ni,hehe.....

Masa bincang nak makan kat mana, anak cakap nak makan kfc. Ibu pulak nak makan sate. Aku ikut je mana2 pun boleh. Ibu cakap, kita pegi makan sate pastu bungkus kfc. Anak2 pulak cakap baik kita makan kfc pastu sate kita bungkuslaa. Last2 mengalah jugak ibu dan kiteorang pun pegilaa makan kfc.

@Kfc...

Wajah2 gembira sebab dapat mengalahkan niat ibu nak makan sate...

Jeling tajam je gayenya ibu ke sebab kena belanja. Xpe2 nanti lain kali abang pulak belanja ok,kuikuikui.....

2 comments:

makdara TERdiva said...

org pompuan memang teliti bab2 sales ni..haha!

Ayen Giggs said...

makdara - Yelaa memang setuju sangat,hehe....