December 29, 2010

Tahniah dari AG...

Tahniah dan syabas AG ucapkan buat Pasukan Malaysia sebab jadi JUARA Piala AFF Suzuki 2010 selepas menewaskan pasukan Indonesia dalam perlawanan akhir dengan agregat 4-2....

December 26, 2010

Wayang free...

Mengendap, mengintai atau skodeng adalah perlakuan yang sama walaupun ejaannya lain. Setakat ni aku x penah buat lagi kerja2 gini tapi aku dapat rasakan yang kerja ni memang best kan,hehehe.....

Aku buat entri ni sebab semalam aku ada baca satu berita kat metro yang mana sorang pompuan tu kena skodeng masa dia tengah asyik mandi. Waktu tu dia ngan keluarga dia pegi bercuti kat sebuah resort di melaka.

Bila cerita bab2 kena skodeng ni memang aku bimbang sangat2. Lebih2 lagi isteri aku pulak selalu sangat pegi kursus sana sini. Selalu jugaklaa aku pesan kat dia supaya hati2 bila masuk tandas. Kita x mintak perkara ni berlaku kan tapi manalaa tau sebab sekarang ni alat2 canggih macam kamera, cctv apa semua dah ada jual kat mana2.

Pada aku selain rumah sendiri klu pegi x kiralaa hotel ke mana2laa bila masuk bilik air walaupun aku ni lelaki sejati, perasaan bimbang tetap ada. Manalaa tau kan ada jugak orang pompuan nak skodeng aku ni, x rela i tau.....kihkihkih.

December 24, 2010

Sekadar ramalan....

Klu masa Piala Dunia baru2 ni kite tengok semua tekaan sotong yang bernama 'Paul' betul. Tapi sayang umur dia x panjang klu x boleh kita tanya pulak untuk perlawanan akhir Piala Suzuki antara Malaysia dengan Indonesia ujung minggu ni kan.

Yang mati memang dah mati, sekarang kita tengok pulak burung nuri bernama 'Meena Kutti' kepunyaan penilik nasib (M C Mohan) ni. Klu ikutkan gambar tu dia pilih Malaysia sebagai Juara.

Apa2 pun tu semua tekaan oleh binatang, pada aku xyahlaa nak percaya sangat. Menang x menang bergantung pada 11 pemain Malaysia kat atas padang malam tu nanti. Main bagus Insyaallah laa tapi klu main macam t*** paham2 jelaa kan namun aku sebagai rakyat Malaysia semestinya mengharapkan kemenangan berpihak kepada pasukan kita...

December 22, 2010

Daftar anak...

Bukan daftar untuk masuk pertandingan menyanyi atau berlakon yek tapi daftar masuk skolah tadika. Oleh kerana isteri tercinta x balik lagi dari terengganu so terpaksalaa aku pegi ngan anak2 je. Aku daftar ni untuk anak aku yang no 2 dan daftar pun kat skolah lama kakak dia.

Selain x berapa nak jauh dari rumah, selain disediakan van untuk pegi dan balik walaupun bukannya free, sebab utamanya ialah aku puas hati dengan cara cikgu kat situ mengajar. Cikgu2 kat situ comel2 pulak tu,huahuahua.... Gurau jelaa, korang ni aku gurau ckit pun nak ambik serius terus. Sebenonya selain sebab2 kat atas tu sebab lainnya ialah bos tadika tu adalah anak kepada jiran kat rumah aku ni. Maka klu gitu senanglaa ckit untuk aku buat rujukan sekiranya ada apa2 masalah kat skolah kan.

Apa yang penting sekarang ni aku berharap sangat2 semoga anak aku ni nak dan dapat belajar dengan baik, Amin.......

December 21, 2010

Otai United...

Berbekalkan kecemerlangannya mengendalikan Manchester United selama 8,811 hari, Alex Ferguson mencatat sejarah sebagai pengurus paling lama berkhidmat untuk Manchester United sekali gus mengatasi rekod dicipta Matt Busby bagi kerusi paling panas di Old Trafford itu...

December 20, 2010

Tahniah buat sahabatKu...

Walaupun dah 2,3 ari berlalu tapi aku rasa masih belum terlambat untuk aku mengucapkan tahniah buat rakan sekerja aku 'anggerikrimba78' dan suami tercinta yang juga rakan baik aku sebab baru je menerima kedatangan orang baru. Pagi jumaat baru2 ni rakan sekerja aku ni selamat melahirkan baby lelaki, Syukur Alhamdulillah kedua2nya sihat walafiat. AG sekeluarga tumpang gembira....

December 18, 2010

Nak pegi bersukan ke nak jalan2...

Pagi semalam (17/12/10) isteri aku bertolak ke Terengganu untuk kejohanan sukan mahkamah syariah sampai isnin (20/12/10). Isteri aku main untuk sukan netball atau bahasa yang lebih mudah orang paham ialah bola jaring. Walaupun aku sentiasa mendoakan kejayaan buat dia tapi hakikatnya susah dan payah sebenonya aku rasa sebab 2,3 ari nak pegi baru cbuk turun berlatih. Macam tu ke nak menang?.. Xtaulaa aku nak cakap apa, dieorang tu nak pegi bersukan ke nak pegi jalan2,huhuhu.....

Klu mengikut jadual yang dibagitau kat aku team dia akan menentang team negeri penang pagi ni dan baru tadi aku terima panggilan dari dia yang memberikan keputusan selepas perlawanan iaitu team pahang (3) vs team penang (7). Tahniah jugak dari aku walaupun kalah. Aku cakap kat isteri aku, pasni lawan team perak mainlaa elok2 semoga berjaya. Memang tulaa yang aku kena cakap kan sebagai semangat dan doa. Aku harap dia dan team dia akan berjaya.....

December 17, 2010

Awal ckit arini...

Kebiasaannya klu cuti skolah gini memang aku sengaja melengah ckit masuk kerja sebab klu datang awal pun bukannya ada budak nak masuk lab. Selalunya sampai tempat kerja dalam 2,3 minit lagi nak pukul 8, kekadang 2,3, minit lepas pukul 8... Arini aku sampai awal ckit yakni sebelum pukul 7.45 (awal tuuu...kihkihkih).

Mungkin ada lagi orang yang datang awal dari aku tapi pada aku kira awallaa tu dari biasa. Arini isteri tercinta nak kena pegi Terengganu sebab opis dia ada buat kejohanan sukan antara mahkamah kat sana so dia nak kena ada kat opis pagi ni dalam pukul 7.30, tu yang aku boleh sampai awal klu x dekat pukul 8 jugaklaa jawabnya,ihiks....

December 16, 2010

Cuti skolah = BERSUNAT...

Bersunat ke berkhatan? Ikut koranglaa nak sebut yang mana satu sebab dua2 tu sama je. Bila cakap pasal sunat ni macam biasalaa setiap kali cuti skolah hujung tahun maka ramailaa yang ambik kesempatan untuk menyunatkan anak masing2.

Petang semalam aku pegi ke sebuah klinik tu sebab nak beli ubat untuk anak aku yang kecik skali. Sementara aku nunggu nak dapat ubat tu tetiba keluar sorang budak lelaki dari dalam bilik dengan senyuman yang x berapa nak manis maklumlaa baru lepas sunat,hehe... X beso mana pun budak tu, aku ingat dalam darjah 4 or 5 kot.

Pastu tibalaa giliran yang sorang lagi nak sunat jugak tapi yang ni badan agak gempal ckit. Masa nak masuk bilik tu, panggil skali dua dia buat xtau je tapi bila dah berkali2 kena panggil barulaa dengan muka selamba dia berjalan masuk bilik. Yang aku kelako tu masa nak masuk bilik dia nengoklaa budak yang dah keluar tadi sambil senyum konon2nya dia x takutlaa. X sampai 5 minit kat dalam bilik tu terus aku dengar 'waaaa....waaa...' menangis,kahkahkah.....

Tapi yelaa kan korang orang pompuan xtau, aku sendiri pun bila teringat balik kenangan dulu2 ngilu gila aku rasa. Dalam hati aku terus berkata, klu orang suruh aku sunat skali lagi mati hidup semula pun aku xnak dah,huahuahuahua.....

December 15, 2010

Dalam siasatan...

Selipar kuning aku tu korang abaikanlaa yek sebab apa yang aku nak cerita dan tengah siasat sekarang ni ialah menatang apalaa yang duk makan keychain aku yang kaler ijau tu. Yang buat aku betul2 dalam kepelikkan dan kebengongan sekarang ni bukan sekali.

Sebelum ni masa aku datang kerja keychain ijau tu dah duk kat situ pastu aku sapu buang ke longkang luar. Selang beberapa ari lepas tu kedudukannya sama jugak macam sebelum ni (dlm gambo atas). Aku pun malaslaa nak pikir yang bukan2, sapulaa sekali lagi ke longkang kat luar sebab dalam kepala aku ni rasanya angkara tikus. Apa, x jelas???... Ok xpe nanti aku zooommm ckit kasi jelas.......
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Haaaa..... amacam x jelas lagi. Keychain buah petola tapi tikus makan ke buah petola?.. Hanya dia dan keluarga dia je yang tau,huhuhu......

December 14, 2010

Makanlaa selagi boleh makan...

Sementara Allah bagi kita nikmat boleh makan ni maka makanlaa. Klu dah duk terbaring je nanti memang sah2laa semua mende pun x selera nak nengok dan nak makan. Minggu lepas xtau kenapa tetiba je tekak ni teringin nak makan donut big apple. Tanpa buang masa balik kerja terus aku ajak isteri pegi beli kat ECM.

Alhamdulillah dapatlaa aku makan donut ni. Tu pun sempat ckit je yang lain semua sapu kat anak2,huhuhu.... Xpelaa xkan ngan anak2 pun nak berebut.

Pastu teringin pulak nak makan ketam. Yang ni memang xleh x dapat sebab peberet aku ni,ihiks.... Tepon isteri aku mintak balik kerja awal ckit sebab nak ajak pegi beli ketam tapi dia cakap xleh sebab kena ot. Dia kata xpelaa biar dia belikan masa balik nanti....

Gurlp!!!!....(xleh betul aku nengok gambo ni). Ketam masak 3 rasa beb, Alhamdulillah yang ni pun dapat jugak aku makan. Pasni xtau lagilaa teringin nak makan apa pulak,kihkihkih.....

Rm5 ke Rm5 laa.....

Balik kerja semalam aku terima sekeping surat dari celcom yang bertajuk 'CELCOM BROADBAND E-BILING PROMOTION PRIZE WINNER'... Belakang surat tu pulak ada sekeping kupon bernilai Rm5 yang mana aku boleh membuat pembelian barangan kat stesen servis petronas dan kedai mesra sahaja katanya. Xpelaa rm5 pun, rezeki jangan ditolak kan.....hehe.

Baiki yang rosak...

Apa2laa kan klu dah nama barang lama paham2 jelaa mesti ada yang dah longgar sana longgar sini yang tu tercabut yang ni tercabut so dalam beberapa hari ni lab aku x terkecualilaa dari kena repair mende2 yang dah x elok tu...

Yang pertama skali haruslaa paip kat bilik aku ni. Susah aku kena tadah besen sebab setiap kali bukak paip air akan menitik ikut tempat yg x sepatutnya dia keluar.

Pastu yang seterusnya dalam lab. Bila dah ada orang buat kerja pastilaa bersepah ckit tapi xpe sebab lepas siap dieorang bersihkan semula...

Sebelum...

Rak yang ialng dia punya tingkat sebab makan dek bubuk.....

Sinki kat meja pelajar nak kena cat semula pastu ada jugak sesetengah paip yang dah rosak kena tukar baru...

Selepas...

Rupa rak ni bila dah ada tingkat. Barulaa boleh asingkan barang2 kat dalam tu, xlaa bercampur kan...

Paip yang diganti baru ni saling x tumpah macam paip kat umah aku,hehe.....

Paip lama ni ok lagi jadi xyahlaa tukar baru walaupun dah antik sangat aku nengoknya. Kasi cat baru jelaa bagi nampak cantek ckit...

Wajah baru sinki kat meja pelajar. Kata brader tu cat ni mahal dari cat sebelum ni sebab cat yang sebelum ni x tahan kimia. Klu kena kimia abih terkopek tapi yang ni ok sebab boleh tahan kimia. Oklaa klu dia dah kata gitu kan aku nak nengok jelaa lama mana boleh tahannya...

December 13, 2010

Pagi2 buta dah kat Giant...

Ari sabtu lepas bibik aku mintak cuti nak pegi jumpa laki dia. Aku ni kan baik, cepat kesian kat orang. Aku paham dia pun ada nafsu jugak,huhuhu....

Lepas anto dia tu isteri aku ajak pegi giant. Dalam hati aku ok jugak sebab aku pun memang dah lama x pegi giant. Masa tu belum lagi pukul 9, aku kabolaa yang giant kan bukak pukul 9 setengah tapi isteri aku cakap dah bukaklaa. Aku ni yang xnak cari gaduh ikut jelaa, rupa2nya memang dah bukak. Waktu perniagaan baru dia sekarang untuk ari sabtu dan ahad bukak 8 setengah pagi sampai 11 malam.

Maka pagi tu merupakan kali pertama seumur hidup aku menjadi antara orang ter'awal' masuk pasaraya. Korang bayangkanlaa waktu aku masuk tu boleh dikira berapa orang je yang ada kat dalam. Aku rasa termasuk aku mungkin x sampai 30 orang kot,ihiks.....

Tujuan asal pegi giant nak cari makanan segera dan buah2an je tapi biasalaa kan klu dah masuk dalam tu macam2laa pulak jadinya...

Penyinggahan pertama kat tempat baju tido budak2....

Pastu kat sini pulak. Seluar tu untuk anak sulung aku yek bukan untuk orang yang tengah pegang tu. Klu untuk orang yang pegang tu mestilaa kena pendek ckit lagi,kuikuikui......

Bahagian ni aku x singgah malah xde kena mengena langsung pun ngan aku. Masa tu aku singgah kat bahagian sebelah dia pastu xtau mcmana aku boleh ter'gatal' tangan nak ngambik gambo,huahuahuahua.......

Dah setel dan jumpa apa yang dicari akhirnya kiteorang pun pegilaa kat bahagian yang sebetul2nya nak pegi.

Bawak yang ni sorang je sebab kakak2 dia x bangun lagi masa kiteorang keluar tu. Nasib baik senyap je dalam troli ni, x buat perangai so tenanglaa ckit aku ngan isteri. Biasanya..... Huh!!!.

December 11, 2010

Test kamera baru...

Baru2 ni kan aku ada kabo yang aku beli kamera ni. Dah beli mahal2 xkan nak letak dalam almari je kan. Bila dah ada tu apa lagi teruslaa aku belajar cara2 nak guna dan nengok mcmana dia punya kualiti gambo apa semua. Setakat ni aku belajar ngan bos aku kat tempat kerja. Dia ni boleh dikatakan pakarlaa dalam bidang ni sebab dah main ngan kamera ni berbelas/berpuluh tahun dah.

Untuk permulaan ni aku belajar ambik gambo secara rambang dulu. Sebenonya banyak dah gambo yang ambik tapi pada aku ambik guna kamera ni tapi yang aku nak tunjuk ni ialah antara gambo2 yang aku rasa cantik ckitlaa pada mata aku. Mata korang aku xtaulaa cantik ke x. Gambo2 tu ada kat bawah, klu korang nak nengok korang nengoklaa sendiri....

Mcmana ok x?... Kira oklaa tu kan nama lagi baru belajar,hehehe.....

December 9, 2010

Hakim Syariah pun tak tahan...

Seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di kuarters kerajaan di Georgetown.

Hakim berusia 40-an itu ditangkap ketika bersama pasangannya kira2 jam 2 pagi. Sewaktu kejadian, isteri dan anaknya tiada di rumah kerana dikatakan ke ibu kota. Hakim terbabit dikatakan berkhidmat di Mahkamah Tinggi Syariah di sebuah negeri di utara Semenanjung sejak lebih setahun lalu.

Sebelum ini beliau bertugas di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Putrajaya. Kes berkenaan bagaimanapun masih diperingkat siasatan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan hakim terbabit belum didakwa sebaliknya dia dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam selama seminggu.

Sumber berkata, kes berkenaan agak sulit kerana mempunyai unsur ugutan daripada tertuduh terhadap pegawai penyiasat. Hakim terbabit mengugut dengan mengancam untuk mengambil tindakan jika meneruskan kes berkenaan kerana beliau mempunyai hubungan rapat dengan pihak atasan. Namun, pihak penyiasat sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

* Nota kaki :- Dia ingat dia ada pangkat dan kedudukan dia boleh buat apa yang dia suka,huhuhu...

December 8, 2010

Mesra Mall...

Pogrem semalam sempena cuti Maal Hijrah aku, isteri dan anak2 pegi ke Mesra Mall, Paka Terengganu. X penah lagi sebelum2 ni bila isteri aku ajak, aku boleh bagi keputusan sepantas semalam. Bila dia kata je, Bah (abahlaa tu maksud dia, bukan bah air banjir,kuikuikui...) jom kita pegi jalan2 kat Mesra Mall nak?.. Lebih kurang 19 saat gitulaa aku pun cakap jom... Klu sebelum ni, tengoklaa dulu mcmana.Hehe...

Maka semalam dalam pukul lebih kurang 12 lebih tengahari kiteorang pun berlepaslaa dengan kereta ke Mesra Mall. Kiteorang sampai kat sana dalam pukul ingat2 lupa tapi dekat pukul 2 jugak rasanya..

Tempat pertama kiteorang pegi bergambo. X masuk pun dalamnya, bergambo kat luar je.

Kat sini pun bergambo kat luar je sebab kiteorang nak kejar masa nak pegi tempat yang lebih penting,huhu.....

Nilaa tempat penting yang aku cakap tadi tu,kihkihkih...... Lapor wehhh, dah pukul 2 makan tengahari pun x lagi masa ni.

Lepas makan perut masing2 dah kenyang barulaa nak bergaya pun senang.

Ni pulak muka2 lega. Kenapa lega?.. Baru kluar tandas tu,kihkihkih.... Biasalaa kan lepas minum kenalaa buang pulak.

Destinasi kiteorang seterusnya dah semestilaa tempat kesukaan aku ngan isteri, boling. Pegi nengok2 jelaa. Tempat boling kat situ elok2 pulak sekali ngan tempat game dan mainan.

Apa lagi 2 orang teruslaa suruh tukar token. Nak main game bola, game lawan2 semuanya x reti mainlaa menda alah ni je.

Pastu suruh main yang ni dieorang xnak last2 ibu ngan abah main. Tu bukan tengah main yek tapi tengah korek bola yang lekat kat dalam lubang mesin,hehehe....

Bergambo kali terakhir kat pintu luar sebelum balik. Dalam banyak2 gambo mananya gambo aku?.. Gambo aku apanya dah aku kan jadi kameramen, nak ada mcmana....