January 17, 2011

Aku kepelikkan...

Apa yang aku nak cerita ni adalah pasal jiran aku. Anak dia dapatlaa 5A masa upsr baru2 ni. Dah isi borang sana sini termasuklaa borang nak masuk skolah aku ni tup2 dapat skolah lain.

Pendek cerita dah aku nengok dan dengar macam dia tak berapa selesa kat situ so aku offerlaa nak tolong ejas masuk skolah aku ni. Yelaa kan nak kata 100% akan dapat tu taklaa tapi pegawai yang menguruskan kemasukkan pelajar tingkatan 1 tu aku kenal sebab sama tempat kerja ngan aku sebelum ni.

Bila aku tanya mak/ayahnya cakap nak tunggu mrsmlaa, nak tunggu skolah sainslaa. Bukan aku nak takbur tapi pada aku skolah aku ni dah memang antara skolah terbaik di Pahang. Cuba dulu manalaa tau kan klu tak dapat skolah yang awk nak nanti boleh terus skolah kat sini.

Dah 2,3 kali aku tanya jawapan tetap sama, biarlaa dulu. Aku pun malas dahlaa nak cakap apa. Tiap2 tahun kat skolah aku ni mesti ada je pelajar ngan mak/ayahnya sekali yang menangis sebab tak dapat masuk, ni aku nak tolong agar dapat masuk pun taknak. Pelik betullaa....

Apa2 pun aku doakan dia berjaya sebab belajar kat mana2 pun klu kita betul2 fokus pada pelajaran, Insyaallah akan berjaya. Aku jugak berharap semoga dia dapatlaa skolah yang dia nak tu...

2 comments:

Ain Atika said...

amin...doakan kejayaan semua..=)

Ayen Giggs said...

Ain - Amin Ya Rabbalalamin....lebih2 lagi anak bangse kite.