January 28, 2011

'Ter'kencing...

Bukan kaki aku ni yek...

Apa yang aku nak cerita ni tak berniat langsung nak memalukan sapa2 ok. Baru kejap tadi bila abih je kelas tu cikgu dia datang kat aku bagitau ada budak pompuan 'ter'kencing dalam makmal.

Tercengang sekejap aku dengar sebab sepanjang aku bertugas kat makmal tak penah berlaku lagi kejadian sebegini rupa. Bila aku pegi nengok budak tu macam malu2 nak menangis. Aku tanyalaa, awak tak terasa ke nak kencing? Dia kata terasa tapi tak taulaa....

Pastu cikgu tu tanya aku, macamana ni abg ayen nak suruh dia mop lantai tu ke abg ayen yang nak tolong mopkan? Aku cakap takpelaa biar abg ayen mopkan. Sian jugak kat dia dengan kain basah gitu nak suruh mop.

Nasib baiklaa budak2 lelaki dah keluar. Dia pulak tak bergerak2 kat tempat dia 'ter'kencing tu pastu berulang kali duk mintak maaf cikgu, saya malu mintak maaf cikgu, saya malu.

Aku pun cakaplaa kat dia sekarang ni malu tak malu awak dah terkencing so yang penting pegi basuh dulu kain apa semua tu pastu aku suruh member dia yang duk asrama pegi ambik kain bagi pinjam dulu.

Jadi tugas aku arini bertambah ckit dari biasa, mop air kencing.....huhuhu. Takpelaa kan nak buat macamana, aku tau budak tu malu yang amat sangat dan mungkin apa yang berlaku kat dia arini akan menjadi kenangan seumur hidup dia.

Nak marah pun tak boleh sebab nama lagi 'ter' maknanya dia tak sengajalaa tu tapi pelik gak aku sebab dia cakap dia terasa nak kencing. Dah tau terasa kenapa tak pegi tandas. Hanya dia saja yang tau kenapa boleh jadi gitu......ihiks.

4 comments:

miloais said...

TER - tak sengaja lah kan???

and iols setuju dan curious gak
kenapa masa dia terasa tu... dia tak minta kebenaran utk keluar pegi toilet???
:o

Ayen Giggs said...

miloais - Tulaa pasal,iols tanye pun die tak terjawab.....huhu.

MiLanGurLz said...

dye malu kot na pegi tandas...
takot lah tuu na minx ngan cikgu~
hehehehehehe! :)
pom 1 ler katakan...
neway... bagus AG!!
kerana menjalankan tugas dengan baek skali~ :)

Ayen Giggs said...

MiLanGurLz - Xtaulaa malu ke takut ke tp nak takut apenye cikgu bukan garang.Ape2 pun time kasihlaa sbb puji AG yek,hehehe.....