January 23, 2011

Jangan lemah,mesti kena kuat...

Dua ari lepas tetiba je tekak aku ni terasa sakit. Nak telan air liur pun sakit, Aduuuhhhhh!!! Korang yang penah kena mesti paham keadaan aku kan. Oleh kerana dah tak tahan sangat sakit tekak ni aku pegilaa farmasi beli ubat sakit tekak ni....

Rupanya macam gula2 dan rasanya pun sebijik macam gula2 tapi tak bolehlaa nak makan macam gula2 sebab jadual makan dia kena macam makan ubat, 4 jam sekali...

Dah sakit tekak tu biasalaa kan pasti akan bersambung ngan yang lain pulak. Pastu dia datang batuk ckit2. Petang semalam tengah syok aku duk layan Datuk Lee Chong Wei lawan Cheng Long tetiba badan aku jadi seram sejuk(nak demamlaa tu maknanya).

Walaupun badan rasa lemah dan seram sejuk semacam je tapi aku nekad kuatkan diri bangun dan jalan sana jalan sini. Tak naklaa duduk je takut nanti lagi jadi lemah kan.

Pastu aku ajak isteri aku pegi klinik beli ubat sebab aku bimbang bila tiba malam akan bertambah teruk lagi keadaan aku ni.

Seperti biasalaa klinik mana lagi klu bukan klinik yang biasa aku bawak anak2 aku. Klinik Al-Amin dekat ngan masjid negeri. Aku pegi tu pun bukannya jumpa doktor tapi pegi beli ubat je.

Aku beli ubat demam ngan ubat selsema. Tapi yang buat aku lemah ckit adalah bila kat plastik ubat tu ada tulis macam kat plastik ubat selsema aku tu haa. Korang perasan tak tulisan yang tertulis 'mengantuk'...

Sekarang ni pun tak sampai lagi setengah jam aku makan ubat selsema, kepala/mata ni dah rasa 'ting tong' semacam. Oleh kerana malas nak layan rasa mengantuk so aku merepeklaa kat blog ni,hehehe.....

11 comments:

Anisa Hang Tuah said...

yep
penyakit tu kifarah.
boleh hapuskan dosa dosa kecil
:)

Ayen Giggs said...

Anisa Hang Tuah - Tulaa kite ni manusia biase yg xleh lari dari buat dosa kan.Harap2 terhapuslaa dosa2 kecil AG tu.......Amin.

Ena Qalinsya said...

siannye diaaa..tp dek krn awek nk wat esperimen di makmal esok, sanggup lawan sakit tu.. tak penah lg tgk ayengiggs gigih camtu skali.. mesti spesel ni hikhikhik

Ayen Giggs said...

Ena Qalinsya - Hahahahahaha.....Xde yg speselnye awek2 tu sbb sumenye dah beranak pinak.Cume yg semangat tu sbb nak belajo sesuatu yg baru di tempat baru,hehe.......

miloais said...

musim kot skang ni
iols awal tahun dah kena
demam + batuk + selsema + sakit tekak
cukup pakej tuhhh!
batuk + sakit tekak - 3 minggu baru sembuh betul2
uwaaaaaaaaaa!~

wehhhh!~ kat sana bleh ye main beli2 jer ubat batuk kat klinik???
kat sini... depa suruh gak jumpa doktor

kenapa tak request ubat batuk yg tak ngantuk punya???

normally - iols akan dapat dua jenis ubat batuk
utk siang & malam

utk waktu siang - tak ngantuk... so bleh keja lah kan
utk waktu malam - half an hour after makan the ubat... konpem mata dah tak leh nak bukak

haihhhh!~ terlebih panjang bebel le plak!
hiks

Ayen Giggs said...

miloais - pe panjang mane iols akan bace,hehehe...uols ni salah nengoklaa tu.yg ngantuk tu bkn ubat batuklaa uols tp ubat selsema,kuikuikui....

hamzah ian said...

pil kuda

daisy said...

aku pernah makan ubat sakit tekak kaler ijau cam yang ko beli tu.tak suka.rasa macam ubat gigi.aku rela makan strepsil

Ayen Giggs said...

hamzah ian - Ganazz sangatlaa pulak jdnye nanti....ihiks.

Ayen Giggs said...

daisy - Eloklaa tu awk lebih rela makan strepsil,kwn pulak baik makan ubat tu dari makan strepsil.......hehe.

miloais said...

ayen : opsssssss!~ my mistake

but then... jangan risau
ubat selsema pun ada dua jenis hoccay
yang mengantuk dan tak mengantuk

tak percaya???
tanya balik kat doktor tu

dan request for that next visit ye!